Showing posts with label stesen. Show all posts
Showing posts with label stesen. Show all posts

Tuesday, 21 June 2011

occupational hazard


Semua kerja ada occupational hazard masing masing.

Tukang buat kek melecur tangan.
Tukang buat baju tercucuk jarum.
Tukang buat hantaran tercucuk duri daun bunga ros.
Tukang buat pelamin terstapler-gun tangan sendiri.
Tukang buat kecoh kena pukul.
Tukang isi minyak pon ada occupational hazardnya yang sendiri.

Ada sebab weh kenapa…bila dah masuk mana mana stesen minyak…buang lah rokok kau tuh…

Brader ni naik motor…dia datang kat pam aku. Kebetulan adik perempuan dia pon kerja sekali kat situ…aku pon malas lah nak layan brader tu…aku suruh adik dia jer yang isi.
Brader ni kiranya macam gengster la…rokok ada jerk at mulut dia…nak terjatuh tak terjatuh…enjin pon tak nka matikan…aku pon malas nak tegur…lantaklah…dia bawa motor yang jenis tangki kat depan tu…yang tak yah nak turun motor bila nak isi minyak tu…adik dia pon isilah minyak…seriously…tak sampai beberapa minit…API MENJULANG NAIK…adik dia menjerit…dia tekangkang kangkang elak api…haaa…baru padan muka…then ayah datang bawa fire extinguisher…daripada oren terus jadi putih kawasan sekeliling…tak pasal pasal rambut adik dia terbakar jugak sikit…then ayah bisik: “nasib baik bukan kau isi motor dia tu tadi dik…” 

Bila ada pam attendant ni dulu…memang driver berlagak tuan besar weh…bila tanya berapa bang…nak tak nak jer jawab…kadang kadang tak pandang pon…bila nak confirmkan balik…”dua puloh ke bang?” “Dua puloh laaah…berapa kali nak cakap…” Pergh bang…kereta kau datsun burok tu jer kot…bukan main ‘ek kau yor…Dahlah berlagak…bodoh pulak tu…tak alert…Bila kita tengah isi minyak…dia menonong jer pandang depan…dia gak agak cam sepuloh ringgit tu dah habis isi…vrrooommm terus nak cabut…ha kau…apa lagi…tercabut lah pam…lintang pukang gak lah sesape yang tengah isi minyak tu nak take cover…kot tak…hose pam tu melayang laying melantun lantun…kena libas,,,insyaAllah mati.

Kes macam ni…kena bagitau bos…

“Ma…pam kena tarik…”
“cik cik…pam kono tarik cik…”
haruslah disambut dengan bebelan mak aku…
“Maaaacam mana korang kerja niiihhhhhhhh…” semua perkataan kena tekan lebih sikit bila sebut.

Ada gak driver yang terus lari…ada gak driver yang berhenti…ada gak yang bayar ganti rugi…ada gak yang tak nak…bila cakap pasal ganti rugi ni…teruslah semua pihak menuding nuding jari.

It happened to me twice…

One time, it really caught me off guard…driver tu memang terus jer start enjin cabut…aku sempat bongkok sikit tutup muka…muka lah…dan jerit…jerit itu penting…muka pon penting…

Kali kedua…aku macam dah dapat agak yang driver ni mesti ingat aku dah habis isi minyak keta dia…sesaat lepas tu dia start enjin…aku hempuk bonet kereta dia nak bagi warning…tapi tak guna gak…aku hempuk, dia start kereta, pam tercabut, aku mmg peluk lutut cover kepala.




Kemek bonet dia aku hempuk. Aku kata tu impact nozel tu bila dia melayang. 

Monday, 20 June 2011

berapa bang...


dulu…sebelum zaman angkat-masuk-picit ni…kita memang macam raja weh kat stesen minyak…hahahaha…semua pam attendent buat…kau duduk jerlah dalam kereta.

Sebabkan bukan tuan punya kereta yang angkat-masuk-picit…memang bermacam macam…BERMACAM MACAM kes lah terjadi…human error memang banyak giler…and sudah pasti pam attendant akan kena tiaw kaw kaw punya dengan tuan punya kereta DAN juga dengan tuan punya stesen, iaitu mak aku…HAHAHAHAHAHA…tapi, masa tu tak kelakar lah…anak ke pekerja ke…sama je…*

*Kitaorang dulu ada meniaga stesen minyak masa kat kampung. Dulu la…sekarang takde dah…

Contoh:
Tersalah dengar takpe lagi…
Kereta datang…kau tanya…”berapa bang?” Driver tangan tunjuk angka 2. Kau pun, menggunakan logika akal…kereta+angka 2 = dua puluh ringgit lah kan…kau pon angkat-masuk-picit…bila dah setel…
“Eh dik…abang nak dua ringgit jer…yang kau isi sampai dua puloh ringgit buat ape?” yang nak bayar takpe lagi weh…ada gak yang tak nak langsung bayar..sanggup tu suruh kitaorang sedut balik minyak tu…yang tak nak bayar tu…ada jerlah doa doa aku kasi kat dia…

Bila nak penoh…kau tersalah bajet…tertumpah lak…tuan kereta nampak lak…boss lak ada kat luar time tu…perghkk…memang rasa nak berhenti kerja…

Paling sadis bila kau tersalah masuk minyak…perghk…kereta patut minyak hijau kau masukkan diesel…mati weh MATI…kes macam ni kronik…memang lah kau kena sedut balik…memanglah kau kena notify tuan punya stesen..memanglah kau mati kena tiaw pastu…

Kalau bebelan itu boleh membunuh…aku rasa…mak aku dah banyak kali keluar masuk jel.

Kadang kadang tak cukup staff…cubalah agak sape kena sit-in jadi pam attendent???

KAMILAH…kami ahli ahli keluarga tuan punya stesen…

-__-   

I vote myself as the cutest pam attendent e-ver.

And mak aku memang ada reputasi sikit dikalangan pelanggan pelanggannya…hehehehe…uollss nilailah sendiri reputasi macam mana…lol…

Abang ipar aku pernah sekali tu tersalah isi minyak...tah macam mana tah…terisi diesel kot kat dalam motor…cam tu lah…ape lagi…semak la kepala dia…abang ipar aku ingat kepala dia semak…tengok tengok…kepala tuan punya motor tu laaagi semak…bukan semak motor dia dah tersalah isi minyak…tapi semak dengan tuan punya stesen kat dalam office tu ha…hahahahahahaha…dia memang nak setelkan hal tu antara abang ipar aku ngan dia jerlah…tak nak libatkan tuan punya stesen…selalunyakan driver driver ni naik angin and insist nak jumpa nak complaint kat boss…yang ni tebalik lak…

“takpe bro takpe bro…kita tolak motor ni ke tepi…kita setel tepi…wa tak tahan ar kot boss lu tau…”

…obviously dia tak tau “boss lu” tu adalah mak mentua abang ipar aku.

Hahahahaha…