Wednesday 27 July 2011

LAILAHAILLALLAH LAILAHAILLALLAH


hari ni tadi bawa mama gi check mata dia kat hospital pantai ampang…in 2008 she did her right eye…now nak buat mata belah kiri plak…dr khaw yang buat the procedure back in 2008 masih ingat mama lagi…

haruslah masih ingat…sebab mama ada create scene masa kat dalam op theatre.

2008
Dr khaw dah explain the procedure kat mama of how it was going to be a very simple and straight-forward procedure of removing the selaput in her right eye. Tapi mama dah minta kat dr…nak bius kasi tak sedar langsung sebab mama tau…she would not be able to take it…

“saya tak boleh lah dok…kasi bius semua lah…kasi tidur habis…”
“maaaaakcik…ini procedure simple punya…tak perlu risau ok…makcik cuma perlu bukak mata…saya akan removekan itu selaput…lepas tu habiss…you (referring to me) balik nanti kasi nasihat sama mak ok…ini proses sinang punya, ah…”
“tapi dok…kalau nak bius boleh jer kan…?”
“boooleh…tapi nanti lain chargenya…harga bius itu mahal…”

oh, mama…upon hearing harga akan jadi lain…dan dan ada terbit rasa confident…that she would not need the bius afterall…but…

Kat rumah, the day before she was about to do the op, mama dah expressed her concern…how she was confident yang dia tak boleh nak take it…

“sebab nanti…nampak doktor tu lalu-lalukan pisau ke ape ke gunting ke kat depan mata ni ha…sebab kita masih sedar lagi kan….eee….mama rasa mama tak boleh lah…”

well…berbakul bakul kata kata semangat kitaorang kasi kat mama…kesian mama…

so, the next day…I waited for her in her room. Dr khaw said the whole thing won’t take longer than an hour…oklah…memang simple jer procedure dia kan…

but no. I waited and waited…dua jam lebih…mama tak yer muncul muncul lagi…EH.

When they finally rolled her in…she was asleep (or rather I later found out…tak sedar sebabkan dek bius tu ler…).

We later found out from the doctor…

“haiya…saya kena bius dia juga…your mom memang tak buleh lah…kesian dia worr…saya pon tak buleh nak buat ape ape kalau dia sangat takut. macam macam dia sebut…”

kan…aku dah cakap…mama pon dah warn doktor tu…hehe…



as told/ describe by mama

“ok makcik…makcik bukak mater besa besa yer…”
mama kecikkan mata…

“makcil! Bukak….BU-KAK besaaaa bukan kecilkan!”
mama besarkan mata sikit…

“ya…ok…macam ni…maintain bukak mater macam ni ya…ok ya makcik…saya akan buang selaput ini…mak cik akan rasa sedikit rasa sakit sahaja ya…makcik jangan stress ya…nanti mata pon ada affected…”

at this point, I assume, the doctor whooshed her knife or  laser pen betul betul depan biji mata mama…
“YA ALLAH!!! ALLAHUAKBAR!!!”

at this point, I assume, the doctor was taken aback with mum’s exclamation.
“makcik…tak perlu terlalu takut…relaks ya…relaks…boleh ya makcik? Boleh ya…? Kita cuba sekali lagi.”
Letak laser pen depan mata…
“BISMILLAH HIRRAMA NIRRAHIM”

Setiap kali doktor letak laser pen depan mata…
“YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH”
Setiap kali doktor letak laser pen depan mata…
“ASTAGHFIRRULLAHALAZIM ASTAGHFIRRULLAHALAZIM” ASTAGHFIRRULLAHALAZIM”
Setiap kali doktor letak laser pen depan mata…
“LAILAHAILLALLAH LAILAHAILLALLAH LAILAHAILLALLAH”
Setiap kali doktor letak laser pen depan mata…
“SUBHANALLAH SUBHANALLAH SUBHANALLAH SUBHANALLAH”


and these exchanges continued. Hahahaha…macam manalah dr khaw tu nak buat procedure buang selaput tu…tak tenang doctor tu dibuek eh…

so, hari ni…nampak jer muka mama…dr khaw terus cakap…

“oh makcik…okeh…saya sudah taulah…kita bius arr…”

hahahahahaha…






Thursday 21 July 2011

adat bercinta


Tolo digonggam, digonggam komeh

Digonggam supayo tak kono ghampeh

Adat becinta hati kono kuek nak mampuih

Kot tak kuek memang sonang la deh putuih

STRICTLY MY PERSONAL OPINION

Disclaimer…this is purely my personal opinion from my experience with fresh flower, decorating hantaran and hand bouquets.

Bagi aku, hantaran tak perlu nak banyak banyak dulang. 3 balas 5 tu sikit bona lak kan…5 balas 7 bagi aku dah cukup nice dah…tak terlalu sikit…tak terlalu banyak…sebab bagi aku…bila dah terlalu banyak…dah tak exclusive…barang yang nak dijadikan hantaran pon dah naik merapu…

Tapi aku faham…kadang kadang…benda hantaran ni pon is out of pengantin punya kuasa…most of the time, what happened is that…orang lain…makcik makcik, jiran sebelah rumah belakang rumah tiba tiba mai…tiba tiba kasi nilah tulah…suh dimasukkan sekali ke dalam set hantaran…erk! Hello…awat tak habaq mai awai awai…bleh cek sediakan satu dulang kosong…senang sikit…tak kelam kabut…

bila benda benda macam ni terjadi…memang meng-awkward-kan semua orang…up to a point menyusahkan orang lain, walau kita tau…niat si pemberi itu baik……haih…pengantin plak kena inform orang buat hantaran kata ada tambah hantaran…dahlah hantaran ni kan ada kiraan ganjil dia…ha…kot pihak ni punya dah bertambah…pihak sana punya pon kena rombak gak…tu satu…and then…color…permainan color dalam hantaran ni sangat penting…I doubt so jiran ko akan tahu ape tema color wedding ko…dia pon hentam jerlah kasi kek kaler merah menyala gitu…ha…dah lari tema…tak nak terima pemberian dia…segan plak…terpaksalah masukkan jugak…dah ada satu hantaran tu lari color tema.

Cakap pasal barang yang nak dijadikan hantaran…of course…it is entirely your choice nak letak ape…sukati kau lah kan…but…mungkin tak pernah terlintas di fikiran kenapa certain things tu…kalau boleh…tak payah lah…

contoh seperti handbag …1, saiz handbag adalah amat penting…tidak wajar rasanya letak beg nak pergi office or carry-it-all as hantaran…sebab saiznya yang bosa nak mampuih…2, bila letak satu barang yang besar as hantaran…you will end up having a not so dainty, not so cute, not so lovely, and not so beautiful hantaran.

Sebab bila barang besar besar ni…dia nampak kasar. Barang barang untuk hantaran ni seelok eloknya yang kecil or at least sederhana besar.

Jika beg tu…a tote would be nice…a dinner beg would be even better…paling excited kalau dapat gubah dinner beg. Kenapa? Sebab dinner beg kan selalu ada sequinne…kilat kilat…so…your dinner beg will compliment the whole hantaran, as opposed to bila beg tu besar…tak compliment the hantaran langsung.

Another thing…electronic gadget …sekali lagi…mungkin tak pernah cross our mind of these things…bagi aku…hantaran barangan eletronik ni…high risk…sebab…bila kita kawin…rumah kita mestilah ramai orang. Bila dah ramai orang keluar masuk…kita dah tak tercontrol dah…kalau ko letak camera Panasonic lumix gf-2 as your hantaran…adakah ko akan letak cousin ko sorang untuk jadi jaga kat tepi hantaran tu? Kalau aku jadi pengantin…my mind would not rest as I would be worried about my hantaran…”ada lagi tak camera aku?” “iPad aku ada lagi kan?” “iPhone aku…ko cuba gi tengok jap…ada lagi tak…”

Satu lagi…the risk of these gadgets masuk air pon tinggi gak…bila hantaran tu pakai fresh flower…no matter how hard you try to eliminate the element of water tu…tak dapat juga nak halang air span tu daripada keluar…sebab…aku dah try pelbagai cara…trust me. And bagi aku…benda gadget ni nampak … keras. Tak sesuai nak dijadikan barang hantaran.

Erm…kasut pon macam tu gak…personally…PERSONALLY OK…personally…aku tak setuju letak kasut sebagai hantaran…you know…putting a pair of shoes on a tray for display…macam.tak.masuk.tak.kena. sama jugak dengan beg…kasut haruslah kasut yang cantik…high hells…lagi bagus kasi kasut dinner sebagai hantaran…you know…kasut dinner yang ada diamonte diamonte tu…again…these feature would compliment your hantaran more…naik seri hantaran…as oppose to boots…or heel-less foot wear.

Ok. Tu je. Ending yang agak abrupt.






Gubah by Siti Zainal

an interview with the person behind Gubah by Siti Zainal


Okey maluuuu, tu sebab tulisan tetit jewwww…takde sape sudi nak interview aku tanya pasal hantaran…so…aku akan buat self-interview, because I am dying to share tips about hantaran with you guys and also about how Gubah came to life…(a-la artis…selalu perasan ada peminat..sheesshhhh)

Reporter (R): ok…berapa usia Gubah by Siti Zainal ni? Macam baru jer sangat lagi.

Me (M): oh yes…memang baru lagi…baru sebulan (as of july 2011)…pon tak sampai lagi I think. Kalau baby…Gubah is still a baby yang sehari 90% tidur tu…yang bila dia tido, you rasa nak kejutkan, bila dia nangis, you nak dia cepat cepat tido balik…muda sangat lagi Gubah ni…BUT…haaa… all these while, the person behind Gubah has been working veeery closely with another big name in this bridal industry, that is Zaifie Zainal Creation. Memang Gubah yang buat hantaran and bunga tangan untuk Zaifie Zainal Creation pon. But now, the owner of Zaifie Zainal Creation simply could not cope anymore with the ever-flowing order and tonnes of pictures and updates…so, she decided to create a spin-off…is that what we call it? I’m not sure…but…that’s how Gubah started…born under the wing of its parent company Zaifie Zainal Creation which has been in this industry for close to 9 years already…bravo to them.

R: patutlah bila I tengok blog you…hantaran you sama giler dengan Zaifie Zainal Creation punya…

M: yes…that’s why…Gubah memang berasal dari Zaifie Zainal Creation pon…

R: so…Gubah handle ape?

M: ok. Macam ni. Gubah handle segala macam hantaran, bunga tangan, centerpiece untuk tables, it can be for wedding or other corporate or private events and other things which we can custom made according to our customers’ needs la. And we only use fresh flower.

R: ok. Bukan nak kata ape la…tapi kat luar sana tu…dah berlambak orang offer boleh buat hantaran semua…so…ape yang buat Gubah lain daripada yang lain?

M: I akui yang kat luar sana tu memang banyak sangat competition…tapi bagi saya, kita tak perlu takot dengan competition dalam business ni…we have to make it healthy…dengan adanya competition…it will drive us to do better and better. ok. Berbalik kepada soalan, apa yang buat Gubah lain daripada yang lain? I can give you 5 reasons kenapa Gubah is different from others.

1. di Gubah, kami mementingkan kualiti, bukan kuantiti. Pernah saya menghadap satu gubahan hantaran tu…sejam, dua jam…sebab…saya tak dapat nak fikirkan…cara yang paling kreatif untuk menonjolkan barang hantaran tu…macam mana nak blend barang hantaran tu dalam gubahan supaya nampak nicely blend. Saya tak tangkap muat je. Hah telekung, gulung, ikat reben dah. Saya tak buat macam tu. Sebab hasil kerja saya tu adalah walking advertisement. Saya percaya pada itu.

2. di Gubah, kami tak kedekut bunga. Saya ni pantang nampak aluminium foil or span bunga hijau tu…eeee…saya memang kalau boleh…nak cover entirely…hence, bunga yang kitaorang pakai…memang banyak.

3. di Gubah, kami mahir dalam padanan warna (tidak malu mengaku mahir kerana iainya adalah benar). Tema warna hantaran tidak perlu sedondon dengan tema warna the whole wedding. Let’s say your wedding is blue and silver. So, hantaran you should be ros kaler cream, the other side…guna hydrangea untuk tone of blue tu…atau, boleh juga main dengan kaler reben.

4. di Gubah, harga yang kami tawarkan amatlah berpatutan dengan hasil yang anda dapat. Saya sendiri akan rasa bersalah jika saya deliver hasil kerja yang chinchai tapi mengharapkan pulangan yang lumayan. Saya juga ingin mencari rezeki yang halal. Again, saya ingin stresskan disini…my gubahan is a walking advertisement, so, mestilah saya nak yang terbaik. The best marketing tool is via words of mouth you tau tak…

5. di Gubah, kami sentiasa on the look out for new design for dulang and other material. Kami juga bersedia mendengar idea daripada bakal bakal pengantin sendiri, yang mana, dahagakan sesuatu yang berlainan untuk hantaran mereka. Ada juga yang idak mahu sesuatu yang tipikal untuk hantaran mereka. Di Gubah, kami sedia berexperimental dengan anda.

R: waaahhh…you memang tak bagi peluang I bercakap yer…

M: ops…sorry…tu pon I rasa I patut tambah satu lagi…jadi 6.

R: ok…yang ke 6 ape?

M: reason ke 6 adalah…minat. Minat itu penting…bila ada minat…ape yang kita buat tu pon kita akan buat sampai kita puas hati. Betul tak?

R: betul betul…ok. Thank you so much…bila Gubah ada benda baru nanti…I datang interview lagi k…

M: ok. Thank you!

bonggol kaler putih


semalam, abang aku yang jaga badan tu baru tegur aku…

“siti…awak jangan amalkan sangat makan tidur makan tidur ni…kang kut beep beep beep…” (content censored  - too hurtful – aku tak nak kawan aku nini sedih…)

malam ni tadi…girlfriend dia leh lak buat stunt…

cer tengok gambar ni…ape yang tak kena…

no no…ni bukan trick yang mana bila kau asyik tenung gambar ni cari ape yang tak kena…pastu ada h@n-ptfbbb-pftbbb-tu   keluar…tak tak tak…

nini…betul…aku tak tipu…(carta takot hantu…aku ngan nini selalu betukar tukar tempat nombor satu n nombor dua…)

cer tengok kat pagar rumah aku tu…tembok pagar…belah kanan korang…(yer….kanan ko…)…ada ape?

Ada bonggol seketui macam batu kan…kaler putih…kan?

Ha…ok…keep that bonggol in view…

Aku malas nak tgk bang bang boom…aku tgh tunggu annissa…sambil tunggu…aku kiranya nak amek angin kat luar rumah…paneh weh…aku ingat nak layan bnyk giler bbm masuk masa aku solat tadi…(perghk…nampak naa tak khusyuk….sok sok aku nak silentkanlah…)

aku minta kunci kat mama…kenapa minta kat mama? Sebab kunci tu aku pasti ada bawah bontot mama….ye…kunci tu panas…aku pon bukak mangga solex…teeeeeeeeeeeeeeeerus mata aku tangkap imej sebonggol kaler putih atas pagar rumah aku tu…

aku terpaku…what the…keliling rumah aku memang sunyi ar…takde aktiviti manusia wutsoever kat luar rumah masa tu…hening jer…aku fikir…is this one of the tricks???? Diaorg dah tak pakai trick suara baby nangis lagi ke?  Ada budak budak main main ke kat luar? Takderrr…Aku tak pernah tau pon trick nih…crap crap crap…Oh dem…shitto…

aku slow slow mangga balik solex tu…malas nak bgtau mama…dia pon tak sihat…malas nak terkejutkan dia dengan benda camni…

mama tanya… “aik…kata nak amek angin…”
straight face… “kat luar takde angin pon.” Sambil mata dok jelling kat benda bonngol kaler putih atas pagar tu…

dan dan tu aku tgk bbm aku…dan dan tu abang aku yang jaga badan tu call…

call: “eh…kak f ada tinggalkan food kat atas pagar. Dia rushing tadi.”
Bbm read: “kat pagar rumah akak ada letak kek gi amek tak sempat singgah yer…”

Ceh…bazir adrenalin rush aku jew!!!

Kosan eh…bonggol putih tu dalam eh ado isik mac and cheese, tom yam kung, and cakes secret recipe…

Kontra mereka ni…abang aku suh kurang makan…girlfriend dia duk belanja mac n cheese…apo kes eh nih?

aku tak penakut

aku tak penakut:

terlalu lama bergelumang dengan mobile phone…aku jadi sedikit ngeri bila phone land line berbunyi dan dikala itu aku tgh sorang sorang…

kat rumah sek 17, shah alam dulu…aku hanya akan angkat phone land line bila ada orang dengan aku masa tu…baru aku berani angkat and say “hello…” kalau tak…jangan harap…I will find myself cringe for as long as there is a ringing tone…krriiing kring….krring kring…perghkkk….

kalau nini ada…aku akan suruh dia.

The same thing happened at seri kembangan…aku selalu sorang…bila phone kat ruang tamu tu berdering…aku akan pelok bantal…make sure belakang badan aku melekap kat dinding…

Sebab…who on earth yang akan call????? Semua orang yang aku kenal have my mobile number…and most of them...DO NOT have my land line number (use only for online)…so…sape? Arghk…I don’t want to know!

Aku tak penakut:

Mungkin dah biasa…sampai depan rumah…kau akan call tuan rumah and say: “weh…aku kat depan rumah ko dh nih…buka ar pintu cepat…” or at least ko tekan loceng ke…

So…bila ada ke-tu-kan di pintu… …ke-tu-kan yer…ke-tu-kan…selalunya…aku takkan buka or even go near the door!!!!!!

Masa kat rumah sek 17, shah alam dulu…bila ada jer bunyi ketukan…aku akan bangun and kira jumlah penghuni flat…1, 2, 3,…6. Cukup. Okeh, ada sape sape expect sape sape datang ke? Geleng. Takde. Sape yang kaya order pizza delivery ke mcd ke? Semua tunjuk muka poket tinggal sepusen. Ok. So, kenapa ada orang ketuk?

Teeeeeeeeeeerus aku serah tugasan berat ni kepada nini.


ular ular ULARRRRRRR

twenty years ago , before ayah aku kena panggil ke sekolah rendah masa aku darjah satu…aku rasa…parents aku dah start syak dah…ada yang tak kena nih dengan mata anak diaorang nih…

Masa tu kitaorg duduk kat rumah nenek lagi…aku rasa…incident ni took place masa aku umur umur tadika nih…masa tu seingat aku…kakak aku ada…and one of my abang ada…parents takde…

Aku nak gi toilet shee-shee…ok…aku pon gi…lalalalalala…pastu aku nampak ada ular hokeeeyyyyy atas lantai, cantik giler terbentuk huruf S…kaler hitam…panjang gak arr…

Aku apa lagi…menjerit tak cukup silabel lah…

“aaaaaaaaaaa ular ular ULARRRRRRR!!!”

abang and kakak aku pon datang…

“mana mana???”

“DALAM BILIIIIKKKK MAAAANNNNDIIIIII!!!”

diaorg pon gi tengok.

“takde pon…”

“haaaaahhh takkan dah lari ikut lubang air???” aku pon gi menjenguk untuk kepastian…aku menjengah ke dalam toilet…terus nampak ular tu….

“TU TU TU LAH….KAT KAKI KO TULAH WEHHHHHHH”

melompat mereka berdua!

“mana? Mana?”

“tu…TUUUUU…” nak tercabut jari telunjuk aku ni menunjuk…aku tunjuk dengan tepat kali ni…ular tu pon tak gerak…kenyang barangkali…

“itu tali pinggang lah BUTERR!”



Tuesday 19 July 2011

cito cito den


Petang ni tadi…katun upin dan ipin…cite pasal cita cita…

Hehe…
Teringat plak zaman sekolah rendah dulu…
Kan zaman zaman sekolah rendah dulu…cikgu ada bagi kad…kena isi dalam kad tu kita nak jadi ape…setiap tahun cikgu akan kasi kad tu…so…tiap tiap tahun…kita boleh tgk…kita ni consistent tak dalam penetapan cita cita kita…

Aku isi…sila abaikan tahun dan turutan…dah lupa…

Graphic designer…(aku tanya cikgu macam mana nak eja designer…ni semua…influence akak den lah ni…)

Interior designer…(ini memang aku ada bakat…dengan tidak segan silu aku mengaku…geng geng rumah sek 17…yang pernah tinggal ngan aku kat seri kembangan dulu…oh lupa…orang yang sama gak…ceh…haha…nway…these people can vouch for me…seminggu…design bilik aku and tempat belajar aku akan berubah sebanyak 3 atau 4 kali…sampai kadang kadang…kawan aku sampai naik risau dan berkata…sambil tersandar di frame pintu bilik aku…”ti…dah lah tu ti…design semalam tu aku tengok ok jer…”)

Fashion designer…(sila…hentikan gelak tawa anda…)

Lawyer…(aku tak rasa aku pandai berdebat ke?)

Tak pernah aku tulis situ cikgu….doktor jauh sekali…dari kecik aku aware…bab bab kimia bio ni aku memang fail (Subjek kimia…kot aku dapat 15 out of 100…itu adalah sebab aku dapat markah hasil lukisan penunu Bunsen serta tabung uji aku yang cantik sekali…)

Tup tup…dah bosa ni…den jadi cikgu kosan eh…

-__-




ada bakul punya type

masa aku sakit ni…aku tak pernah terima jambangan bunga!!!!

Ok. tipu. pernah. Tapi yang aku terima tu…bukan nyer jambangan bunga untuk org sakit sangat.

Haz pernah kasi aku SEKUNTUM gerbera masa aku warded dulu kat prince court.



*waive* hai haz. Tengkiu.

Tu jerlah…

Ape long? Ko ada kasi gak? Manerrr ada….manerrr? Yang ni?


arghk…ni tipu…ni ko recycle hantaran customer ko!!!! Tak kira tak kira!!! Wakakakakaka….

Ah…wutever is it…yang BEEEsar siap ada bakul punya type tu aku tak pernah terima lagi…

Tapi…*mata begenang* haritu…officemate aku datang melawat aku kat rumah…and they bring this…







and this…



*cryyyyyyyyyyy*

dapat bunga, kain baju kurung and frutis...

thank you guys!!!


mangga manggo mango


korang suka makan buah?

Mangga suka?

Aku tak lah minat sangat sangat…tapi kalau dah teringin tu…nyum nyum...sodap!!!

Hari tu teringin….…aku yang tak “berkaki” ni…sms abang ipar mithaliku…

“abang ayip…tolong belikan buah mangga…tq.” Aku taip…send…
“okies” balasnya…

aku tau…dalam pada dia balas “okies” tu…mesti diselangi dengan “cinako tul adik…nak buah mango lak deh…”

*waive* hi abang ipar mithaliku…

Bila kupas buah mangga…sure lecak…lekit lekit…jus mangga menyusuri tangan…mengalir ke siku…perghk…

satu art yang aku belum belajar lagi…isitu art potong buah mangga…Aku potong mangga takde mana nyer kemas…kehkeh…asal berpotong…

haaa…Dalam banyak banyak part buah mangga…part mana paling stim makan?

Cepatlah…cepatlah teka…

Cepatlah…

Cepatlah…

Mestilah part biji mangga tu…bila biji mangga tu masih berbaki baki dengan isi yang tak terpotong dek pisau…atau saja ditinggalkan begitu oleh si pemotong!



Perghk…laielah lecak kut makan biji mangga…tak dapek dor ekau nak makan biji manggo tu ngan pisau ko garpu ko…kehkeh…

Tu sebabnya…biji mangga selalunya, sesuai dimakan depan sink kat dapur tu terus…tak wajar di bawa ke ruang tamu rumah…untuk tatapan umum…memang takde stail lain yang lebih sopan dari melahap biji mangga…takde cara yang sopan juga untuk ko pegang biji mangga tu selain daripada menggenggamnya as a whole…

Dagu dagu ko sekali bajet lekit and comot…

Itulah nikmat eh…



Saturday 16 July 2011

jerebu di jelebu


Mother to son

“abang, sekarang jerebu teruk tau…abang kat sekolah jangan keluar main sangat…”
“jerebu tu ape ma?”
“jerebu tu asap…udara kotor…tak bersih…lagi lagi abang kan ada asma…”
“jerebu tu pukul berapa ma?”

-__-

sale sale sale




Shoes for sale!!!
Brand | Charles & Keith
Size | 7
Condition | 10/10
Story | sekali je penah pakai 
Selling price | RM120
Comes with bag n box


Shoes for sale!!!
Brand | Tiamo
Size | 7
Condition | 10/10 brand new
Story | wrong size so mmg xpenah pakai
Selling Price | RM200
Retail Price | RM269
Comes with bag n box

INTERESTED? 
EMAIL TO
mactus1823@gmail.com

kenduri

mama ada simpan niat nak buat kenduri arwah…alhamdullillah…khamis mlm jumaat haritu…kitaorang dapat buat....buat kat surau kat kampung jawa…kuala pilah…

a few months prior to the kenduri…kitaorang ada balik nak uruskan apa yang patut…komiti surau yang handle semua…alhamdullillah…tak larat nak masak sendiri der weh…

so, khamis tengahari macam tu…aku, kakak aku, lisa and mama pon balik pilah…walaupon dah set komiti surau yang handle semua…tak manis lah kan cuci tangan 100%...

kitaorg sampai…komiti surau dah half way through masak dah…tapi sempat gak lah nak tolong sikit sikit apa yang patut…

seronok weh…borak borak mingle ngan orang orang surau yang otai otai…kelakar nak mampuih diaorg ni…haha…

paling sempoi...tu acik yang pakai t-shirt kaler biru tu...nama dia cik obot...yes...nama dia saja dah unik...orangnya...apatah lagi...kak ogy pon kalah...dialah antara orang kuat kat surau tu...dia tu pantang bersuara...ada jelah benda yang buat kitaorg gelak...walau she didn't mean to crack a joke...

she made a remark kat akak aku...

"ekau ni long...anak dah beghapo?"
"duo cik..."
"duo yor? ekau duk kat kolumpo tu tak becambah ko?"

becambah ok...macam pokok plak akak aku tu dah...

-__-

aku scan…tengok apa yang aku leh buat…capai pisau…tanya uwan tu…

“wan…apo yang nak dipotong laie wan…”
“ha ni ha…keret ni ha…potong cam ni ha…”
oh crap…camner wan ni dapat potong keret tu jadi bentuk memanjang…keret tu bulat…shit…nak tanya mama…malu…nak signal kakak aku…dia tah kat mana…wan ni dah nengok yor den ni ha…mampuih…aku delay masa memotong…
“wan…keret ni nak buek apo wan?”
“keret ni ha…nak buek acar…kang masak samo timun tu ha…” dia explain sambil tangan amek keret yang masih bulat nak potong…YES! Aku pon observe lah wan….YES! I GOT IT!!! Memotong keret off I went…phew!

Keret setel…

sebagai seorang gadis sunti…di kenduri sendiri…di kampung sendiri…di sebuah surau…haruslah aku takleh nak duduk diam…harus mempamerkan kerajinan tahap maksimum…

“wan…dah wan…keret dh habih potong…ado apo laie wan?”
“ha…bawang bosar ni…ekau potong…potong ikut cagho nak buek acar selalu tu…”
…aku tunggu… … …aku tak rasa wan ni nak explain dengan lebih lanjut EXACTLY how you potong the bawang mengikut cara nak buat acar SELALU tu….aku selalu MAKAN acar…tak selalu PREPAPRE acar…oh crap AGAIN.

Aku guna taktik observation…amek bawang besar…potong dua…take one half…potong tiga lagi…oooohhh….kacang! aku pon potong…
“eehhh…salah tu…”
gulp!
“ekau tak payah nak buang sampai abih buntut bawang tu dor…kot ekau buang buntut bawang tu sampai habih…tebughai la bawang tu….buang sikit yor…ekau tengok uwan nyo bawang…dio tecantum yo laie…tengok ekau punyo…ha…kan dah tetangga tangga…”
“oh…ok wan…”

ada satu wan ni…speaking siot…
“erm girllll…can you help me…you please cut this serai…small small…”
“ouh…cut the serai small small… …how small wan?”
“small…I want to blend serai…cut small so serai easy to blend…”
logic mengatakan… kot nak pakai untuk blend…potongan tak perlu sekata…ok…this I know…so aku pon potong…
“oh yes…like this…you good…teng kiu girlll…”

score!

aku tengok atas meja…macam ada benda nak potong lagi…tapi aku takot nak offer diri potong…simply because…aku takot aku ter mix up antara…halia ngan kunyit…

no score…

ada satu buah ni…nama nya buah keras…apparently you mix isi buah keras ni dalam acar…aku tengok lah buah keras ni…macam biji getah. But I keep that thought to myself. 

Hahahahaha.

ha ni ada gambar aku tengah mengcungkil bakat mengcungkil keluar isi buah keras tu...


mak aku was horrified bila dia tengok aku angkat cawan tu...belakang aku tak elok sangat lagi kan...tehehehe...

wahhh...mak aku cekak pinggang bukan main kagi yer...


here...i feel like fazura...tahajjud cinta.
lepas masak...semua orang pangkal surau balik...sebelum datang balik untuk jemaah maghrib...salah seorang orang kuat pangkal tinggal depan surau tu jer......so...kitaorg pon gi lah rumah cik ani ni...ada bau bau bacang gak ngan dia ni...
aku dah banyak kali gak lah gi rumah cik ani ni...tapi aku tak pernah perasan jamban kat belakang rumah dia ni...

memang aku tekedu gak lah tengok...hahahaha...memang jamban tu tecongok je kat situ...cik ani kata...jamban tu memang wujud dari zaman dulu lagi...dia saje tak buang...memanglah dah usang...tapi nilai estetika jamban ni cukup tinggi...i cannot resist but pose with it...mengingatkan aku pada ada satu cite p-ramlee ni...
aku suruh lisa berlakon tunggu turn nak masuk...agak kaget lah aku bila lisa terlalu menghayati watak iaitu dengan mengetuk pintu jamban ni...mano tak eh...kot ghuntuh...mampuih...pintu jamban ni dah dihiasi cantik dengan saluran anai anai.

a better view of the jamban...


besok pagi tu sebelum balik...kitaorg gi ziarah kubur ayah and other relative...

^_^

lupa nak share sesuatu yang baru...

Ya Allah Ya Tuhanku...murahkanlah rezeki hambamu ini Ya Allah...


eh eh eh...


dulu…masa kecik kecik…aku ni umpama bayang bayang yang annoying ayah aku…

pantang aku nampak ayah sarung uniform pagoda dan jeans biru lusuhnya…aku pon pantas…

“ayah nak gi mana aye nak ikot boleh tak nak ikot!”

satu nafas; punctuation in between tak perlu.

“nak gi bank…”
“nak gi pasar…”
“nak gi pilah…”
“nak gi kedai…”

apa saja respon ayah aku kasi…aku pantas mengreply…

“nak nak nak ikot!”

selalunya…dalam keterpaksaan…ayah aku akur…dia pon bawa lah aku…

one fine day…ayah aku bawa aku gi pejabat peguam Abu Zahar kat bangunan MARA kat pekan pilah tu ha…masa tu…aku kecik lagi…darjah darjah la…

aku pon ikot lah ayah masuk dalam ofis peguam tu…ntah ape yang ayah aku borakkan and ngan ntah sape kat dalam ofis tu…aku tak tau…aku tak amik pot…aku merayau rayau dalam opis tu…

aku pon merayaulah… merayau merayau merayau…masa tu ofis tu tak ramai orang…dengan senang hatilah aku berjalan jalan dalam ofis tu…and then…sudden-ly…langkah aku mati…mata aku ternampak…sesuatu…yang amat ganjil…tersemat kemas di bawah cermin di atas salah satu meja kat dalam opis Abu Zahar tu…aku terpaku lalu terkaku di situ…

aku gi dekat lagi ngan meja tu…kebetulan meja itu tidak berpenghuni…aku tengok betul betul…aku tolak cermin mata aku dengan lebih dekat ke mata aku…aku lap lap cermin tu dengan jari telunjuk aku…bagi lagi clear…YE! Aku tak silap…gambar yang diselit di bawah cermin clear yang dijadikan alas di atas meja itu…

adalah…
adalah…
adalah…

gambar KAKAK AKUUUUUU!!!

…minda darjah darjah aku tak dapat digest kejadian ini…apa yang telah terjadi? Kenapa? Mengapa gambar akak aku bleh ada kat atas meja tu? Sape pemilik meja tu? Perlu kah aku bagitau ayah aku? Ape kaitan kakak aku dengan ofis ni?

Sedang aku mencongak congak apakah langkah seterusnya yang perlu aku ambil…ayah aku dah ada kat pintu depan ofis tu…

“jom dik…balik…”

aku diamkan aje apa yang aku telah nampak…
.
.
.
.
.
.
.
.
many many years after that…akak aku pon kawin ngan abang ipar aku…ntah macam mana…aku overheard dari sape tah…yang abang ipar  aku ni dulu pernah kerja kat ofis Abu Zahar…

wait…weideminit…

gambar akak aku + atas meja + ofis Abu Zahar + many years after + abang ipar + pernah kerja situ
                        =
baru aku dapat connectkan the dots…



ceh…jiwang karat haktuuiihhhh…harap ghambut yor panjang!





*waive* hi abang ipar mithali aku…


Tuesday 12 July 2011

mari belajar mencantikkan diri anda!



MAKE-UP WORKSHOP 
by ZAIFIE ZAINAL
One to One Make-up Tutorial


Date: 17th July 2011
Time: 10am - 6pm
Venue: Cheras Utama
Fees: RM450 only

Limited only to 6 pax.
HURRY!! Book your seat now!
Call 016-2199023 or 019-2939023 for more info

MODULE
Introduction to the make-up brusher & tools
Make-up step by step
Choosing the right colour from foundation to lipstick
Foundation, basic, concealer, shading, face powder
Techniques to apply:Eye-shadow, eye brow, eye liner, mascara, blusher, lipstick
More tricks & tips...

Make-up & tools provided

PROVIDED• F&B • Notes • Fake eye-lashes • Triangle sponge

YOU NEED TO BRING • note book

PAYMENT METHOD
Interested?
Please deposit RM250 to: MAYBANK AC No: 112205072569


Monday 11 July 2011

ingat sampai mati


Tiga ekor anak kucing ni…memang menghiburkan hati aku…

Baby lah paling manja dengan aku. Pantang aku baring…Baby pasti naik kat dada aku…bangun…pusing pusing pusing…tidur…lima saat…bangun balik…pusing pusing pusing…adjust posisi…tidur balik…sepuluh saat…bangun balik…adjust lagi posisi…eeeeee…annoying…tapi sangat endearing…

Tapi ayah pantang lah…dia tak suka aku bergelumang sangat dengan kucing kucing aku…

Yelah…kucing aku tu bukannya kucing parsi ke ape ke…kucing kampung je…kelakuan pon kelakuan kampung la…

Balik badan semua jadi kaler hitam bau longkang dah berapa banyak kali…

Balik calar sana calar sini pon banyak kali…

So…memang ayah aku pantang la…tengok muka aku ni seinci jer dari muka kucing aku…

Tapi…cara ketiga tiga ni pergi dari aku…

Amat…

Tragik.

Baby is the cutest…semua oren…macam bapak dii si Tua tu.

Baby aku syak kena pukul. One day dia balik, limping…heret hind leg dia…apparently…tulang bontot or both of her hind leg dah patah…

Took her to the vet…nothing much they can do…

Brought her back…nurse her with love…

Then one fine morning…she was just not there anymore…

Macam ayah dia…died away from me and from the house.

Nicky lagi tragik…

Ayah terlanggar dia masa nak reverse kereta…walau ayah tak fancy sangat dengan kucing kucing aku…takdelah dia benci sangat…dia pon genuinely rasa bersalah…

bawa pegi vet…berbalut lah badan dia…jalan pon senget…kesian weh…

bayangkan…aku berdiri betul betul kat depan dia…aku panggil dia…”nicky” dia pon datang…tapi kesian weh…Nicky ingat dia memang jalan ke arah aku…tapi sebenarnya langkah dia tersasar ke kiri lebih…makin jalan makin ke kiri…kesian…senget…aku kenalah ubah posisi aku ke kiri…

tak sampai sebulan…ayah langgar Nicky sekali lagi.

Apparently…menurut cerita ayah…dia nak masuk dalam car porch…then tiga tiga ekor tu tengah lepak kat simen car porch tu….ayah hon…Baby and Boboy lari…ayah ingat Nicky pon lari sekali…tapi…

well…nicky mesti ingat dia pon tengah berlari gak…tapi tak cukup laju…

T_T

Lepas baby mati…nicky mati…boboy pon macam tawar hati nak tinggal ngan aku lagi…

Kejap ada kat rumah kejap takde…

Lama lama langsung takde.

bila aku jalan jalan kat kawasan rumah aku…aku nampak boboy lepak kat rumah jiran aku…aku panggil…dia datang…tapi dia tak nak ikot balik…

dua tiga kali aku gi jenguk dia…lama lama…bila aku panggil…dia tak nak datang langsung pergi kat aku dah…

sedih…

lepas baby,boboy and nicky…aku tak bela kucing lagi dah…serik…

tapi…aku berani bet …aku akan ingat keempat empat kucing yang pernah bertakhta kat rumah aku ni sampai mati.

Tua, Baby, Nicky and Boboy.