Thursday, 7 June 2012

WAKE UP!

Orang selalu ingat keluarga aku ni keluarga orang kaya. Takde lah aku marah bila orang ingat, ingat, aku ni dari keluarga kaya raya…ingat je dari keluarga kaya…belum tentu betul lagi kan…persepsi orang…nampak org lalu depan gereka, dikatanya baru keluar gereja...nampak lalu kat belakang lorong haji taib, dikatanya baru lepas langgan pelacur...biasalah tu...we always judge the book by its cover...aku pon ingat ko dulu kerja GRO…eh tak lah…hewhewhewhew…

Aaaaaanyway since setiap kata-kata itu adalah doa…Alhamdullillah Amin…rezeki datang daripadaNya…Alhamdullillah…

Cuma aku menyampah bila orang ingat aku satu family ni berduit dengan hanya duduk kat rumah goyang kaki…kalau aku lelaki…goyang telo sekali.

Bila jumpa, minta duit. Asal nampak kelibat, nak pinjam duit. Nampak je muka family aku ni…duit duit duit duit duit DUIT DUIT DUIT DUIT…

Dulu, masa family aku ada bukak stesen minyak…kebanyakkan orang ingat family aku kaya berair.

mak aku beli peti sejuk baru lepas peti sejuk lama yang dah nak dekat sebaya dengan aku tu dah runtuh and dah tak sejuk sampai beli daging simpan dalam freezer pon busuk… “piah tak apolah…piah banyak duit eh…”

untuk kali pertama dalam berbelas tahun beli satu sofa baru “ermphh piah…tiap taun tuka kusi baghu…”

tapi diaorg tak nampak hours yang mak aku has to put in kat stesen minyak tu…tekangkang dari lepas subuh sampai tengah malam…on certain occasion…tido terus kat stesen minyak tu tak payah balik balik rumah…kenduri tak pegi ape pon tak buat…diri terikat dengan komitment di tempat kerja…tu semua diaorg tak nampak…handle pekerja handle pihak atasan…nampak je org masuk bank…terus ingat duit kat dalam bank tu bekepuk kepuk…tak tau ke perihal rolling? Modal? Minyak tu ingat dapat free tak payah bayar ke dari petronas tu? Free? Untung 100 peratus? Tak beraya tak becuti tak kenal tv tu ape…anak graduate pon tak dapat pegi.

Semua tu diaorg tak nampak. yang diaorg nampak...piah tu kayo bak sikit duit tu ha...

Macam sekarang ni…Alhamdullillah dengan rezeki kurniaanNya…

tapi still orang rasa…kitaorg selesa sebab kitaorg duduk goyang tetek goyang telo je kerja kitaorg…

keselesaan ini dapat dikecapi sebab kitaorg work for it…bukan datang bergolek…aku tak rasa fit pon untuk melabelkan ia sebagai kekayaan…ya…kami selesa…Alhamdullillah…Dia yang memungkinkan rezeki yang kami dapat sekarang…

tapi rezeki tu tak datang dengan mudah ya…tidak jatuh di riba kitaorg sewenang wenangnya ya…

rezeki datang kepada aku lepas aku besengkang mata tekangkang siapkan hantaran customer sampai pukul dua tiga pagi…dengan keesokkan harinya ada kelas pukul 8 pagi…sambil feel feel sikit sakit belakang aku ni…

rezeki datang kat akak aku…lepas akak aku pagi uruskan prihal rumah tangga and anak-anak dia, tengahhari lepas anak anak gi sekolah pegi kl uruskan itu ini, petang balik uruskan anak anak, malam jumpa customer sampai pukul sepuluh sebelas malam…atau pagi make up kat dua tempat, satu putrajaya satu kat kepong, drive sendiri ya...takde driver ya...…balik jumpa customer non stop sampai empat lima orang customer…oh…takde bibik juga ya.

rezeki datang kat mak aku lepas dia jahit manik tudung, tampal lace tudung, jahit tepi tudung, jahit itu dan ini…

the point is that…jangan judge orang:

“aaahhh dia tak pe arrr bleh beli itu ini…dia kaya…”

“dia kaya doh…nak kuar modal senang…nak bukak bisnes senang…”

“dia manjang bejalan je kerja dia…cuti sana sini…”

"ahhh dia senang ar cakap...dia kaya..."

"dia nak risau ape...ape pon jadi kat dia...dia tu kaya..."

jangan salah kan orang lain kalau ko, bak kata orang putih, pilih untuk lead a champagne life on a beer budget...kalau ko buat baju tak ukur kat badan sendiri...tau tuding jari salahkan orang...empat lagi jari tu...arahnya kat ko balik. 

WAKE UP!

memang wujud golongan manusia yang….WORK HARD TO GET WHAT THEY WANT…dan dengan izinNya…REALLY GET WHAT THEY WANT.



Wednesday, 30 May 2012

the expensive blow job

this is the expensive blow job


pill then wait 3 minutes.

water then wait 7 minutes.


then perform the job of blowing.



a pytest for h.pylori

Helicobacter pylori (H. pylori) is a bacterium that causes chronic inflammation of the inner lining of the stomach (gastritis) in humans. This bacterium also is considered as a common cause of ulcers worldwide; as many as 90% of people with ulcers have detectable organisms. more here.

Gila mahal untuk satu blow job


aku tak pernah…urm…blow job sebelum nih. So bila aku diberitahu oleh mamat singh ketinggian sederhana berperut bulat yang aku kena blow job …

“You just need to blow…like this *buat aksi blowing*.”

…aku pon nonchalantly menjawab: “hokaaayyy…since you insist.”

Pada hal dalam hati…perghk…nervous siot!!! Saja je bersetuju dengan nada casual…agar mereka tak kata aku…conservative (?)

so, setelah bersetuju untuk melakukan aksi itu, ada seorang minachi ni bawa aku ke satu bilik yang lain, di tingkat lain…tingkat bawah sekali

Minachi ni suruh aku duduk.

“adek duduk sini.”

Aku pon duduk. Handbag aku letak atas riba kemas kemas.

“adek tunggu sikijap aaaa.”

Aku angguk cemas.

“sikit jam nanti ada satu orang datang…nanti adek ikut itu owrang.”

aku angguk perlahan.

Itu owrang pon datang tak lama lepas tu. Pantas servis di sini aku fikir. Owrang itu kesannya adalah seorang amoi yang tak pelat cina sangat.

Aku syak dia Sabahan.

So, this sumandak bawa aku ke satu bilik lain.

Dia tunjuk katil.

Aku tengok muka dia. “baring?” aku tanya.

Dia tengok muka aku. “tak. Duduk. Nak buat ni kena duduk. Lagi senang.”

Aku pon mengengsot atas katil tu dan duduk.

Aku ikut je perintah dia. Cara sumandak tu pandang muka aku yang innocent ni…aku pasti dia dah dapat baca yang aku tak pernah ber-blow job sebelum nih.

Ish.
Demmit.
*slams fist*

“ok. Duduk sini. Nanti saya terangkan cara-caranya ya.”

Aku angguk.

“ada sebiji pil, harus ditelan. 3 minit selepas itu, minum one cup of water ni. kita tunggu lagi 7 minit…selepas itu baru kita tiup.”

“nak tiup macam mana kak?”

“tiup. Tiup? Tiup aja. Tiup aja macam ini *buat aksi blowing*.”

“macam tu je?”

“iya…macam tu aja. Ada cara lain ke?”

“eh…takde takde…tapi manalah tau kan…”

sumandak tu senyum.

Aku pon…sengih.

Telan pil. Tunggu 3 minit. Teguk air. Tunggu for another 7 minit.

Sambil tunggu 7 minit tu…aku pon borak2 lah dengan sumandak ni. ok lah dia…chatty kesannya…menghilangkan nervous aku ni. dia pon borak borak lah pasal customer yang lain…yang pernah datang buat blow job kat situ. Macam maam cerita lucu keluar. Tak kira usia dan jantina kesannya yang pernah datang. Pakcik makcik yang tua tua pon ada. Baru aku tahu. Sia sia je rasa malu tadi. Ceh.

Minit ke 7 tamat.

Sumandak tu terus bersemangat. “okaaayyy jom…saya ajar sekali lagi ya. Pegang ni…dia bulat…senang pegang. Letak pada mulut…dan blow.”

“sekali blow je?”

“sekali je.”

“tak boleh blow banyak banyak kali?”

sumandak tu ketawa. “tak boleh blow banyak kali…nanti bolanya meletop nanti!”

“oohhh ok.”

Aku pon blow.

Sumandak tu gelak. “okaaayyy…kan? Senang je kan blow nya. Cepat aja. Nanti boleh bayar di kaunter depan ya.”

Aku lap mulut. “berapa ya?”

“seratus lapan puluh ringgit.”

“aaa seratus lapan puluh ringgit?”

“tulah…memang mahal…tapi ini cara paling mudah…kamu pon tak sakit.”

aku tak sangka plak aksi mem-blow job tu berbayar…mahal plak tu…sampai aku kena gi mesin atm…duit tak cukup.

Gila mahal untuk satu blow job. 

bukak langkah perempuan gila


Dalam seminggu je…ada dua berita yang sungguh tidak menyedapkan hati.

Again, thank god both ladies are fine.

aku memang jenis payah nak gi shopping complex atau ke mana mana saja sorang2. Aku tak reti aku tak suka. Tapi, lately…bukan lately…semenjak dua menjak ni…aku kenalah…kenalah walau tidak berteman…kot tak, tak jalan kojo bai!!!

So, bila ada masa masa tertentu yang memerlukan aku untuk ke shopping complex sorang sorang…memang aku akan ambil langkah berjaga jaga.

Aku akan cuba…CUBA…cuba dapatkan parking yang paaaaaaaaling dekat dengan entrance shopping mall...so tiada isu kemalasan atau isu bontot siti besar sebab siti malas bejalan parking nak yang dekat dekat aja.

Keterangan sesuatu area parking itu juga penting.

Tiket parking simpan siap siap.

Kiri kanan depan belakang parking kosong tu ada van van besar, mpv mpv cermin tinted kaw kaw ni…tu semua kena ambil kira. Boleh park, cuma extra berjaga jaga lah. (am not saying owners of such vehicle semuanya jahat…oh f…you know what I mean…)

Kan selalunya…aku tak tau lah keta lain, tapi keta aku bila off enjin…pintu semua otomatik terbukak. Selalunya aku dah standby untuk tutup balik. Sebabnya…aku selalunya akan pasang…aku tak tau nama khusus dia ape…ala…batang yang kita lock kat stereng…wth…stereng lock lah ngok….ha…aku nak pasang stereng lock lagi. So aku akan lock balik pintu and besapau lah dalam masa seminit untuk pasang stereng lock dalam keta yang dah nak mula berkuap panas.

Siap pasang stereng lock, aku akan make sure kawasan sekeliling aku dulu. Dari dalam keta aku dh map out…buat mental note mana aku kena pegi untuk sampai ke entrance shopping mall supaya nanti tak tercongok congok terhegeh hegeh cari arah…nanti ko sendiri yang attract unwanted attention.

Bila aku sorang sorang, bila nak kuar dari keta ke entrance shopping mall…aku selalu berharap agar tiada mamat macho, tinggi, comot comot sikit, berjambang, rambut panjang sikit ke...yang ala ala berminat nak berkenalan dengan aku lebih lanjut nampak aku masa tu. Sebab, aku akan bukak langkah perempuan gila aku masa aku bejalan dari keta ke entrance shopping mall.

Kepala aku pandang depan straight…tolehan ke kiri dan ke kanan akan dilakukan secara sudden dan rigid…zupp zuppp… Langkah besar tak sedar diri tu ada sakit belakang dan selalu pakai dress (nasib baik skrang selalu sarung converse, lagi senang nak jalan laju)…tak lama…less than 5 minutes mungkin…tapi…kalau ko nampak…ko akan geleng kepala kehairanan bercampur baur dengan ketakutan…tak jadilah nak tackle…hahahahahaha…

Tu belum bila aku nak mulakan perjalanan dari shooping mall entrance ke keta. Dengan paper bag paper bag baru shooping tadi…handbag lagi…kunci keta lagi keting keting keting keting…bayangkan…dengan semua semua ini…pastu jalan laju, langkah besar…semua benda dengan beg beg tu berlanggar2 antara satu sama lain…woosh showsh flip flip flap flap rustle rustle…dengan aku pon tak kurus mana…polp plop plop plop…

what a sight!

Sebelum keluar ke parking lot, buat mental note dah…where exactly you park your car. Ini bukan masanya untuk ko bertukar watak menjadi seorang damsel in distress.

Bayar parking,
kuarkan kunci keta siap siap.
Walk to your car,
ti-tot,
campak, masuk, kunci atau
masuk, campak, kunci atau
masuk, campak+kunci atau
masuk+campak, kunci atau
masuk+campak+kunci

Paling bagus kalau ko bleh masuk keta+campak barang kat seat belakang+kunci balik keta sekaligus. Yang paling penting…kunci balik pintu keta.

Aku rasa aku selalu: masuk+campak, kunci.

dilanggar dan melanggar


11 tahun aku bawa keta, ada tak kurang lima enam incident keta aku kena langgar dari belakang, side mirror kena gesel, keta depan gostan langgar keta aku.

Dalam semua occasion di mana keta aku yang dilanggar, aku tak turun keta, aku tak behenti.

Sape langgar aku beruntung ar…



Ada dua occasion agaknya, di mana aku yang melanggar.

Masa dua dua incident ni berlaku pon…dah lama gila dah…crime rate pon tak sehebat skrang.



First time tu…aku baru dapat lesen. Koyok siot dapat bawa keta ayah…tak payah berteman.

“yah pinjam keta nak gi pilah.”
“nak ayah teman tak?”
“tak pa yah” koyok.

Aku time tu nak kuar parking. Aku terawal pusing stereng…habih lampu belakang keta apek tu. Aku baru dapat lesen…takut gila lah kan…kat tengah tengah pekan lak tu…orang dah bekumpul…

“amoi lu apa macam reverse?”

“tak tau wor.”

“haiyyaaaa…”

aku pandang apek tu; apek tu pon pandang aku. Time tu mana aku tau nak deal macam mana.
 Tiba tiba…dari crowd ramai ramai tu…

“eh…ni keta jenal ni…ekau anak jenal ko?”

aku angguk.

“ko ni kot tau dek ayah ko ni…abih la…ha pek..ini anak zainal la pek…itu zainal petronas itu…jalan melang punya.”

“ooo itu jaina ka? Itu macam lu mali ikut saya.”

Aku pon ikut lah apek tu…kesannya apek tu pemilik kedai sparepart kereta.

“haaa…ini lampu wa kasi masuk lu ayah punya akaun…nanti balik lu kasi tau lu punya ayah.”

ceh…pandai ko apek kan…aku langgar keta ko…spare part amek kat kedai ko balik kan…ceh…


balik tu…aku takot gila kot nak bagitau ayah yang keta dia dah kemek kemek…

“yah. Keta ayah dah kemek. Aye langgar keta apek cina kedai sparepart tu masa nak gostan kuar parking…”

ayah sengih…expresi wajah seperti excited.

“la…ye ke? Adik accident la ni? Apek tu marah ke?”

“tak…dia suruh ayah gi bayar kat dia nanti…dia suruh ganti lampu je dia cakap.”

“ok ok. Nanti ayah bayar.”

^_^ tak kena marah and ayah tak kisah pon keta dia kemek…sehinggalah bini dia, mak piah, dapat tahu.


second time tu mama and kak long ada sekali. And aku yang langgar keta depan aku…uncle ni…bawa family ada anak kecik bagai…so…that sort of…I dunno…convinced me?

Jangan berhenti. Jangan kuar kereta. Jangan buat eye contact. Jangan biasakan bukak tingkap


So shocked with what have happened to Lina Teoh and Chin Xin-Ci.

Thank god both ladies escaped unharmed.

Gila menakutkan ok!!!!!!! No joke!!!!!

Aku selalu bertanya pada lelaki lelaki di sekeliling aku…ceh…lelaki lelaki…feeling diri hot dikelilingi lelaki lelaki hot…NOT! Haha…ok…serious. Aku selalu bertanya pada abang aku, abang ipar aku, kengkawan lain…

  **************

“ok.kalau aku tengah drive malam…aku masa tu kat lane tengah la katakan…motor ni semua keliling aku…ape aku nak buat?”

“jangan kuar kereta. Ko drive je. Jangan berhenti. Jangan kuar kereta.”

“ok. Jangan berhenti. Jangan kuar kereta.”

“pandang je depan. Jangan berhenti. Jangan kuar kereta. Jangan buat eye contact. Jangan biasakan bukak tingkap.”

“ok ok.”

  **************

“logiknya lah kan…kalau aye tengah drive…pastu orang yang naik moto tu dia sepak sepak kereta aye…tendang tendang keta aye camner?”

“adik jangan panik. Pegang stereng kuat kuat. Drive aja. Jangan berhenti. Takde ape boleh terjadi pon sebab adik dalam kereta. Selagi tak berhenti, dah selamat dah kat situ. Kalau berani…swirve kan sikit je stereng tu…gerenti diaorg tegolek.”

“aaaa…habis tu nanti kalau aye tegelek dia macam mana?”

“aaa padan muka dia!!!” -__-

“ooook…misal katalah…kalau betul dia tegolek pastu keta aye langgar moto dia…you know…my car run over the moto…boleh ke keta aye tesangkut atas moto dia takleh jalan?”

“tak lah…logiknya terpelanting moto tu bila kena langgar. Org tu pon kot adik gelek…keta adik lepas tak tesekat.” -__-

 **************

“weehhh…dah ada taktik baru la…orang jahat kan dia nanti baling telur kat windscreen keta…pastu kalau ko on wiper ko…habis aaa tak nampak ape…”

“memang la…tu sebabnya ko kalau ada orang baling telur ke ape ape ke…jangan on wiper…jangan berhenti…jalan je.”

“ok. Ok.”

“Dik, kot ada orang langgar ko dari belakang pon lah kan…ko tak payah lah nak berhenti pegi deal ngan orang tu…jalan je…keta leh repair. Ko tu kot kena kidnap…haaa…menangis tak berlaguuu sok.”


  **************

“masuk je keta terus kunci pintu tu.”

“ok.”

  **************

“senang ke orang nak pecahkan tingkap cermin keta?”

“ish…susah...ketuk sekali belum tentu bleh pecah punya…kalaulah ada orang nak pecahkan tingkap..sekali ketuk tak dapat tu…janganlah tunggu dia ketuk kali kedua…ciao lah dah by that time.”

 **************

Tuesday, 22 May 2012

oh well

to certain people, my family aside, i never grow up. 

i grow i know...i grow fatter and fatter even...but i never grow UP. you know what i mean...

they seem to remember me...as "me" masa diaorg mula mula jumpa or kenal aku.

time flies, things move, people change. but their view towards me...seperti dormant...stay macam tu je.

first time they met me...let's say...masa tu aku umur 13. selamanya they will treat and make me feel like im 13...walau hakikatnya sekarang ini aku dah nak masuk 30 dah.

first time they met me, let's say masa tu im with someone...selamanya they will treat and make me feel like i still belong to that someone...walau hakikatnya sekarang aku dah single mingle the jingle.

aku project imej yang salah kot selama ni...

oh well...what the hell...

SORANG JE?

aku tabik dengan orang yang mampu pergi tengok wayang sorang-sorang. 

bila aku dapat tau kawan aku baru balik dari tengok wayang sorang-sorang...dua dua buat muka pelik.

aku buat muka "eehhhh" kat dia......"ko tengok wayang sorang sorang JE?"

dia plak buat muka "asal lak???" kat aku......"kenapa? tak boleh keeewww?"

hahahaha...

aku tau...cukup loser diri ku ini...masih tidak boleh mengatasi konsep tengok wayang sorang-sorang ni...taklah se-pathetic mana...

i cringe even imagining this scenario:

"cerita ape cik?"
"avengers please. show pukul tiga."
"berapa orang."
"sorang."

sorang. sorang? SORANG? SORANG? SORANG? SORANG JE?

hahahahaha...

well...this topic popped up masa aku, mama and kak long otw balik dari konsert najwa kat MPO. sementara tunggu mama, kak long and haz hais tengok konsert...aku duk lah melilau from floor to floor kat klcc tuh...

-__-

jalan jalan bangang dalam shopping complex pon aku takleh buat sorang.

aku masuk dua kedai je...kino and uniqlo. each for just 5 minutes. 

aku tak reti nak window shopping sorang2. and i hate that.



"Aku tak leh ar jalan sensorang kat dalam shopping complex...ko bleh ke long?"

"ntah...aku ok je..."

"ahh...ko takde perasaan...hati kering..."


aku end up pegi dome.

ha...tang minum2 or makan2 sorang2 wa no hal...hahahahaha...mungkin sbb aku leh occupy diri aku with some readings kot...

mama plak menyampuk...


"oh...mama plak kalau pegi kedai makan...tak reti lah sorang sorang...kalau bejalan tu mama ok..."



pulok doh!

tu lah kan ape ass hole

certain perkataan...bila diucapkan terlampau banyak kali...tak kena masa tak kena tempat.......perkataan itu boleh hilang definisinya...tidak kira bahasa...sama saja...akan hilang meaning...jadi kosong...tak perlu meroyan nyanyi lagu kosong najwa (betul latif) di sini ya.

contoh...

"ni sorry to say lah eh...tapi abang kau tu pon dua kali lima je bodoh nya."

sorry sangat kah kau?

ape...dengan menyelitkan perkataan sorry itu,...it would made you less of an ass hole?

"minta maaflah ye...tapi nak cakap jugak...bukannya apa...tapi awak tu memang gemok...tu sebab takde orang nak..."

kalau kau nak cakap jugak...cakap jelah...bagi aku tak perlu nak sugar-coat kan ayat ko tu dengan menyebut "minta maaflah ye"...sebabnya...obviously...you are not sorry at all...ini bukan apologize namanya...ini adalah tiket yang kau rasa kau boleh guna untuk menjustifikasikan yang kau ni tak bersalah.

nak cakap, cakap je. tak nak cakap, diam. 

nak buat, buat aje. tak nak buat, tak payah buat. tak payah go around everywhere and say..."sorrylah ye...bukan tak nak buat...tapi tu lah kan..." 

tu lah kan ape ass hole?


altimet

masa najwa (bukan latif) berehat dua puloh minit...



"makcik...makcik kenal altimet?"

makcik sengih...

"al ape? al-ti-mek? makcik tak kenal lah..."

"oohhh...takpe...nanti altimet tu ada atas pentas...nyanyi sekali..."

"ohh...ye ke..."

"ni sebelah saya ni isteri altimet lah ni..."

"OOOHHHHH..."


.
.
.
.
.
.
."manis orang dia dik...pakai tudung."

"ooohhhhhh...."

Friday, 11 May 2012

plastik


Lepas aku upload gambar studio yang Angah amek kat FB…a dear friend of mine suggested that I enter the this competition. Salah satu sifat yang mama memang mengharapkan ada pada anak-anaknya: keinginan meluap untuk masuk apa apa pertandingan yang boleh menang ape bentuk hadiah sekalipun – wang tunai especially.

Tapi masalah ee…anak anak cik piah ni…memang maleh nak mampuih masuk pertandingan…nak nak masa aku tengok tarikh tutup pertandingan tu…ler…dah hari last…

tapi…tah macam mana tah…aku ngan akak aku try gak. Memang tak susah mana pon…upload gambar ko ngan mak ko…yang mana ada iras iras tu…then in 100 words…describe “ape pelakuan mak kau yang kau akan ikut”…something like that…

haha…aku berbalas pandangan ngan akak aku….banyak kot….hahahahahahahahahahahahahahaha…first first tu memang kurang hajar lah anak anak mak cik sapiah ni…manjang tefikirkan sifat2 buruk je untuk dijadikan (atau telah dijadikan) ikutan…hahahaha…akak aku kata…kot hantar yang ini, or yang itu…takut tak sesuai untuk tontonan orang ramai…hahahahahahahaha…

we then decided to choose this one particular trait that we sort of inherited from mama…send this pics 


and we send this one for the contest…this is the elaborated version...

mak ko suka simpan ape? I mean…suka simpan ape sebagai koleksi? Oh…mangkuk Kristal…nice…pinggan mangkuk cornell…niceeee…handbag berjenama mewah….sweeeeeetttttt…

mak aku suka simpan beg plastik. Yup. Beg plastik – yang transparent tu laaaaaaaagi dia suka: “senang, nampak barang kat dalam…tak payah nak bukak dan tengok…buang masa…kalau transparent ni…dari jauh dah nampak isi dalam”. Yang besar pon dia suka…: “simpan plastik ni…boleh buat bungkus ape ape nanti”.

And…mama ada preference…plastik dari kedai/jenama ape yang dia suka…”plastik Ikea ni bagus…kuat…besar…”…”plastik Bunga Reben tu simpan…elok tau plastik Bunga Reben ni…dia kuat…”…”tapi plastik Jusco ni toksah lah ko simpan…dia rapuh…mama dah kena dah hari tu masa kat pilah…nak pakai plastik…tarik tangkai plastik tu…ape jatuh berderai…betambah lagi satu kerja nak sapu”.

Plastik Ikea yes, plastik Jusco no.

Mama simpan baaaaaaaaaaaaaanyak sangat plastik…sampaikan kitaorg dah naik rimas…dalam beg plastik ada plastik, dalam plastik ada lagi plastik lagi, plastik lagi dan lagi dan lagi dan lagi…sampai berbeg beg.

Mama suka semua jenis saiz. Besar? Kecik? Sederhana? Semua saiz mama suka. So, selalunya, bila beli barang, let’s say tudung baru yang masih ada pembalut plastik tu kan…kalau bukak plastik tu depan mama…memang alamatnya kena bukak dengan cermat, sebab nanti mama mesti minta nak simpan. Kalau kita bukak sampai koyak rabak…nanti dengan tone sedih…mama akan kata: “eeeiii sayang plastik tu ko bukak sampai koyak koyak…bukak elok elok…boleh pakai lagi tuuu…bak sini yang lain tu mama bukak kan…” -__-

Selalunya…kitaorg akan buang plastik diam diam. Hahahahahahahaha…

Pastu…semenjak dua menjak ni…kan tiap tiap hari sabtu tak kasi beg plastik dah…haaaahhh…amek ko…bukan main banyak lagi stok plastik yang dah lipat elok elok…mama suruh simpan dalam keta aku.

Mama mama…hehehehehe…tapi…selalunya…yang selalu pakai balik plastik plastik simpanan mama ni…anak anak dia ler…hahahahahahahahahaha….

Same thing with kotak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mak aku


Mak aku…koleksi handbag pon dia takde. Kot kitaorg tak belikan dia handbag…mama tahan je pakai beg plastik. Kadang kadang…walau dia tak suka dengan pemilihan beg kitaorg…dia pakai gak…atas sebab tak nak membazir.

Kasut? Mana ada. Hahahahahahahahahahaha…motto mama pasal footwear: pakai sampai hancur. Hahahahaha…malangnya…anak anak perempuan beliau tidak berkongsi motto yang sama ya…motto anak anak beliau: kena beli semua. Kitaorg ada belikan dia sandal…kadang kadang je lah dia pakai…it upon atas sebab tak nak membazir. Kot ada kasut yang lain pon…mostly kasut kak long yang dia dah tak nak pakai…kasut jogging / kebun mama plak…selalunya abang meme belikan kat bundle.

Hari tu…mama suruh amekkan baju kurung dia…untuk dipakai ke wedding kawan aku, mamal, kat Melaka…oleh disebabkan mama tak ada banyak koleksi baju…maka…aku pilih jelah salah satu pilihan yang ada… (takde pilihan pon…tu je yang ada). “ish dik…mama pakai baju ni lah masa gi kenduri kawin tini hari tu…” aku cuba untuk tak buat muka. Yelah weh…bila nak gi tempah baju kurung untuk dia…”ish…tak payah lah tempah untuk mama…mama bukan nak gi mana pon…ko tu elok tempah…ko gi kerja nak pakai…” kan dah takde baju nak pakai…

Mak aku pon bukan jenis yang pakai jam…tak pernah ada jam pon…gelang pon tak…cincin, rantai…subang…semua tak…ape pon tak lah…

So, untuk seorang emak yang semua benda dia tak pakai…agak payah nak belikan dia ape ape…

orang pregnant selalu gi terkencing


“eeee…apa hal ni…asyik kencing je malam ni…”

“pregnant kot…orang pregnant selalu gi terkencing lah…”

“banyaklah kau punya pregnant…” abang aku kata.

cepat 15 minit


“cepat dik…kita dah lambat ni…” mama kata – sambil tunjuk jam digital kat dashboard keta aku.

“jam aye tu cepat 15 minit…”

“ooohhh…”

.
.
.

“eh, dah pukul 3:45? Cepatnyaaaa…” kakak aku kata – sambil tunjuk jam digital kat dashboard keta aku.

“tak ahh…baru 3:30…rilek ar…jam aku tu cepat 15 minit…”

“ooohhh…”

.
.
.

the digital clock on my car’s dashboard went on and gave a few shocks to my mum and my sister for a few more times…after a while…they got used to it…dah pandai tengok jam kat dashboard keta aku tu.


Aku: “long, tengok jam jap long, kul brape?”

*jam di dashboard – 5:15*

kakak aku: “ler…baru pukul 5.”

Paaaaaannnndai….

.
.
.

Tak pernah ada orang tanya kenapa jam kat keta aku cepat 15 minit…sehinggalah akak aku ringan mulut bertanya.

“ko memang cepatkan jam ko ni sebab ko tak nak lambat eh?”

“taklah…sebenarnya sebab aku dah telupa cemana nak adjust jam ni.”

time of death


 is 5:45pm

a short letter


a short letter

To karim,

i don’t know whom do I miss the most now.

No…I know…

Just saying it out loud hurts.

Lying is the better way…quietest way…easiest way…trouble-free way.

Seeking refuge amongst the alphabelts and letters and words, phrases and sentences…drowning in endless parapgrahs…where in the end, you know…you will be lost in translation.

Forever more, I wish you well, successful and healthy, happier and more content…with family, self and life.

Regards,
hanan

tutup mata


my sister and I were browsing (read: admiring our own pictures) through the pictures taken the other day at Angah's studio.

“long…banyak gambar mama nih…tak leh pakai…mama tutup mata arrr…”

“ko ni…mana ada mama tutup mata…cuba tengok betul betul…”


“oh…ya…mama tak tutup mata…mata mama…memang ke…cik. Ok!”

Monday, 7 May 2012

mem be ku hawa


So, malam tadi…aku balik rumah…I found mama…resting on the sofa…eyes fixed on tv3…konsert mentor kosan eh….okeeehhhhh….tunjuk ajarku sifu…

“lepas ni cerita ape ma?”

mama tak pandang aku pon…masih pandang apetah iskandar sedang berceloteh  kat skrin tv… “ntah cerita ape…rasanya cerita mem be ku hawa.”

“ooohhh….cerita memberku hawa tu…nak tengoklah…tu cerita baru tu ma…”

“oh ye ke… mem be ku hawa tu cerita ape dik…”

“ntah…cerita orang orang muda ni…tak tegok lagi pon...ni first time”

“oohhh…dari tadi tu dia dah iklan lepas ni cerita mem be ku hawa…tapi mama tak faham lah cerita ape tu…”

“takpelah…nanti kita tengok sekali.”
.
.
.
.
“ma…dah start ma cerita memberku hawa…”

dead tone… “oohhhh…”

“ape makna tajuk cerita ni dik…mem be ku hawa…”

“memberku hawa…dia cerita pasal dia ada kawan…kawan dia nama hawa…macam tu lah lebih kurang…”

tone masih tak faham sebenarnya tapi buat buat faham… “ooohhh…”

“taklah…mem be ku ni ape maksud dia?”

“mem be ku? memberku?”

“haa…mem be ku….ape maksud dia sebenarnya? Bahasa melayu ke bahasa ape ni?”

“aaaaaaa????…ma…member la…member? Member? Macam kawan kawan…geng…member…memberku…dia ni member aku…member aku hawa…memberku hawa…”

“oohhh…hahahahahahahaha....mama ingatkan apelah…dari tadi lagi ni…sebelum ko balik lagi…mama duduk lah tengok…cerita ape lah ni…mem be ku…mem be ku…memberku kesannya…hahahahahahahahahaha…”


I need to take her out more MORE often… -__ -

Monday, 30 April 2012

masalah dah-masak-ke-belum

fikir punya fikir...mana nak makan sebelum aku balik kl...then someone suggested Seoul Garden.

ooohhh...of course aku excited...aku tak pernah makan lagi kat Seoul Garden...

aku mmg tak adventurous when it comes to food...partly mungkin sebab manjang sengkek...so...malas nak try sana sini...takut mahal takut tak sedap...so stick to one type of food and one type of place...contoh...kot makan kat Chilli's...takde maknanya aku nak order benda lain selain Southwestern Grilled Lamb...sebab aku tau dia sedap...kang kot order benda lain...dah lah mahal...tak sodap plak tu...

so back to Seoul Garden......aku asyik dok dengar cerita orang pasal makan kat Seoul Garden...off we went to Seoul Garden kat Gurney Plaza...

ok...dah bayar...dapat tempat duduk...excited nih...excited nih...sup pon dh pilih...tom yam nih...excited nih...waiter tu pon letak lah mangkuk ayan berisi tom yam sup...excited nih....eeeehhh jap...keciknya mangkuk sup tom yam nih...letak kat tengah dapur tu...aku dh nak tegur dh...aih...dapur luas ni...keliling bnyk lagi nih kosong...kenapa letak sup tu dalam mangkuk yg sangat kecik...?

ok...wutever...imah tunggu kat meja...aku ngan cik has gi kat buffet line and pick our food...yay...excited nih....ada wantan yang dah goreng...aku amek wantan yg dah goreng...ooooo udang goreng colop topung...aku amek...ooohhhh...excited nih...sebelah tu plak, seleksi makanan steam bot...aku tak minat....aku nak yang lain...hujung tu ape...yes...ada seleksi makanan lagi...aku lapar...aku nak makan sekarang...oohhh aku nampak ayam.....ayam? ayam??? ayam nih mentah lagi?...sotong pon...udang pon.....dagingnya pon....ooohhhhhh ape nih.........

ohhh bodoh....kau kena masak sendiri daging ikan ayam ni semua noob!

dalam hati aku...cilaaa.............den nak makan toghuih....tak hadap den nak masak dulu dor...

baru aku teringat dapur kat tengah meja tu....oh crap.

aku bawa plate aku... half full of raw meat of many kinds...aku tengok table sebelah buat macam mana...aku tiru...and aku dh agak...exactly mcm memasak kat dapur!!!!!!! erghkkk..................tekujat kujat badan aku bila minyak tu terpercik...and bukannya ada sudip handle panjang...chopstick je...nak je aku sambung chopstick tu ..........kasi panjang...

eeeee...aku mmg tak suka dengan idea berada sebegitu dekat dengan kuali.............................

oklah...tak kisahlah...join in the fun...sekali sekala ye dok....poghut lapar nih...kono lak tunggu ayam ni masak...oklah...masaklah......

then...THEN..........i was haunted with the million dollar question...."DAH MASAK KE BELUM AYAM/DAGING/SOTONG NIH???????"...oh crap...

my friends was not helping either..."ntahlah ti...aku pon tak tau...aku amkan je...ngap nyam nyam nyam..."

my mom was not there either...dia lah tempat rujukan aku bila aku ada masalah dah-masak-ke-belum. aku lagi percaya kata kata mak aku yang ada kat ruang tamu tgh tgk tv dari mata dan naluri aku bila aku nak tau ape yang aku masak nih dh masak ke belum...

mama kat depan tv, aku kat dapur.
"mama, mama rasa dh masak belum nih?"
mama still kat depan tv, aku still kat dapur.
"dah masak laaa dah tu. tutup lah api."

aku tutup api...sebab aku percaya kata kata mak aku. hahahahaha.

pastu pastu pastu...aku dapat tau...masak sotong meletop...masak ikan melekat. aku tak suka aku tak suka.

Seoul Garden...bukan tempat aku.

because...

Sunday, 4 March 2012

Wan Jenab : ( : ( : ( : ( : (

Wan Jenab telah kembali ke rahmatullah around 450pm, 04 March 2012.

Al-Fatiha.