dulu…sebelum zaman angkat-masuk-picit ni…kita memang macam raja weh kat stesen minyak…hahahaha…semua pam attendent buat…kau duduk jerlah dalam kereta.
Sebabkan bukan tuan punya kereta yang angkat-masuk-picit…memang bermacam macam…BERMACAM MACAM kes lah terjadi…human error memang banyak giler…and sudah pasti pam attendant akan kena tiaw kaw kaw punya dengan tuan punya kereta DAN juga dengan tuan punya stesen, iaitu mak aku…HAHAHAHAHAHA…tapi, masa tu tak kelakar lah…anak ke pekerja ke…sama je…*
*Kitaorang dulu ada meniaga stesen minyak masa kat kampung. Dulu la…sekarang takde dah…
Contoh:
Tersalah dengar takpe lagi…
Kereta datang…kau tanya…”berapa bang?” Driver tangan tunjuk angka 2. Kau pun, menggunakan logika akal…kereta+angka 2 = dua puluh ringgit lah kan…kau pon angkat-masuk-picit…bila dah setel…
“Eh dik…abang nak dua ringgit jer…yang kau isi sampai dua puloh ringgit buat ape?” yang nak bayar takpe lagi weh…ada gak yang tak nak langsung bayar..sanggup tu suruh kitaorang sedut balik minyak tu…yang tak nak bayar tu…ada jerlah doa doa aku kasi kat dia…
Bila nak penoh…kau tersalah bajet…tertumpah lak…tuan kereta nampak lak…boss lak ada kat luar time tu…perghkk…memang rasa nak berhenti kerja…
Paling sadis bila kau tersalah masuk minyak…perghk…kereta patut minyak hijau kau masukkan diesel…mati weh MATI…kes macam ni kronik…memang lah kau kena sedut balik…memanglah kau kena notify tuan punya stesen..memanglah kau mati kena tiaw pastu…
Kalau bebelan itu boleh membunuh…aku rasa…mak aku dah banyak kali keluar masuk jel.
Kadang kadang tak cukup staff…cubalah agak sape kena sit-in jadi pam attendent???
KAMILAH…kami ahli ahli keluarga tuan punya stesen…
-__-
I vote myself as the cutest pam attendent e-ver.
And mak aku memang ada reputasi sikit dikalangan pelanggan pelanggannya…hehehehe…uollss nilailah sendiri reputasi macam mana…lol…
Abang ipar aku pernah sekali tu tersalah isi minyak...tah macam mana tah…terisi diesel kot kat dalam motor…cam tu lah…ape lagi…semak la kepala dia…abang ipar aku ingat kepala dia semak…tengok tengok…kepala tuan punya motor tu laaagi semak…bukan semak motor dia dah tersalah isi minyak…tapi semak dengan tuan punya stesen kat dalam office tu ha…hahahahahahaha…dia memang nak setelkan hal tu antara abang ipar aku ngan dia jerlah…tak nak libatkan tuan punya stesen…selalunyakan driver driver ni naik angin and insist nak jumpa nak complaint kat boss…yang ni tebalik lak…
“takpe bro takpe bro…kita tolak motor ni ke tepi…kita setel tepi…wa tak tahan ar kot boss lu tau…”
…obviously dia tak tau “boss lu” tu adalah mak mentua abang ipar aku.
Hahahahaha…