an interview with the person behind Gubah by Siti Zainal
Okey maluuuu, tu sebab tulisan tetit jewwww…takde sape sudi nak interview aku tanya pasal hantaran…so…aku akan buat self-interview, because I am dying to share tips about hantaran with you guys and also about how Gubah came to life…(a-la artis…selalu perasan ada peminat..sheesshhhh)
Reporter (R): ok…berapa usia Gubah by Siti Zainal ni? Macam baru jer sangat lagi.
Me (M): oh yes…memang baru lagi…baru sebulan (as of july 2011)…pon tak sampai lagi I think. Kalau baby…Gubah is still a baby yang sehari 90% tidur tu…yang bila dia tido, you rasa nak kejutkan, bila dia nangis, you nak dia cepat cepat tido balik…muda sangat lagi Gubah ni…BUT…haaa… all these while, the person behind Gubah has been working veeery closely with another big name in this bridal industry, that is Zaifie Zainal Creation. Memang Gubah yang buat hantaran and bunga tangan untuk Zaifie Zainal Creation pon. But now, the owner of Zaifie Zainal Creation simply could not cope anymore with the ever-flowing order and tonnes of pictures and updates…so, she decided to create a spin-off…is that what we call it? I’m not sure…but…that’s how Gubah started…born under the wing of its parent company Zaifie Zainal Creation which has been in this industry for close to 9 years already…bravo to them.
R: patutlah bila I tengok blog you…hantaran you sama giler dengan Zaifie Zainal Creation punya…
M: yes…that’s why…Gubah memang berasal dari Zaifie Zainal Creation pon…
R: so…Gubah handle ape?
M: ok. Macam ni. Gubah handle segala macam hantaran, bunga tangan, centerpiece untuk tables, it can be for wedding or other corporate or private events and other things which we can custom made according to our customers’ needs la. And we only use fresh flower.
R: ok. Bukan nak kata ape la…tapi kat luar sana tu…dah berlambak orang offer boleh buat hantaran semua…so…ape yang buat Gubah lain daripada yang lain?
M: I akui yang kat luar sana tu memang banyak sangat competition…tapi bagi saya, kita tak perlu takot dengan competition dalam business ni…we have to make it healthy…dengan adanya competition…it will drive us to do better and better. ok. Berbalik kepada soalan, apa yang buat Gubah lain daripada yang lain? I can give you 5 reasons kenapa Gubah is different from others.
1. di Gubah, kami mementingkan kualiti, bukan kuantiti. Pernah saya menghadap satu gubahan hantaran tu…sejam, dua jam…sebab…saya tak dapat nak fikirkan…cara yang paling kreatif untuk menonjolkan barang hantaran tu…macam mana nak blend barang hantaran tu dalam gubahan supaya nampak nicely blend. Saya tak tangkap muat je. Hah telekung, gulung, ikat reben dah. Saya tak buat macam tu. Sebab hasil kerja saya tu adalah walking advertisement. Saya percaya pada itu.
2. di Gubah, kami tak kedekut bunga. Saya ni pantang nampak aluminium foil or span bunga hijau tu…eeee…saya memang kalau boleh…nak cover entirely…hence, bunga yang kitaorang pakai…memang banyak.
3. di Gubah, kami mahir dalam padanan warna (tidak malu mengaku mahir kerana iainya adalah benar). Tema warna hantaran tidak perlu sedondon dengan tema warna the whole wedding. Let’s say your wedding is blue and silver. So, hantaran you should be ros kaler cream, the other side…guna hydrangea untuk tone of blue tu…atau, boleh juga main dengan kaler reben.
4. di Gubah, harga yang kami tawarkan amatlah berpatutan dengan hasil yang anda dapat. Saya sendiri akan rasa bersalah jika saya deliver hasil kerja yang chinchai tapi mengharapkan pulangan yang lumayan. Saya juga ingin mencari rezeki yang halal. Again, saya ingin stresskan disini…my gubahan is a walking advertisement, so, mestilah saya nak yang terbaik. The best marketing tool is via words of mouth you tau tak…
5. di Gubah, kami sentiasa on the look out for new design for dulang and other material. Kami juga bersedia mendengar idea daripada bakal bakal pengantin sendiri, yang mana, dahagakan sesuatu yang berlainan untuk hantaran mereka. Ada juga yang idak mahu sesuatu yang tipikal untuk hantaran mereka. Di Gubah, kami sedia berexperimental dengan anda.
R: waaahhh…you memang tak bagi peluang I bercakap yer…
M: ops…sorry…tu pon I rasa I patut tambah satu lagi…jadi 6.
R: ok…yang ke 6 ape?
M: reason ke 6 adalah…minat. Minat itu penting…bila ada minat…ape yang kita buat tu pon kita akan buat sampai kita puas hati. Betul tak?
R: betul betul…ok. Thank you so much…bila Gubah ada benda baru nanti…I datang interview lagi k…
M: ok. Thank you!