Monday, 11 July 2011

spenda


kampung kitaorang kat mawai, kota tinggi, johor.

Tipikal rumah kampung, halaman kampung la…rumah pon terpencil ke dalam…jauh dari rumah yang lain…syiok…nak berak kena gali lubang…atau opsyen lain…berak kat parit…yes…manyak syiok…

Tugas ayah aku bila balik adalah menebas atau memesin rumput, lalang etc…

Kitaorang anak anak ni…apa laga…menyibuklah…hehe…

Dulu dulu, kalau balik…selalu berempat je…ayah, mama, abang aku yang tak jaga badan sangat tu and aku. Yang lagi dua orang…tah…selalu tak ikot…

Ada sekali tu…aku ikot ayah ngan abang aku gi tebas rumput…aku tak buat ape lah…aku kecik lagi masa tu…buat buat sibuk je…

Aku mengcangkung tak jauh dari ada satu pokok kepala ni…tak tinggi…rendah je…tengok abang aku gatal tangan main tarik tarik pelepah kelapa tu…tarik tarik tarik…tercabut lah pelepah kelapa tu…dan dan tu…dia menjerit…

“AAHHHHH LIPANNNN BESAAAAARRRRR”

aku yang ada dekat dekat situ pon bangun blur blur…

“haaaa apa? Apa?”

dan dan tu aku nampak lipan tu terhoyong hayang datang menggelupur ke arah aku…

dan…terus…menyelinap masuk ke dalam seluar aku…

PERGHKKKK…

Tidak ada perkataan yang sesuai dalam tata bahasa melayu untuk menggambar perasaan aku ketika itu…

Dan juga… Tidak ada perkataan yang sesuai dalam tata bahasa melayu untuk menggambar rasa gerak geri lipan tersebut tika dia menyelinap ke dalam seluar aku ketika itu…

Ohh Tuhan…

Aku terus terbaring menggelupur…sebab aku baru teringat…aku tak pakai spenda.




gee thanks


Bangon…tengok sink…adoi…bnyknya pinggan…okay...basuhlah…

Tengok dalam sink…adoi…ape kau buat kat situuu…okay…tak jadi basuhlah…

Tunggu abang aku yang tough tu turun…(tough sebab dia kan jaga badan…)

Dia turun…

“Di…tolong buang cicak tu di…dia ada kat dalam sink…nak basuh pinggan ni ha…”

“alaa cicak je…”

“tak nak…geli…tolonglah buang…hidup lagi…kot dah mati…aye tak kisah…”

“yelah yelah…”

.
.
.
.
.
“dah.”

“dah? Tak nampak pon awak buang dia…awak buang dia kat mana?”

“taklah…mana ada buang…dah pindahkan dia kat sink sebelah…”

-__-

Thursday, 7 July 2011

got fish

"MA! got fish la inside...you see you see!!!"

aku sangat excited jumpa ikan tetit dalam sotong yang aku tengah siang...

(...yang aku tengah siang...yes yes...you read it right...)

"mana...? ha...petua orang orang tua...ikan ikan yang jumpa macam ni...kalau makan...boleh buat ubat mabuk laut..."

"whoa...ye ke ma..."

 before

after

sotkabar


Mama mendengus.
“letih tangan aku menyelak-nyelak sotkabar ni…eee…”
aku senyum.
“ayah ko tahanlah dia…” mama sambung…
“ma…mama bukan pembaca suratkhabar yang tegar macam ayah lah ma…ayah selak sotabar mingguan tu…ha…lagi besar…”
“tulah tu…aku tak bolehlah…lenguh tangan aku baca pancaindera ni…”


mama diam…lama…tengah membaca gossip la tu kot…


aku toleh…

patutlah sonyap…

tangan eh dah tak longoh baco sotkabar.


Tuesday, 5 July 2011

belajar bawa keta

aku rasa aku seorang driver yang bo-leh tahan bagus la...

haruslah bagus...kerana...selain daripada Ah Wong dari Wong Driving School kat kuala pilah tu ajar aku...aku ada lagi seorang guru tak bertauliah ajar aku.

sape?

ayah aku.

"adik kena ingat...naik jer keta ni...99.99% nyawa adik sebenarnya dah dicagarkan...itu sebab kena plan ahead...mana adik nak pergi?...kena bayangkan dalam kepala...ooo adik nak pergi sini sini sini...kena amek jalan mana yang sesuai...jalan tu nanti ada ape...ada selekoh?...ada traffic light?...ada bukit tak?...kena masuk kiri ke? kanan ke?...semua tu penting...baru nanti adik tak panik...eh...masuk kiri...eh kanan eh kiri...bila teragak agak...boleh accident...ha...tu lagi satu...bawa keta...jangan sekali kali teragak agak...be confident...nak masuk? masuk je...kalau dah was was...boleh tak ni...lepas tak ni...aaaa...tak payah...tak payah kuar dulu...bahaya bila dah teragak agak ni..."

dah masuk berapa tahun dah aku drive ni...aku memang berpegang gila kat nasihat ayah ni...

terima kasih ayah.

aku bukan saja terima teori atau syarahan free dari ayah aku...aku juga ada sesi praktikal dengan ayah aku.

masa tengah drive ni...ayah akan tunjukkan the dos and donts masa driving.

"kalau nak potong keta...intai dulu...macam ni..." ayah pon swerve keta ke kanan si-kit... "bila takde keta baru potong."
"ok yah..."
"tapi...jangan intai banyak sangat...macam ni..." ayah pon swerve keta ke kanan gila babi sampai makan jalan sebelah....tiiiiiiiinnnn keta lain hon.
"o o o k yah..."

"bila ikut keta belakang jangan rapat sangat...jangan macam ni..." ayah pon cucuk lah keta depan kitaorg masa tu....dokek nak mampuih...
aku dah cemas "ok yah ok yah ok yah..."
"kena macam ni..." ayah pon slowkan keta kepada distance yang sepatutnya.

bila kena pakai dan bila tak patut pakai high beam pon ayah ajar and nasihat.



cuma ayah lupa nak ajar camne nak isi angin tayar keta.

sampai skang aku agak fail.

prot

aku mudah kena tipu.

aku benci dengan hakikat itu.

abang aku yang suka jaga badan tu...selalu kenakan aku dulu. benci.

"alamak dik...cuba ko tengok seluar ni...alaaa...koyak ke haa?"
"mana mana bak sini tengok..."
"sini..." sambil sorong bahagian bontot dia kat aku...
"ma........" proot proooooototottototttooooottototottooo prot  ".........na?"

"maaaa...didi kentut kat muka adiiiiiiiiiiiiiiiiiiik!!!!!!!!"

dari 120mph ke 140mph

ayah aku bawa kereta memang laju.

laju sangat.

"err...nal...ekau boghonti'an yolah den kek sini'a..."
"eh...napo plak..."
"ekau bawak laju bona...takot den...takpo...dah dokek...den jalan kaki yor..."

yer.

sangat laju. kawan dia pon tak tahan.



isteri dia apatah lagi...

tangan mengenggam erat, bukan tangan ayah aku, tapi handle bar kat sisi bumbung kereta tu.

"bang...awak bawa laju sangat ni bang..." intonasi menekan, intonasi stress.
"laju ke ma? laju ke ma? laju ke ma?" intonasi berjenaka, intonasi gembira...sambil menekan pedal minyak...meningkatkan lagi prestasi wira hijau pucuk pisang 1.8 dia tu...dari 120mph ke 140mph... "macam ni laju tak ma?"
"laaaaaajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..."

tak...bukan...aku belum nak kawin lagi.

 Do the one thing you think you cannot do. Fail at it. Try again. Do better the second time. 

a quote i believe is from oprah.


tweeted or retweeted daripada sape sape tah...taulah benda alah twitter ni.






what i wanna say is that...this quote is like a wake up call for me.




to take the plunge...


to do the unthinkable...


to improve myself...


to prove myself and others...


to _____________ (insert any other suitable verb) myself...






like O said: to...Do the one thing you think you cannot do...




AKU BOLEH BUAT!!!






insyaAllah...

DUA JEWW???

Aku tengok skrin macbook aku nih…
aku tenung…
dua jew?
aku renung…
DUA JEW???

Aku klik butang refresh…

Klik lagi…
Dan lagi…
Dan lagi…

Masih tak berubah…masih dua.
*Satu tu aku rasa dia memang sapotif dan mungkin jua memahami.thank you yew.
**Lagi satu tu.ish.kawan se-straw, se-bantal, se-mangkuk, se-peket, se-selimut, se-kelas, se-nakal, se-gila, se-kotak (ahem), se-batang (aHEM)…dan macam macam se lagi…so…memang patutlah…

Ish…tak buleh jadi nih…tak buleh tak buleh...

Haaaa!!!!

Mentol jamban kaler kuning bosinar ateh kopalo den!

“loooooong…”
“ape?”
“ape password email ko?”
“email yang mana?”
“yang mana mana lah…”
“beep beep beep beep”
“okay…thank you long…”
“ko nak buat ape?”
“adalah…hikhikhik…”
“baaaaaaaik ko cakap ko nak buat ape?”
“ala…aku nak ko jadi follower blog aku…aku tak kira…aku nyer baru ***dua jew!”


nota:
* penulis conteng-conteng yang hebak! Tepuk tangan. Clap clap clap.
** teman kembara aku. You know who you are. High five no…eh…nini.
*** sekarang dah LIMA. saya sangat gembira. tengkiuh tengkiuh.

Monday, 4 July 2011

otai

ayah aku suka pasang radio masa bawa keta.

Kalau tak dengar light fm…
Dia pasang kaset keroncong dia…
Kalau tak pasang kaset keroncong dia tu…
Dia pasang lagu klasik melayu…
“ini dia si jali jali…teng teng teng teng teng teng… merdu sekaliiiiiiiiiiiiiii…”

ayah suka drive buka tingkap DAN buka air-cond full blast.
Ayah tak suka sejuk air-cond tu…dia cuma nak angin sejuk nyaman nyaman tu…kat rumah pon macam tu…buka air-cond kat bilik full blast…pintu bilik pon terbukak full blast.

Bila dah buka tingkap…bunyi radio mana nak dengar sangat…so volume radio memang tak kurang 24…27 kadang kadang…

Kalau time berita light fm tu…mak ai…laie lah dikuek’an volume radio tu…

Hence…Talking to him in the car required shouting sometimes.

Tangan kiri pegang stereng, siku tangan kanan rest kat gigi tingkap…tangan kanan lurus ke atas pastu genggam frame tingkap …rokok terjuntai kat mulut.

Dapat bayangkan?




Bila aku drive sensorang…

Kadang kadang aku tiru.


Bukan kadang kadang, bnyk kali.




Terasa seperti seorang otai.

julai


Semalam

3 julai 2011

birthday abang aku yang tak obsess sangat jaga badan dia tu.

Dah tuo abang den. Tigo puloh dah umo eh. Gilo.
Happy birthday Me.

Terima kasih kerana tak ditch your own birthday party and stayed until upacara tiup-dan-potong.





5 tahun lepas

3 julai 2006

“yah, bagilah adik bawa kereta tu.”

“tak pe takpe ayah drive.”

Kogheh kepalo e lahai.

“ayah dah sakit sakit macam ni…macam mana nak drive?”

“ayah boleh drive lagi…kang adik tak terkejar Kana tu kang…dia tu bawa laju tu…dah cepat masuk kereta”

i just kept quiet and let him be.

This took place when we were about to take him from seremban to kl to further investigate what the hell is wrong with his stomach…tak tau lagi masa ni…pasal kanser ape semua tu…

Kana tu driver makcik aku…kononnya kena konvoi la sebab tak tau jalan nak ke hospital yang dimaksudkan…blab la bla things like that.

I knew he was in pain, in a lot of pain. I watched him closely as he was driving…just in case he passed out or something like that.

Sakit ke tak…ayah aku tetap bawa laju. Hampir 140kmp  dia lenjan wira hijau pucuk pisang 1.8 dia tu. Consistently sepanjang highway PLUS tu.




Tanggal 18 julai 2006, ayah sekali lagi memecut kat highway PLUS, kali ni dari kl ke seremban…seterusnya ke kuala pilah…ke rumah dia…ke tempat kelahiran dia…

Cuma kali ni…ayah tak drive…

Bukan ayah yang pegang stereng…
Bukan ayah yang tekan pedal minyak…

Ayah naik ambulan…ayah kena baring kat belakang…

kejap ayah sedar dia dalam ambulan…kejap tak…
kejap ayah tau dia nak ke mana, kejap ayah tak tau…








Looking back…aku memang bersyukur lah aku tak push ayah sangat masa tu…halang dia drive ape semua…

Bawa kereta laju laju memang kegemaran ayah.



it turns out to be that…

that was his last time driving fast on the highway.











Saturday, 2 July 2011

puntianak cokik oghang


Pak Long Tabat ni uncle aku. Specifically…dia ni cousin arwah ayah aku…

Dia baru singgah rumah aku tadi…seperti biasa…gamat rumah aku dibuatnya.

Cakap pasal berhenti rokok…

“Apo? Boghonti meghokok? Takdo makno eh…lotaklah gamba trektar lenyek oghang ko…gamba puntianak cokik oghang ko…totap yor takleh boghonti meghokok…”

Cakap pasal jiran kat Kuala Pilah nama Ujang Tempang (ya, memang dia tempang)…

“Ujang tempan laie gilo…dio poie lotak an sign ‘dilarang merokok’ kek dalam ghumah eh…stress anak anak eh…bawah tu dio tambah an laie…’jangan degil’…”

Cakap pasal betapa kedekutnya jiran dia nih…

“bukan main kodokut  Ujang ni…ekau jangan tak tau…bini eh tu dah macam zaman Hang Tuah kono chaghik kayu api kek dalam belukar tuh!”

dulu…Tanya dia pasal awek tu…cun ke tak…

“ermphhh…bodoso kot kito ni ngomba’an dio tu lawa…”




-__-

Wednesday, 29 June 2011

HADIAH HEBAK UNTUK ANDA!!!

BAUCER ZAIFIE ZAINAL CREATION UNTUK ANDA!


Print & bawa & tebus  Baucer ZZC 
di PAMERAN PENGANTIN di PICC 
pada 8-10 Julai 2011... 
Jumpa anda di sana... 
booth kami no 75 & 76. 
Jangan lepaskan peluang ini!





teraba tetek vs tertolak bahu

there's a very fine line that separates jenayah seksual or sexual assault and jenayah keganasan or assault (there might be some other term...dah lupa yang spesifik...atau mungkin skang ni dah ada akta lain or something like that).

kalau orang tu serang kau (perempuan) and dia (penyerang) terraba/ tertolak/ tersentuh perut/ tertumbuk bahagian bahu/ tepi bahu/ atau bahagian dada atas sikit tu...itu jenayah keganasan or just an assault. 

kalau orang tu, masa dia serang kau. dia terraba/ tertolak/ tersentuh/ tertumbuk specifically dada kau...bluntly put...tetek kau...then...that is sexual assault. 

so, let's say...*touch wood* kau kena serang and kau gi buat report polis...kau kena ingat balik...penyerang kau tu tadi ada raba tetek kau ke tak...atau dia hanya tertolak bahu kau...

memang kau kena perah otak gila babi ingatkan balik...

sebab charges dia akan jadi lain.


Saturday, 25 June 2011

kopok ubi


dulu…masa kat felcra, kepis...mak aku ada meniaga keropok ubi berlada…

diaorg kata sooodap…den tak meghaso la…den bosa tungau yor laie maso tu…

mak aku goreng kerepek ubi tu kat dalam kawah yang besar…the area where mak aku buat preparation semua tu dekat ngan tingkap rumah…kira jenguk sikit kepala…dah bleh nampak la mak aku goreng, goreng sambal ubi tu semua…peket dalam pastik kecik kecik…

abang aku yang tak berapa nak jaga badan tu…suka minta ubi goreng kat tingkap…

hulur tangan…
“ma…nak kopok ubi satu.”
“nah…”

tak lama lepas tu…

hulur lagi tangan…
“ma…nak lagi kopok…”
“nah nah. Sedap ke…”

tak lama lepas tu…

terjulur lagi tangan dia…
“nak kopok lagi ma.”
“eh…suka betul ngan ubi ni…”




tak lama lepas tu…mak aku naik atas rumah…pijak je lantai rumah…krup krap…habis penuh lantai tu dengan kopok ubi…

kira satay


aku and ada sorang kawan aku ni gi makan satay kat Melaka…area mana aku tak ingat lah…satay tu dia gerai jer…air kena ode kat restoran depan gerai tu…takde hal la…


kitaorang pon ode ape yg patut…air dua, satay ayam 20. 

we chatted and talked while waiting for our order to arrive…


air pon sampai…"thank you dik…" 

minum minum…


satay pon sampai tak lama lepas tu…"thank you dik…" 

tangan baru nak capai satay ayam yang lazat tu…mulut baru nak nganga...ngaaaaaa…


“errr…kak…kena kira dulu…”

“aaa…” aku tengok satay tu… “kena kira dulu?”

budak tu angguk angguk…


tak biasa aku dengan cara nih…nak makan satay kena kira lak dulu…o-kay…kat Melaka ni style dia kot…

so…aku pon kiralah…kira batang satay tu…sambil jari kuis kuis batang satay tu… “satu…dua…tiga…”



“eh kak…bukan kira satay kak..kira. kira…arrr…apa arrr…ha..bayar bayar…kena bayar dulu…”




-__-

tiba-tiba…satay yang yew hidang ni jadi masam…





*Abang 92 filem fav aku! Lol.


siti masak.


sekarang...please be amaze of what i can cook...



ma...hadiah birthday tahun ni...nilah dia...YOU DON'T HAVE TO COOK ANYMORE!!!

Friday, 24 June 2011

jomput makan...

^_^

...inilah

lempeng black

sodap nak mampuih

seorang ayah

Tiba tiba masa nak cari idea nak tulis ape lagi untuk blog aku nih…rasa rindu yang amat sangat pulak kat ayah…

Ayah seorang yang amat simple orangnya…aku tak bolehlah nak cakap ayah terlalu cepat sangat pergi menghadap Illahi…55 tahun Allah SWT meminjamkan ayah kat keluarga dia…kat keluarga kami….22 tahun aku dapat bersama dia….…takkan aku tak bersyukur kan…aku bersyukur sangat sangat…

sebagai seorang manusia yang hina…aku masih ada rasa sikit terkilan…terkilan sebab tidak dapat membalas budi ayah…aku tau…budi seorang ayah…kau nak bayar balik macam mana kan…takkan terbayar balik…tak terhitung banyaknya….cuma…aku terkilan…aku tak dapat nak treat dia benda best best…

memanglah aku tak mampu nak beli sebijik lamborghini untuk ayah…cuma…dah bekerja ni…kalau aku dapat belikan sehelai jeans biru Lee untuk ayah sempena birthday dia ke…jam tangan yang best best sempena father’s day ke…bila keluar minum kat mana mana mamak ke…aku yang bayarkan ke…you know…small small things like that…nak belikan baju untuk ayah pon senang…ape je yang ayah pakai…balik balik pagoda pagoda pagoda…saje saje belikan dia pagoda buat stok ke…

ayah ada simpan perfume dalam kereta dia…bukan perfume sangatlah…cologne la aku rasa…cologne Brut. ayah sangat tak vain…cologne tu pon dia pakai bila dia teringat…dia tuang kat tangan dia…dia tepuk tepuk je kat tengkuk dia…dah…setel…sangatlah jarang pakai cologne tu…tanda harga kat cologne tu pon ada lagi…kedai yang dia beli pon sampai dh bankrap tutup kedai, cologne tu tak sampai setengah ayah pakai.

Dah bergaji ni…aku nak dia merasa sembur perfume dunhill ke…

Ayah pon suka pakai cermin mata hitam…aku teringin nak belanja ayah rayban ke…his favourite brand…




“dik…tolong belikan ni.”
“ok”
“…nah duit…”
“takpe takpe yah…pakai duit aye…aye belanja…ayah simpan duit ayah…”

ketidakpunctualan

ayah memang bukan seorang yang punctual…

dulu…ayah aku jadi driver untuk pegawai kat felcra kepis.
Kesian pegawai tu…manjang lambat jer gi meeting.
Pastu…ayah aku…kerek lak tu…kot pegawai tu lambat keluar ofis…fuh, marah…takde dia nak tunggu ok…dia terus tinggalkan pegawai tu, gi minum teh ngan kengkawan dia…sungguh amaze macam mana ayah bleh maintain tak kena pecat.

masa aku tadika…tadika aku habis pukul 11am lebih camtulah…aku memang selalu…selalu jadi yang last sekali balik…cikgu tadika tu memang dengan muka toya dia…kenalah tunggu sampai ayah aku datang amek…serious…selalu…

sekolah rendah pon…aku bukanlah antara yang first kena jemput…

sekolah menengah…sama jer…cuma kadang kadang…bila aku minta nak balik sendiri naik prebet sapu, ayah kasi…sebab anak dia dah berakal sikit…

masa nak gi tuisyen pon camtu gak…aku gak yang last balik…kecuali bila tuisyen tu malam la…cepat sikit la ayah datang…





hence…

aku rasa…ketidakpunctualan aku ni…aku inherit dari ayah la…




sampai hati ayah lambat jemput budak nih... T_T