Monday, 4 July 2011

otai

ayah aku suka pasang radio masa bawa keta.

Kalau tak dengar light fm…
Dia pasang kaset keroncong dia…
Kalau tak pasang kaset keroncong dia tu…
Dia pasang lagu klasik melayu…
“ini dia si jali jali…teng teng teng teng teng teng… merdu sekaliiiiiiiiiiiiiii…”

ayah suka drive buka tingkap DAN buka air-cond full blast.
Ayah tak suka sejuk air-cond tu…dia cuma nak angin sejuk nyaman nyaman tu…kat rumah pon macam tu…buka air-cond kat bilik full blast…pintu bilik pon terbukak full blast.

Bila dah buka tingkap…bunyi radio mana nak dengar sangat…so volume radio memang tak kurang 24…27 kadang kadang…

Kalau time berita light fm tu…mak ai…laie lah dikuek’an volume radio tu…

Hence…Talking to him in the car required shouting sometimes.

Tangan kiri pegang stereng, siku tangan kanan rest kat gigi tingkap…tangan kanan lurus ke atas pastu genggam frame tingkap …rokok terjuntai kat mulut.

Dapat bayangkan?




Bila aku drive sensorang…

Kadang kadang aku tiru.


Bukan kadang kadang, bnyk kali.




Terasa seperti seorang otai.

julai


Semalam

3 julai 2011

birthday abang aku yang tak obsess sangat jaga badan dia tu.

Dah tuo abang den. Tigo puloh dah umo eh. Gilo.
Happy birthday Me.

Terima kasih kerana tak ditch your own birthday party and stayed until upacara tiup-dan-potong.





5 tahun lepas

3 julai 2006

“yah, bagilah adik bawa kereta tu.”

“tak pe takpe ayah drive.”

Kogheh kepalo e lahai.

“ayah dah sakit sakit macam ni…macam mana nak drive?”

“ayah boleh drive lagi…kang adik tak terkejar Kana tu kang…dia tu bawa laju tu…dah cepat masuk kereta”

i just kept quiet and let him be.

This took place when we were about to take him from seremban to kl to further investigate what the hell is wrong with his stomach…tak tau lagi masa ni…pasal kanser ape semua tu…

Kana tu driver makcik aku…kononnya kena konvoi la sebab tak tau jalan nak ke hospital yang dimaksudkan…blab la bla things like that.

I knew he was in pain, in a lot of pain. I watched him closely as he was driving…just in case he passed out or something like that.

Sakit ke tak…ayah aku tetap bawa laju. Hampir 140kmp  dia lenjan wira hijau pucuk pisang 1.8 dia tu. Consistently sepanjang highway PLUS tu.




Tanggal 18 julai 2006, ayah sekali lagi memecut kat highway PLUS, kali ni dari kl ke seremban…seterusnya ke kuala pilah…ke rumah dia…ke tempat kelahiran dia…

Cuma kali ni…ayah tak drive…

Bukan ayah yang pegang stereng…
Bukan ayah yang tekan pedal minyak…

Ayah naik ambulan…ayah kena baring kat belakang…

kejap ayah sedar dia dalam ambulan…kejap tak…
kejap ayah tau dia nak ke mana, kejap ayah tak tau…








Looking back…aku memang bersyukur lah aku tak push ayah sangat masa tu…halang dia drive ape semua…

Bawa kereta laju laju memang kegemaran ayah.



it turns out to be that…

that was his last time driving fast on the highway.