Thursday, 15 September 2011

raya hantu raya

raya takde baju raya.

raya takde gambar family raya.

raya ke tak korang ni dulu?

tak.

hahahahaha.

kucing seperti biskut

kejap ada atas meja.

mcm tido.

aku toleh tengok depan.
























aku toleh balik.

aik. dah hilang.






 
hoi...tu plastik baju aku lah!!!

tangkap gambar family

ouh. aku pon tak pernah merasa...ramai ramai satu family...beratur kat kedai gambar cina lepas sembahyang raya and tangkap gambar family.

konsep itu sungguh asing lagi weird.

haha.

but it is amusing and heart-warming for families who do have that tradition and it is still running until now. because when you susun balik gambar gambar tu...you can see...gosh....many years ago, semua muka nampak jelas...camera leh letak dekat...satu dua jer kerusi, line kat belakang pon satu. then, kerusi bertambah, line kat belakang pon bertambah, muka jadi sederhana besar. then, line kat belakang bertambah tambah lagi...sekarang ni line kat depan pon dh ada...muka jadi kecik...camera kena kebelakang sikit...wide angle pon tak muat nak menampung family yang semakin membesar dan membesar.

*hi kak farah - i imgaine you when writing this ^_^*

selalunya...effort nak tangkap gambar family ni datangnya dari aku n akak aku jer. kami jer yang selalu terhegeh hegeh nak tangkap gambar...just so later we can admire ourselves in the picture. hahahahahaha. process pengumpulan ahli ahli keluarga yang lain selalunya akan dijalankan dengan penuh huru hara dan tergesa gesa. kami tidak bergaduh. kami adalah satu unit family yang sangat harmoni. so, kenapa? adalah. haha.

setting nak tangkap gambar pon tangkap muat je. sorry. no pun intended.

background? sofa yang kitaorg duduk tu...ape backgroundnya? haaa..itulah juga background gambar family kami.

and selalunya gambar family ni akan kekurang seorang ahli...sebab kena jadi tukang amek gambar...so selalunya end up gambar family ada dua keping sekeping yang ni takde jadi tukang tangkap gambar, lagi sekeping yang ni ada yang tu pulak takde. hahahaha.

and selalunya juga...gambar tu akan senget benget. tripod? ape tu? camera selalunya kitaorg letak atas buku sapot ngan kotak tisu lah ape lah...kalau gambar tu lurus...memang amazing la. hahaha.

well...senget ke ape ke...gambar gambar ni lah yang aku paling sayang...


ni raya tahun bila tah. baju raya tak pernahnya sedondon!!! haha...tak nampak sangat dalam gambar ni...tapi ayah aku pakai pagoda. hehe...sorry senget. setting dh jadi gila.

yang takde dalam gambar ni abang ayip. cuba teka kenapa?

lisa by default ada...ada dalam perut mak dia tu.

wasatiah

keluarga aku sambut raya...sangat mediacore. ye, kami wasatiah orang-orangnya. hahahaha.

aku rasa, tak pernah...tak pernah sekalipon satu family, decide tahun tu nak baju raya tema kaler ape or corak kaler ape. hahahahaha. akak aku lah dapat buat benda benda decide tema baju raya ni lepas dia kawin dapat anak semua.

family aku...rembat ape yang ada. mak aku selalunya akan pakai baju yang dia jarang-jarang pakai. so bagi dia...kalau jarang pakai, jarang kuar kat kamera, orang pon jarang nampak, , hence...masih barulah! simple kan konsep yang mak aku amalkan. ada lah dua tiga kali raya dia pakai baju kurung yang betui betui baru. either kitaorg curi curi buat kat tukang jahit yang forever slow...atau tu baju dia buat bukannya untuk raya pon tapi sebab dah tersiap time time nak dekat raya. hurm...

aku pon lebih kurang kes mak aku gak. aku rasa...amat jarang aku purposely beli kain and purposely pergi jumpa tukang jahit yang forever slow semata-mata nak buat baju kurung untuk hari raya tahun sekian sekian. (yer, tukang jahit yang sama. walaupon forever slow, mak aku tetap nak hantar baju kat tukang jahit ni sebab dah kamcing...anak anak dia nak buat abju kat tempat lain dia pon tak kasi.) either tiba tiba mak aku dh temapahkan or baju tu sememangnya dah ter-siap time time nak dekat raya. aku selalu gak buat baju kurung. sebab pekerjaan aku menuntut aku memakai baju kurung tiap tiap hari. ok tipu, pekerjaan aku tak menuntut aku memakainya tiap tiap hari...cuma aku ni yang malas nak berthree piece three piece nih.

abang abang aku lagilah. memang serupa tak raya. tahun ni lah rare sikit. abang aku...yang terkenal dengan kedegilan serta tidakmahuan dia memakai baju melayu sebab panas dan rimas...telah memakai baju melayu hampir satu suit lengkap. hampir lengkap sebab takdak samping ngan songkok.

abang aku lagi sorang...sangat minimalist ya tahun ni...pakai pagoda sahaja. ha amekkaww...


ya i know gambar senget...malas nak betulkan...



well...arwah ayah pon lebih kurang sama gak...

pernah sekali sahaja aku tengok arwah ayah aku leng-kap berpakaian baju melayu. masa akak aku kawin. tu pon towards the end, samping tah kemana, songkok tah kemana...butang baju melayu tah kemana...

tapi good thing is...in the end...tengok balik gambar gambar raya...

wow...so colorful! semua kaler ada.

haha

wokeh?

21 Julai 2006
PM





telefon bimbit ayah berbunyi.




angkat.
tengok.
private number.
tekan butang hijau.
letak.
di telinga.
cakap.
dengar.




"helo?"
"hah halo. ayah ko ado tak?"
"pakcik, ayah baru yo moningga' potang tadi puku limo ompek puluh limo."
"wokeh."



letak.
dia letak.






tepinga.


tengok.
private number.
tekan butang merah.
letak.
di tangan.
fikir.
fikir.
fikir.


kenapa?
siapa?





"pakcik, ayah baru yo moningga' potang tadi puku limo ompek puluh limo."
"wokeh."






wokeh?