Sunday, 4 March 2012

centerpiece

something to share, please click here: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.400594416632711.115925.321623357863151&type=3









Pakcik Ami Lemang


cont

Selain daripada saudara seIslam…I do not think my family have any blood relationship with Wan Jenab’s family. They are not our relative but somehow I want to keep the relatioship fresh and closer than before sebab arwah ayah aku ni berkawan baik dengan anak-anak Wan Jenab dan arwah ayah tak pernah lupa untuk belanja Wan Jenab rokok Benson & Hedges sekotak dua setiap kali arwah ayah pegi jenguk Wan Jenab. So since Wan Jenab dah anggap arwah ayah macam anak dia sendiri…so…technically…Wan Jenab tu wan aku jugaklah…kan? Tak ke? : )

Arwah ayah berkawan dengan semua anak2 Wan Jenab…and their history go waaaaaayyyy back…

Way back in 1993, kawan ayah, pakcik Kadir Susu (sebab dia ada jual susu lembu yang fresh) nak pergi KL nak buat ape tah…dia ajak ayah pergi sama. Ayah ajak pakcik Ami Lemang pegi sekali (sebab ape? Ya…sebab dia meniaga lemang dan lemang yang dia buat tu sodap nak mampuih). Tapi pakcik Ami Lemang ni macam hesitate nak pegi takut mama marah. Haha. Time tu, selain dari jual lemang, pakcik Ami Lemang pon ada buat part time dengan mak aku kat stesen minyak kitaorg…tukang bersih bersihkan pam minyak…mop itu ini. So, hari yang dia nak pergi tu…pakcik Ami Lemang mop satu stesen…nak cover line punya pasal…supaya mama tak marah kat dia nanti…haha…kelakar la plak…mama kata memang habis setiap permukaan pakcik Ami Lemang mop pagi tu.

So off the boys went to KL. Settle hal pakcik Kadir Susu…diaorg pon balik…time tu naik keta volkswagen ayah aku…masa nak balik tu…bergaduh la pakcik Kadir Susu dengan pakcik Ami Lemang ni…bergaduh pasal sape nak duduk depan. Haha…last last pakcik Ami Lemang menang…dia dapat duduk depan…alasannya sebab badan dia lagi besar…haha…Volkswagen kan dua pintu je…nak masuk seat belakang tu kena bongok bongkok…hahahahaha…macam macam…ayah aku yang drive, so dia tak termasuk dalam perbalahan tersebut.

Diaorg baru je amek tiket kat tol Sg Besi, tiba tiba ayah nampak van dari arah bertentangan ni terlanggar warning sign kat tepi highway tu. Ni bukan kon kon plastik tu…ni yang besi tu…yang kasi kita warning ada work in progress ahead or something like that tu…so, warning sign ni pon melayang lah ke arah kereta diaorg…ayah pon jerit…

”Mi, tunduk Mi TUNDUUUUUUUK!!!”
.
.
.
.
.
“Hello, Nor.”
“Hello…ha awak kat mana nih? Pukul berapa nak balik?”
“Kawan dah nak balik nih.”
“hurmph.”
“Tapi Kawan balik berdua je ngan Kadir.”
“Laaa…Ami mana? Tak ikut sekali?”
“Macam mana Kawan nak bagitau Wan Jenab ni Ami dah takde.”
“Yelah…Ami pegi mana?”
“Ami dah meninggal. Accident. Kawan ngan Kadir ada ni ha. Takde ape. Ami je. Macam mana ni Nor, macam mana nak bagitau kat Wan Jenab ni?”
.
.
.
.
.
Pakcik Ami Lemang tak sempat nak tunduk. Ayah dan pakcik Kadir Susu were showered with blood. Warning sign tu melayang masuk tembus cermin depan, ngam2 tembus head-rest front passenger seat.


Al-Fatiha untuk arwah Pakcik Ami Lemang.



Wan Jenab : (

cont

Lepas gi rumah Nek Aji, kitaorang rasa macam dah lewat sangat…sebabnya…sebab utama balik kampung pon sebenarnya tak settle lagi…kot pergi rumah kedua ni kang takut dah lewat sangat…

“pergi jelah ma…tang KL tadi dah sebut nak pergi jenguk Wan Jenab…”
“sukati ko…pergilah…mama ikut jer…”

so…pergi jugaklah rumah Wan Jenab…sebab dah pasang niat kan dari awal nak pergi jenguk. Sebelum pergi rumah Wan Jenab…aku berhenti jap kat kedai beli a few grocery for her and family dan sekotak Benson & Hedges untuk dia!!! Hahahahaha…kang jadi macam masa raya dulu…
“Laaaa Ti…lamo dah tak jumpo ekau ni ha…ekau datang tengok uwan ni datang kosong yor kor? Rokok uwan eh mano?”
hahahaha…this time, im wiser…prepare siap2.

So off we go to her house…

“alamak ma…banyak nyer kereta…segan la plak.”
“sabtu ahad ni dik…cucu dia semua balik ni.”
“nak patah balik ke ma?”
“hish ko ni gila…org dah nampak kita masuk sampai kat halaman dia ni dah…”
“barang2 ni nak bawa masuk ke? Segan…”
“tulah…segan…”
“tak payah ma?”
“tak payah ke?”
“tah…tak tau…”
“hish bawa je lah dik…ni dah rezeki dia nih…kita beli untuk dia…bagi jelah…”
“segan…”
“Takpe…bagi je…”
“ok…mama yang bagi.”

So I think, di sinilah setan memainkan peranan…bila ko nak buat baik je…setan akan tiupkan pelbagai jenis andaian untuk ko berubah hati dan tidak meneruskan niat baik ko tu…

aku berniat baik beli a few staple food stuff for her and family…tak banyak mana pon…and tak mahal mana pon…but mind you…kuasa Tuhan, masa kat kedai tu…aku order this and that…”ane, kira…” “une rene…banyak ni adek…” “ok.” Then I thought… “lah murah je…banyak gak ni aku amek…” conclusion aku…bila ko buat sesuatu dengan niat yang baik…God will stretch every penny that you have for the benefits of others. No?

Tapi tulah…bila sampai kat rumah Wan Jenab…aku jadi segan nak bawa masuk and kasi ape yang aku dah beli…segan dengan anak cucu dia semua…nanti apa pulak diaorg kata…(cos, you see, like with Nek Aji, im not even related to her…this part I’ll explain later in another entry) dan dan tu…banyak gila tanggapan burok bermain kat kepala aku nih…kang diaorg ingat aku ni poyo jer beli barang untuk nenek dia…kang diaorg ingat aku ni melebih lebih you know…those kinds of stupid thoughts yang setan tiupkan dalam hati ko.

Tapi Alhamdullillah…my mom and i…continued to do what we came there to do…to visit and bertanya khabar kawan lama.

I gave my salam and true enough memang ramai lah kat rumah Wan Jenab masa tu…just when I expected to see Wan Jenab sitting on her usual spot at the top of the staircase smoking…I was told that she had a very very very bad fall…and it has been for over two weeks… : (     : (    

Mama naik atas dulu jumpa Wan Jenab…aku malas nak hovering around sick people…so I stayed in the kitchen.

Kat dapur tu…aku jumpa this one uncle.

“ni anak arwah yang nombor berapa ya?”
“yang bongsu.”
“ooo…uncle dulu satu kelas arwah your father…dari darjah satu saaaaaampai standard six.”
“wah…ye ke uncle…?”
“yes…then after that…we went our separate ways…”
“ooo…”
“after that ada jumpa kejap…masa kami masuk pulapol.”
“pulapol? Pulapol polis?”
“ya…polis…masa tu uncle and your father were recruited untuk jadi polis* di jalan semarak.”
“ayah pernah nak jadi polis? Hahahahahaha…”
“oh…you did not know?”
“no…hahahahahaha…”
“but your father was there for a week je…lepas seminggu dia cabut…tak sempat nak turunkan cap jari** pon”
“HAHAHAHAHAHAHAHAHA.”
You see, knowing my dad, he can never be a policeman…terikat dengan arahan dan disiplin…so not him. That is why I laugh…ayah pernah nak ladi polis…dan aku sikit lagi nak jadi anak polis!!!

Bila aku nampak mama dah turun…aku pon naik jumpa Wan Jenab…she was so so so so so frail. So so so so so frail. Everytime she moved her left arm and hand…she would let out a sorrowful sigh. Everytime she moved her hips, she would let out a sorrowful sigh… : (   : (   : (

Lengan kiri Wan Jenab dah lebam biru gila…apparently, two weeks plus ago, she woke up and 3am and wanted to go to the loo but fell on her way to the bathroom…Wan Jenab sempat tahan daripada nak jatuh pakai tangan kiri dia… : (    : (    : (    : (    : (

I just sat beside her. Stroke her hand and forehead…whispered to her “Wan…ni siti ni…”
She was very much aware of her surrounding…Alhamdullillah.
“siti dah makan? Poie makan dulu.”
“siti dah minum? Poie minum dulu.”
This is the sweetest thing about any grandmother…they always fuss us to eat and drink!

Sitting beside her made me think…nanti, aku tua dan tak bermaya macam Wan Jenab sekarang ni…ape yang aku nak?

Aku nak orang doakan untuk aku, aku nak ada orang just sit beside me and do nothing…or better yet, do what I say.

so, that’s what I did. Sit beside her, and pray silently. Sambil sambil tu aku usap usap tangan dia… Dia suruh garu sini aku garu sini…dia suruh garu sana aku garu sana…sekali sekala akan terasa Wan Jenab genggam tangan aku. Pastu tiba tiba…genggaman Wan Jenab jadi kuat…dia tarik aku pegi dekat dengan dia. Then she said:

“Ti…Ti maafkanlah dosa dosa ayah Siti yer…”






tipu kalau kata aku tak tergamam. I was speechless alright.






“Yer Wan dah Wan…tiap tiap hari Siti maafkan…tiap-tiap hari Siti minta kat Tuhan, diampunkan juga dosa dosa ayah.”
“Camtu lah yang iyor eh…iyorlah…Tolong Wan garu ha…”
“iyolah Wan…kek mano?”







“Ti…Ti maafkanlah dosa dosa ayah Siti yer…”
“Ti…Ti maafkanlah dosa dosa ayah Siti yer…”
“Ti…Ti maafkanlah dosa dosa ayah Siti yer…”
“Ti…Ti maafkanlah dosa dosa ayah Siti yer…”
“Ti…Ti maafkanlah dosa dosa ayah Siti yer…”
“Ti…Ti maafkanlah dosa dosa ayah Siti yer…”
“Ti…Ti maafkanlah dosa dosa ayah Siti yer…”

it made me think…have i? cukup ikhlaskah aku?







cont





*apparently, after the 13 may incident, police were looking for young men to be recruited into the police force. Menurut cerita uncle ni…masa tu diaorang tengah main sepak raga kat perkarangan surau kampung jawa when the police came and offered them. They offered themselves and were accepted.
**apparently, menurut uncle ni…polis yang baru banyak kena sign document pakai cap jari…hampir tiap tiap hari…ada je benda yang nak kena sign pakai cap jari.

kanser puduraya


semalam aku balik kampung. Balik hari, tak bercadang nak overnight pon…just ada hal nak settle kan sikit.

Ada masa terluang, malas nak balik jneguk rumah…berhabuk ape bagai…so…mama and I decided to go visit some old friends.

First house…rumah Nek Aji Endon.

Just the day before, mama called Nek Aji to bertanya khabar. We found out that she is now supposed to be on dialysis…but she refused…because…

Quote: “Alaaah Piah, tukar tak tukar darah ni…mati jugaaaaaakkkkk…”

Word! hahahaha…Nek Aji Nek Aji…

Dulu masa aku umur setahun dua, mak bapak aku pernah menyewa dengan Nek Aji ni…kat belakang rumah Nek Aji ni ada tanah…luaaaaaasss…so, Nek Aji buat a few houses for rent…I guess…from there…my family and family Nek Aji bonded until now.

Memang seronok dengar orang2 tua berborak…mostly what they talk about is…sape yang dah meninggal sape yang belum, sape yang tengah nazak sape yang tak…si polan ni kat mana si polan tu buat ape si polan yang itu dah berapa cucu si polan yang ini dah kawin berapa…yang ini baru buat operation yang itu baru sakit…

“Ohhh…meninggal kanser yer Nek Aji?”
“Iyer Piah…tak sempat nak operate.”
“Adik saya meninggal kanser juga…kanser ni Nek Aji…” at this point, my mum directed her hand to her chest to indicate breast cancer.
“Ohhh…kanser puduraya.”
“Nek…ape plak kanser puduraya…puduraya tu tempat tunggu bas! Kanser PA-YU-DA-RA lah Nek…”
“Eh kanser puduraya eh ape pulak puduraya…pudaruya…eh payudaraaaaaaaaaa…!!!”

hahahaha…catching up with the old times.

cont

Saturday, 25 February 2012

sik


“dik…ko cuba tengok bahasa jawa ni…salah eja ni…”
“bahasa jawa? Salah eja? Manaaa?”
“tu…” mama pointing at a row of wordings in jawi.
“jawa ke jawi Ma?”
“eh…hehe…jawi…”

.
.
.
.
.

i was asking a simple math question to my mother…

“kan ma? Kalau dah bahagi dua macam tu…sama balik lah kan harga dia…”
“iyelah…” tone of voice – annoyed… “matematik senang macam tu macam mana ko boleh tak dapat…”
“hahaha…entah…ok…dah dapat jawapannya…thank you…”
“mama dulu masa sekolah ambik art math tau…”
“art math Ma?”
“haa…art math…art math yang susah tu…kan kita ada amek math biasa…ada juga art math…mama ambik art math tu dulu…”
“art math ke add math Ma?”
“eh…hehe…add math…”

.
.
.
.
.

“wan tu tri fo faif sik…”
“six…siX…”
“sik…siK…”
“siXXXX…”
“siKKKK…”
“boleh lah tu Ma…”


PAAAAAAANNNNNGGGG


Dulu, masa mak aku meniaga…tempat mak aku meniaga tu selalu dijadikan port untuk pekerja pekerja kilang transit dari bas ke van or vice versa.

So, tiap kali diaorang sampai…memang ramai arr serbu kedai mak aku ni. selalunya, mak aku takde pembantu kat dalam kedai dia…kecuali kat luar la…ada pam attendan Bangladesh dua tiga orang…tiap kali group pekerja pekerja kilang ni turun…mak aku bengang…bengang bukan sebab ape…bengang sebab…bila diaorg serbu kedai mak aku…dalam sepuluh orang yang masuk…mesti ada sorang duaorang tu mencuri…tapi mak aku tak dapat tangkap…lagilah buat hati dia panas. Hahahahaha.

Pastu, ada satu hari ni…mak aku dah tak tahan sangat dengan perangai se-setengah pekerja pekerja kilang ni…dia pasang perangkap…dia suruh pam-pam attendant Bangladesh dia tu…perhatikan pekerja pekerja kilang ni dari luar…perhatikan…mana satu yang ambik barang terus keluar tak bayar…

Pastu…pekerja mak aku ni dapat tangkap sorang…lelaki…dia masuk…mundar mandir…capai tah apa benda tah…terus kuar naik atas bas. Pekerja mak aku pon report arr kat mak aku…kahkahkah…

mak aku apa tunggu…dia begegas naik atas bas kilang tu…

Sambil sinsing lengan baju kurung dia…lantas mencekak pinggang.

“acik tau…salah satu di antara korang kat dalam bas ni…mencuri kat kedai acik…beramai ramai serbu kedai acik…tapi bukan semuanya datang dengan niat nak membeli…kurang ajar ye…baik mengaku cepat…sape yang mencuri tu…baik mengaku cepat…”

of course…takkan ada yang nak mengaku kot…gila ko…*shudders*

sehinggalah…sehinggalah mak aku menggunakan kuasa veto dia.

“ooo…tak nak mengaku yer…takpe…ACIK TAKKAN TURUN DARI BAS NI SELAGI SESAPE YANG MENCURI KAT KEDAI ACIK TADI TAKNAK MENGAKU…lantaklah bas ni tak boleh jalan ke ape ke…”

Aku takde kat situ…tapi aku dapat bayangkan…

mesti driver bas kilang tu tekup kepala dia sambil geleng kepala mengenangkan nasib dia……”habislah aku tak dapat nak kejar trip yang lainnnn ni…”

hahahahahahahahahahaha…

mak aku cerita…agak lama lah sebelum budak tu bangun dan mengaku. Mak aku suruh budak tu ke depan…

“PAAAAAAANNNNNGGGG.”

Mak aku lempang budak tu.

Sejak hari tu…somehow…pekerja pekerja kilang tu…bila masuk kedai mak aku…mereka agak behaved arr.



amoi

annoying…memang sangat annoying…

dah bekali kali dah aku check cermin keta aku ni…berkali kali dah aku turun naik kan power window aku ni…semua tutup…rapat…dah naik pon aku tekan gak lai…nak double confirm…rapat dah.

If so…kenapa bunyi dari luar ni kuat sangat.

Ok. lantaklah.

Ooohhhh tak bleh tak bleh…
Bunyi motor kapcai tu tadi dekat giler…macam dah masuk dalam keta aku dah…ape ni…nilah deh keta malaysia…tak telus bunyi dowh…demmit.

Ah. lantaklah.

Aku pon drive…

Pastu tah macam mana tah…aku tercapture ada salah satu signage kat depan aku ni bernyala.

Ohhh…ceh…pintu belakang tak tutup rapat kesannya…bengong.

Aku malas giler nak berhenti. Aku bajet…tak terbukak kot pintu ni kalau aku kona baring pon……………..terbukak ke? Aku usha side mirror…tak kan…aku pon kona…haaaa…tak. Ok tak payah berhenti. Aku malas.

Aku pon drive je lah.

Pastu ada satu van ni potong…

Kuek nak mampuih: “AMOI PINTU BELAKANG YUU TARAK TUTUP LAPAT!”  laung si wayarman lengchai number 1 yang duduk di depan, sambil tangan si wayarman lengchai number 2 ligat tunjuk tunjuk ke arah pintu keta belakang aku.

Aku angkat tangan, tunjuk bagus…harap wayarman wayarman lengchai berkenaan faham itu tanda terima kasih…aku signal ketepi, berhenti, aku tutup pintu belakang keta aku cos aku dah macam paranoid…sampai dah ada orang shout and warn…tah tah memang terbukak bila aku kona. *gasp*

Hahahahahaha…cute. Bagi aku itu cute. Bak kata 9 gagers, FAITH IN HUMANITY RESTORED!!!




Sunday, 19 February 2012

topup


“tolong bayarkan teh ais aku…aku kering ar.”
“ko bukan ada pinjam sepuluh ringgit kat dia tadi ke?”
“aku dah pakai…beli topup.”
“topup? Ko bukan pakai line ke?”
“banyak e lak soal ko nih…ko nak bayar kan ke tak?
“nak bayar lah ni…aku sepak plak ko ni kang…”

pakai subang tu yor

“banyak dowh subang subang ko yang ko dah kumpul dari dulu tu…camner nak pakai dah skang…tak boleh dah”

“tu arrr…”

“bagi kat orang la…hadiah…tak pun jual ke…”

“hisshhhh…sayang dowh…”

“haa pas tu…dress dress ko…yang biru tu…cantik tu…ko simpan je ke? Jual online sudah taaakkk?”

“banyaklah ko…aku kawin sok, aku pakai depan laki akulah bai…untuk tontonan laki aku je…hahahahaha.”




Aku memang ada banyak subang…janganlah comparekan aku dengan pengumpul tegar yang lain…anak anak datuk datin ke…hahahaha…mine is modestly banyak…sebab pursenya pon modestly tebal…hahahahaha…

Dalam banyak banyak subang…aku paling suka nak mati this one pair…



Dah lama dowh aku beli subang ni…aku beli subang ni kat plaza masalam shah alam…masa tu aku student lagi…sebelum masalam berwajah baru seperti sekarang ni…dulu…masuk2 je ikut pintu tepi toilet tu…akan lalu tepi kedai speedy video kalau tak silap, pastu terus nampak kedai hotdog 1901…sebelah kiri kedai hotdog 1901 tu ada kedai jual barang silver silver ni…rantai ah subang lah…loket lah…macam macam lagi arr…ha…kek situ lah den habih an duit ptptn den. Hahahahahahahahaha…

Tu tahun bila tu…aku rasa masa tu…around 2002? 2003? Haaa…around these years…masa tu aku pegi ngan salah sorang geng rumah 17 aku…kalau tak nini, si tini…which one tah…

Aku paling ingat this one incident…aku pernah terhilang subang ni satu…

Masa tu…habis habis je kerja aku gi jogging…ok, jangan terkejut ya kawan kawan…ya…siti bersenam!!!! Hentikan komen komen sinis itu…Hahahahahahaahahaha…

anyhow, aku gi jogging…pakailah sweater apa bagai nak kasi peluh banyak keluar…hahahaha…ye…dah…aku keluarkan peluh jugak hokay…sinis…sinis…aku tau sape yang tengah gelak nih…!@#$%^&*()_

anyhow…time nak balik…masa kat parking lot, kat tepi keta, aku bukak lah sweater tu…sweater ni takde zip depan…main sarung dari kepala…so, aku pon bukak lah sweater…masuk keta, balik…

sampai rumah aku raba raba telinga kanan…hilang sebelah subang aku tu…!!!!!!! Devastated!!!

“vain, jogging pakai subang!”

tak…tak…bertenang ya…hahahahahaha…kebiasaannya aku bukak…tapi masa tu aku lupa…subang t upon comel je…dainty…just nice…miumiu…

aku fikir fikir balik…yalah…mesti tertanggal masa aku bukak sweater tu…

besok pagi…aku pegi balik kat parking lot yang aku park keta aku semalam tu…

takot gak ar gi situ…lengang takde orang…

aku tengok kat atas tar tu dua tiga kali…awwwwwwww…tu dia…ada!!! Jumpa balik!!! Happy hokay!!!

Hahahahaha…

And these row of earrings…aku tak sempat pakai lagi pon…



mama ngan kak long belikan masa diaorg gi city one plaza. Cantik kan? Aku suka…aku suka subang bermotifkan binatang…binatang aku dah ada satu zoo…



and nature…daun, daun, daun, daun…bunga…sea shells…feathers…hahahaha…ya…bentuk daun aku suka sangat sampai kawan kawan aku haramkan aku beli any subang yang bermotifkan daun! Pftbbbbb…

aku ada terfikir…banyak kali gak ar…ish…kalau ko pakai tudung nanti…tak dapek laie lah dor ko nak tayang subang subang ko ni…bazir yor boli banyak banyak…


iiiiiyolah den punya qarin…tak dapek laie pon tak apolah…sok sok dopan laki den…den pakai lah subang tu…


den pakai subang tu yor…subang tu sajo kek telingo…buleh?











Thursday, 16 February 2012

kepanjangan ekor rambutnya…

Oklah…masa gi penang…tak larat siot nak tunggu nasi kandaq beratuq tu bukak pukui 10 malam…seharian dah ke situ ke sini…by malam…takde sape berminat nak drive turun ke Georgetown dah…hahahahaha…

Last day kat penang…lalu depan masjid kapitan kling…terus suggest kat cikhas “weh…makan tengah hari kat sini jelah weh…”

Bila siang…memanglah bukan nasi kandaq beratur…dia dah jadi nasi kandar masjid kapitan kling kalau tak silap…

Bolehlah…asal dapat feel makan kat tepi jalan bawah pokok…

So…kitaorang pon beratur…(still kena beratur ok)…pastu makan…omnomnomnomnomnom…minum air gulp gulp gulp…

Pastu aku perasan…ada empat orang mamat ni…erm…not wanting to stereotyping anyone here…but…aku nak bagi gambaran yang paling tepat ni…hahahaha…

diaorg dressing tipikal mat rempit arrr…hahahahaha…dari baju, ke seluar, ke kasut, naik balik ke rambut, spek mata hitam masing2…and erm…muka….ok ok…tak baik…aku tau…tapiiiiiiiii….muka stok kalau aku nampak diaorg ni berjalan ke arah kereta aku, aku akan lock kereta aku, kalau masa tu kereta aku tak berlock….atau aku akan alihkan handbag aku…baling ke tempat letak kaki ke…sorokkan lagi ke…hahaha…ok…aku tau…keji keji memang keji ok…

i hope you get what I mean…hahahahahaha…

Ok…and so…they ate and paid and went to their parked motorcycles…not far from where I was seated…so aku boleh nampak lah gerak geri mereka…

Jap…Kenapa ko asyik betul perhatikan diorang ti?

Aku pon tak tau kenapa aku nak perhatikan mereka okkkk….hahahahaha…

And then…salah seorang daripada mereka, A lah katakan…pass something kat kawan diarorg, B lah katakan. Then B…pegang benda tu sambil dia pon keluarkan something from wallet dia…aku assume duit lah…then B trus gi kat seorang makcik ni…yang tengah duduk kat entrance masjid kapitan kling dengan anak kecik dia…B belutut, hulur duit tu kat makcik tu…borak-borak sikit, mamat tu pon ciao, makcik tu pon cium2 duit tu sebelum masukkan duit tu dalam kole kat tangan dia.

So kids, do not judge a book by its cover.

Or dalam kejadian ini…

jangan nilai seseorang itu melalui kepanjangan ekor rambutnya…

tak gitu

never fail…

tiap kali siti nurhaliza/ ziana zain/ fauziah latif kuar tv menanyi kat konsert mana2…

dialog seperti ini akan kedengaran…

“kenapalah takde sorang pon anak2 kiter yang pandai menyanyi ma kan…”
“tu lah tu bang…”

aih…entahlah ma…entahlah yah…mungkin sebab tiada genetic menyanyi yang diwarisi dari mak bapak kami agaknya…

tak gitu?

Never fail jugak…

Tiap kali rancangan2 seperti “anda adda 60 saat”, “1 juta money drop”, “jangan lupa lirik” disiarkan…

dialog seperti ini akan kedengaran…

“dik…ko masuklah program ni…boleh menang duit…senang je…ajaklah kawan kawan ko masuk…”

aih…apa kata mama yang masuk ma?

Tak gitu?

cow lah lembu

Bertahun doh aku berkawan ngan diorg ni…

boleh dikatakan…mereka adalah antara kawan melayu batch pertama aku…

Wait…sebelum ni…kawan ko sape?

Sebelum ni kawan aku banyak cina…hahahahaha….wan Malaysia maa…

Ok…nyway…like I said…dah bertahun aku berkawan ngan diaorg ni…imah, nini, tini, mamal, and bibina…

Biasalah…masa dah nak habis belajar…maisng masing dah nak bawa haluan masing masing tak lama lagi…

“weh…korang ingat sape kawin dulu weh…”
“ko lah…”
“ape aku plak…ko lah dulu…ko dah da pakwe…”
“ape plak…ko lah…”
“ko lah…”
“ko lah…”
“cow lah lembu…”
“aku rasa…sape yang takde pakwe yang akan kawin dulu…”
“ha ah…aku pon rasa…”
“ha ah…ha ah…”
“ye ke…”
“ye ah…”

tengok tengok…

masin doh mulut kitaorg!!!

Post ni untuk ko tini…untuk kita juga… nini, imah, mamal and bibina…

: )

Btw, menyampah aku tiap kali type nama mamal…auto-correct manjang auto-correct nama mamal ke mammal… -___-

pubic raper

Dulu…masa belajar…aku skema…(ape? Ape?…memang aku skema pon…tak yah nak buat bunyi bunyian…)…bila skema…aku selalu duduk depan…bila duduk depan…aku suka kacau kawan kawan aku masa diaorg tengah buat presentation…

Taaaaakkk lah…mana ada kacau…aku kan skema…aku selalu tolong lah…bila kawan kawan aku mengalami situati cemas “my train of thoughts have just derailed”.

Kak sally (bukan nama sebenar): “… … women have to be very careful of raper when they go out at night…”

Aaaaa…raper?????

Whisper…”psttt psttt kak…kak sally…bukan raper…rapist lah rapist.”

Hoshit…tak dengar…

Kak sally (bukan nama sebenar) continued her presentation: “… … a raper should be punished harshly…”

Haduiiihhh….gotta do something nih…


A-ha…

tulis atas kertas “rapist” besar besar…tala kan kat arah kak sally…

hamek ko…expresi muka kak sally dah macam bertentang mata dengan seorang raper.

p/s: kawan2 sekelas aku masa tesl…korang tau kot kak sally nih sape…hahahahahahaha…



another incident…

a classmate of mine…kak melly (bukan nama sebenar) seorang yang baik budi pekertinya…percakapan, pemakaian dijaga rapi, lemah lembut…tak lokek nasihat…seorang contoh muslimah yang baik…tak, ni serius…you gotta understand her a bit so that when I told you about what she did when she was presenting…baru korang boleh nampak ironi-nya.

She is not the type yang akan…you know…buang masa…bergossip gossip…cakap cakap nakal ni…no no no…tu aku je…dia tak…hahahahaha…

*waive* hi kak melly-bukan-nama-sebenar-but-when-you-read-this-you-know-it-is-you!!!!!!!!!

She was about to present about public caning…she took a whiteboard marker and proceeded to write something on the board…

In all seriousness…she began her presentation…

Little did she know…what she wrote was instead:


PUBIC CANING

ouch

Yeah…you go kak melly…you go girl…roarrrrrrrrrr…

p/s: kawan2 sekelas aku masa tesl…korang tau kot kak melly nih sape…hahahahahahaha…



oh…aku taulah phrase “my train of thoughts have just derailed” ni memang an overly-used phrase masa presentation kat mana mana pon…
tapi aku bagi credit kat kawan aku yang sengal ni for using it with style…or at least, for making it popular amongst my circle of friends.

Dia ni tengah buat presentation…pastu lupa point dia…senget, bengkokkan lutut kiri…tak ingat gak…senget…bengkokkan lutut kanan…tak ingat gak…letak tangan kat tepi dahi kiri…tak ingat gak…letak tangan kat tepi dahi kanan…tak ingat gak…

“hurm…ammm…ermm…wait ya…my train of thoughts have just derailed.”

And time tu…aku rasa itu alasan yang sangat cool untuk dijadikan alasan.


And let’s just name this friend of mine kak nini (bukan nama sebenar).

Monday, 13 February 2012

amati muka ayah

aku rindu ayah aku.



Gambar yang ni…aku letak dalam purse aku…

tengah-tengah beratur kat econsave yang tak pernah pendek line-nya…aku amek, kuarkan and tengok…

tengah-tengah tunggu lampu hijau…aku amek, kuarkan and tengok…

tengah-tengah boring tunggu student yang saja melengahkan masa tang nak presentation…aku amek, kuarkan and tengok…

tengah-tengah tunggu bil dari waiter…aku amek, kuarkan and tengok…

aku amati muka ayah…rambut dia…kening dia…mata dia…hidung dia…misai dia…mulut dia…dagu dia…telinga dia…pipi dia…kulit dia…

terdetik kat hati aku: “Yah…kenapa ayah ni gelap sangat? Nasib baik aye tak ikut warna kulit ayah…” hahahahahahahaha…

well…di kalangan family belah ayah aku…my parents is known as Pak itam and Mak itam…kesian mak aku…dilahirkan putih…kawin ngan ayah aku…langsung mendapat title Mak Itam.

Aku amati muka ayah…penuh dada aku…terus sebak…e-ve-ry-ti-me.

Aku terus terbau bedak cuticura dia…

lepas mandi…ayah akan tuang bedak cuticura kat tangan kiri dia, pappap ke ketiak kanan…tuang bedah cuticura kat tangan kanan dia, pappap ke ketiak kiri…when he moved away from that particular spot…tada…there would be a set of fresh foot print, lined nicely by the falling residue of the cuticura talcum powder…

tapi…tak selalu my memory of him is that strong...

kadang…aku tengok gambar ni…aku tengok…aku tak rasa apa…ok…dia ayah aku…so?

bila aku start tak rasa apa apa…aku jadi panik…aku jadi gelabah…aku jadi marah…ape gila ko ni siti…wtf…how can you not feel anything?????? How can you forget!!!!!!!!!!!! Ko mana boleh lupa benda benda macam ni siti…

Aku lupa bau cuticura tu macam mana…

Aku lupa bau brut tu macam mana…

Aku lupa bau lucky strike tu macam mana…

Aku lupa bau tembakau drum tu macam mana…

Aku bangang…aku boleh lupa…

Aku tak nak lupa…aku tak nak lupa ayah aku…aku sayang ayah aku…sapa sapa yang masih ada ayah di sisi korang…Ya Allah…tolonglah…sayangilah ayah ko…

Aku rindu nak dengar kelentong dia…ada jer jawapan dia…setiap soklan yang aku ajukan…ada jeeee jawapan dia…goram den…

Aku rindu bunyi ketung ketang dia tumbuk lesung kat dapur...

Aku rindu kelibat dia…lalu lalang…

Aku rindu nak tengok sepasang selipar jepun tapak putih tali biru muda kat depan rumah…

Aku rindu bunyi kain pelikat bergeser bila dia lalu…

Aku rindu gaya dia dalam kereta masa tunggu aku habis sekolah…aircond buka, tingkap pon bukak, tangan kanan rehat kat bibir tingkap…

Aku rindu…aku rindu nak tengok dia duduk kat meja dapur potong bawang potong sayur petik cili…kole hijau besar dia kat sebelah…nescafe o nipis ngan rokok…ya, cukup tak hygienic…tu sebab ape yang ayah masak sedap kot…hohohohoho…

Aku rindu ayah aku.

keras

tengah tunggu lif, nak turun to have breakfast by the beach. bliss!!! alhamdullillah.

"Dari mana datang bau ni dik?" mama tanya.

"Tu..." aku mungcung,tunjuk dari mana datang bau tu$

Bau tu datang dari electric incense burner, on a table, placed just in front of the elevator's waiting area.

"Ooo...wangi." mama kata.

Then in the evening, mama duduk kat kerusi tu. aku pon datang duduk kat kerusi lagi satu.

"Ma, nilah punca baru tu."

"Ooo..." and with that, she dipped her hand into the warmly burnt incense's liquid!!!

"Ma! kenapa mama celup tangan dalam pewangi tu?"

At this point, aku dah tegelak tebahak bhak dah. Muka mama dah stok muka budak umur 5 tahun gabra bila sentuh benda yang adult suruh jangan sentuh!

"Aku ingat benda tu keras mcm lilin!"

my feet

my feet is big. no. no....not big...huge. yeah huge. my feet is huge. rough and ugly.

"Kaki ko ni dik mcm kaki pesawah." muka ayah straight.

"Aaaaaa...kaki pesawah? kenaperrrr?" cembeng sambil pandang bawah.

"Yelah...besar...lebar...sesuai untuk bajak sawah." muka still straight...senyum sikit.

"Aaaaa..." betambah cembeng.


So you hate em?

Oh no. no no no no no. I don't hate em.

I love em infacts...because...


"Yah...kaki kita bukan sama je ke bentuk dia?" pandang kaki aku; pandang kaki ayah aku; aku pijak pijak kaki ayah aku.

Sunday, 12 February 2012

i tot you china

everytime, before this.......tanpa fail...bila aku greet student-student international yang baru masuk kelas...

"Assalamualaikum and a very good day to all...bla bla bla..."

student menyampuk...dengan mata bulat terbeliak...

"Waalaikummussalammmm...tee-cerrr you muslim? MasyaAllah..."

haiihh...sabar jerlah...

or...

if occasional aku terpacul...

"Insya Allah you will do well in your exam..."

"ohhh tee-cer...you muslim?"

"yes, i am muslim..."

"i tot you china..."

kepala ko china...

new hair cut

bila ramai orang just can't pin-point apa yang lain pada penampilan baru aku...


"azim...apa yang lain ya pada azim ni...azim nampak lain la..."

"new hair cut kak..."

kahkahkah...

muslim malaysiya

*knock knock*

"yes...come in."

tiga student tepacul depan meja aku.

"tee-cer...we wan ask you wan kues-shen."

"ok. is this about your grammar exercise?"

"oh...no no no tee-cer..."

"then?"

tiga org student ni...berpandangan semasa sendiri...tesengih sengih...

"we wan ask you...you muslim malaysiya or muslim china?"

"hahahaha...what do you think?"

student a: "i think you muslim malaysiya."

student b: "i think you muslim china tee-cer...cos you know speak china."

"you?"

student c: *angkat bahu. sengih*

"i am muslim malaysia."

"see...i told you...you buy me dinner tonight...i want dominos."

"oh my...you guys bet on me?"

"hahaahhaha...yeah tee-cer...thank you tee-cer...we see you in class..."

-__-


memang ada yang kena penampar bebudak nih...

direct ke dalam kuali...

ooooohhhhhhhhh...

aku sangat bangga dengan diri aku malam tadiiiiiii...

aku berjaya goreng telur...tanpa pecahkan telur tu dalam cawan dulu and berdiri lebih kurang sekaki setengah dari kuali!!!!!!!!!!!!!!!

kenapa aku selalu kena pecahkan dalam cawan dulu? sebab aku takut minyak tu terpercik...

so, malam tadi...ape aku berjaya buat?????

aku berjaya pecahkan telur tu direct ke dalam kuali....DIRECT KE DALAM KUALI. direct occay.

"Ma! Ma! Aye goreng telur...aye pecahkan telur direct ke dalam kuali..."

"aih...berani pulak ko pecahkan terus dalam kuali..."

"tulah!!!! minyak tu tak terpercik ponnnn!!!"

"Manaaaaa...laaa memanglah tak terpercik minyak tu...minyak tu tak panas lagi pon..."



-__-



well...

still...

direct ke dalam kuali...

minyak tak terpercik...



direct ke dalam kuali...