Tuesday, 10 January 2012

Yolah

Anak itu anugerah yang tak tenilai harganya daripada Allah SWT kepada sepasang suami isteri.

Penyeri rumah tangga kata mereka; penyemak ruang minda kadang-kala.

Manusia…kadang terlupa…amanah Allah SWT.

Kawan-kawan aku ramai yang dah ada anak…Alhamdullillah… 

Mana dulu yang suka tak tidur, lepak mamak sampai pukul tiga empat pagi, duduk order air, mamak tu yang bancuhkan…sekarang ni pon…tak tidur gak…pukul tiga empat pagi bangun, sendiri kena bancuh susu anak.

Life o life

Pasangan muda…nama yang diberi pada anak-anak pon…perghk…canggih manggih belaka…tersekat kat anak tekak nak menyebutnya…

Creative creative…

1984
A: Eh, ape nama nenek kau?
B: Nama nenek aku Aminah.

2076
A: Eh, ape nama nenek kau?
B: Nama nenek aku Xandraz Nur Lilly Batrisyaz.

Aku tak kawin lagi, takde anak lagi…aku tak sure camner korang daftar nama anak…daripada ape yang aku dgr…now…korang yang kena isi form tu sendiri kan…(?)

Which…according to mak piah, mak aku…adalah langkah yang paling bijak pejabat pendaftaran Malaysia ni telah ambil.

“nasib baik sekarang ni dik…bila nak daftarkan nama anak…mak bapak tu yang kena isi form tu sendiri…”
“kenapa pulak ma?”
“yelah…macam zaman dulu…kerani tu yang tuliskan untuk kita…kita cakapkan kat dia kita nak namakan anak kit ape…dia yang tuliskan…bahaya bila kerani tu silap dengar ke silap eja ke…kang kot jadi cam acik Tapa tu kang…”
“kenapa dengan acik Tapa?”
“laaa…dia kan dah terkena…masa ayah dia nak daftarkan nama dia…kerani tu tanyalah…’ha cik…dah ado nama anak lum?’…ayah si Tapa ni pon cakaplah…’dah ado dah...’ kerani tu pon tanylaah…’apo dio cik?’…ayah si Tapa ni….dia pon cakaplah…’lotak an namo anak se Mustapa Kamal yorlah…’…haa…ape kerani tu ambik bulat bulat ape yang ayah si Tapa ni cakap…jadilah nama acik Tapa ko tu Mustapa Kamal Yolah.”

-__-

of kucing mati and pulut kuning

“assalamualaikum ma…mama dah dinner dah malam ni?”
“waalaikumussalam…dah…dah dinner dah…anak si Jun ni tadi ha ada bagi mama pulut kuning dengan sambal ikan bilis.”
“ming ai…sodap eh…apa acara Cik Jun sampai masak pulut kuning ma?”
“kau nak tau cite tak???”*
“haa…ape dia?”
“kau ingat tak dik….kucing kesayangan jun tu? Sape tah nama dia…”
“ha…ingat yang sekor tu…kenapa?”
“tengah hari tadi ni…dia ingatkan kucing dia tu dah mati kena langgar…ada keta ni laju giler speed kat depan rumah dia…kucing dia ada kat tengah jalan masa tu…menjerit Jun kau…”
“laa…matilah?”
“dengar dulu…pastu jun dia tak pergi check pon bangkai kucing dia tu…tak sampai hati agaknya…dia memang konfiden kucing dia tu dh mati…dia terus balik…” (kejadian terjadi di rumah Jun yang lain)
“laa…sian cik jun…”
“menangis cik jun kau…sampai tak jadi masak…cik nin (suami cik jun) kena beli makan luar lah…”
“mak aii….frust betul tu…”
“iye…pastu petang tu…dia balik rumah dia tu kejap…tengok2 ada kucing tu tepacak kat car porch rumah dia…”
“eh…tak mati?”
“tak….kucing dia melompat masuk dalam belukar kat tepi tu…tekejut lah tu kena sergah dengan kereta laju…”
“laaa…”
“tu yang cik jun kau masak pulut kuning semua ni…”
“aaaaa…cik jun masak pulut kuning ni sempena kucing dia tak jadi mati kena langgar?”
“iyeeeeee…mama pon tanya lah dia…’eh jun…nin accident haritu…lepas dia kuar hospital…ada jugak ke jun masak pulut kuning?...jawab jun ape kau nak tau…’eh ntah lah kak…takde rasanya…haaa…ni kira sekali lah ni…”

dem…boleh?

Haha…



*tone gossip mak aku