Wednesday, 30 May 2012

the expensive blow job

this is the expensive blow job


pill then wait 3 minutes.

water then wait 7 minutes.


then perform the job of blowing.



a pytest for h.pylori

Helicobacter pylori (H. pylori) is a bacterium that causes chronic inflammation of the inner lining of the stomach (gastritis) in humans. This bacterium also is considered as a common cause of ulcers worldwide; as many as 90% of people with ulcers have detectable organisms. more here.

Gila mahal untuk satu blow job


aku tak pernah…urm…blow job sebelum nih. So bila aku diberitahu oleh mamat singh ketinggian sederhana berperut bulat yang aku kena blow job …

“You just need to blow…like this *buat aksi blowing*.”

…aku pon nonchalantly menjawab: “hokaaayyy…since you insist.”

Pada hal dalam hati…perghk…nervous siot!!! Saja je bersetuju dengan nada casual…agar mereka tak kata aku…conservative (?)

so, setelah bersetuju untuk melakukan aksi itu, ada seorang minachi ni bawa aku ke satu bilik yang lain, di tingkat lain…tingkat bawah sekali

Minachi ni suruh aku duduk.

“adek duduk sini.”

Aku pon duduk. Handbag aku letak atas riba kemas kemas.

“adek tunggu sikijap aaaa.”

Aku angguk cemas.

“sikit jam nanti ada satu orang datang…nanti adek ikut itu owrang.”

aku angguk perlahan.

Itu owrang pon datang tak lama lepas tu. Pantas servis di sini aku fikir. Owrang itu kesannya adalah seorang amoi yang tak pelat cina sangat.

Aku syak dia Sabahan.

So, this sumandak bawa aku ke satu bilik lain.

Dia tunjuk katil.

Aku tengok muka dia. “baring?” aku tanya.

Dia tengok muka aku. “tak. Duduk. Nak buat ni kena duduk. Lagi senang.”

Aku pon mengengsot atas katil tu dan duduk.

Aku ikut je perintah dia. Cara sumandak tu pandang muka aku yang innocent ni…aku pasti dia dah dapat baca yang aku tak pernah ber-blow job sebelum nih.

Ish.
Demmit.
*slams fist*

“ok. Duduk sini. Nanti saya terangkan cara-caranya ya.”

Aku angguk.

“ada sebiji pil, harus ditelan. 3 minit selepas itu, minum one cup of water ni. kita tunggu lagi 7 minit…selepas itu baru kita tiup.”

“nak tiup macam mana kak?”

“tiup. Tiup? Tiup aja. Tiup aja macam ini *buat aksi blowing*.”

“macam tu je?”

“iya…macam tu aja. Ada cara lain ke?”

“eh…takde takde…tapi manalah tau kan…”

sumandak tu senyum.

Aku pon…sengih.

Telan pil. Tunggu 3 minit. Teguk air. Tunggu for another 7 minit.

Sambil tunggu 7 minit tu…aku pon borak2 lah dengan sumandak ni. ok lah dia…chatty kesannya…menghilangkan nervous aku ni. dia pon borak borak lah pasal customer yang lain…yang pernah datang buat blow job kat situ. Macam maam cerita lucu keluar. Tak kira usia dan jantina kesannya yang pernah datang. Pakcik makcik yang tua tua pon ada. Baru aku tahu. Sia sia je rasa malu tadi. Ceh.

Minit ke 7 tamat.

Sumandak tu terus bersemangat. “okaaayyy jom…saya ajar sekali lagi ya. Pegang ni…dia bulat…senang pegang. Letak pada mulut…dan blow.”

“sekali blow je?”

“sekali je.”

“tak boleh blow banyak banyak kali?”

sumandak tu ketawa. “tak boleh blow banyak kali…nanti bolanya meletop nanti!”

“oohhh ok.”

Aku pon blow.

Sumandak tu gelak. “okaaayyy…kan? Senang je kan blow nya. Cepat aja. Nanti boleh bayar di kaunter depan ya.”

Aku lap mulut. “berapa ya?”

“seratus lapan puluh ringgit.”

“aaa seratus lapan puluh ringgit?”

“tulah…memang mahal…tapi ini cara paling mudah…kamu pon tak sakit.”

aku tak sangka plak aksi mem-blow job tu berbayar…mahal plak tu…sampai aku kena gi mesin atm…duit tak cukup.

Gila mahal untuk satu blow job. 

bukak langkah perempuan gila


Dalam seminggu je…ada dua berita yang sungguh tidak menyedapkan hati.

Again, thank god both ladies are fine.

aku memang jenis payah nak gi shopping complex atau ke mana mana saja sorang2. Aku tak reti aku tak suka. Tapi, lately…bukan lately…semenjak dua menjak ni…aku kenalah…kenalah walau tidak berteman…kot tak, tak jalan kojo bai!!!

So, bila ada masa masa tertentu yang memerlukan aku untuk ke shopping complex sorang sorang…memang aku akan ambil langkah berjaga jaga.

Aku akan cuba…CUBA…cuba dapatkan parking yang paaaaaaaaling dekat dengan entrance shopping mall...so tiada isu kemalasan atau isu bontot siti besar sebab siti malas bejalan parking nak yang dekat dekat aja.

Keterangan sesuatu area parking itu juga penting.

Tiket parking simpan siap siap.

Kiri kanan depan belakang parking kosong tu ada van van besar, mpv mpv cermin tinted kaw kaw ni…tu semua kena ambil kira. Boleh park, cuma extra berjaga jaga lah. (am not saying owners of such vehicle semuanya jahat…oh f…you know what I mean…)

Kan selalunya…aku tak tau lah keta lain, tapi keta aku bila off enjin…pintu semua otomatik terbukak. Selalunya aku dah standby untuk tutup balik. Sebabnya…aku selalunya akan pasang…aku tak tau nama khusus dia ape…ala…batang yang kita lock kat stereng…wth…stereng lock lah ngok….ha…aku nak pasang stereng lock lagi. So aku akan lock balik pintu and besapau lah dalam masa seminit untuk pasang stereng lock dalam keta yang dah nak mula berkuap panas.

Siap pasang stereng lock, aku akan make sure kawasan sekeliling aku dulu. Dari dalam keta aku dh map out…buat mental note mana aku kena pegi untuk sampai ke entrance shopping mall supaya nanti tak tercongok congok terhegeh hegeh cari arah…nanti ko sendiri yang attract unwanted attention.

Bila aku sorang sorang, bila nak kuar dari keta ke entrance shopping mall…aku selalu berharap agar tiada mamat macho, tinggi, comot comot sikit, berjambang, rambut panjang sikit ke...yang ala ala berminat nak berkenalan dengan aku lebih lanjut nampak aku masa tu. Sebab, aku akan bukak langkah perempuan gila aku masa aku bejalan dari keta ke entrance shopping mall.

Kepala aku pandang depan straight…tolehan ke kiri dan ke kanan akan dilakukan secara sudden dan rigid…zupp zuppp… Langkah besar tak sedar diri tu ada sakit belakang dan selalu pakai dress (nasib baik skrang selalu sarung converse, lagi senang nak jalan laju)…tak lama…less than 5 minutes mungkin…tapi…kalau ko nampak…ko akan geleng kepala kehairanan bercampur baur dengan ketakutan…tak jadilah nak tackle…hahahahahaha…

Tu belum bila aku nak mulakan perjalanan dari shooping mall entrance ke keta. Dengan paper bag paper bag baru shooping tadi…handbag lagi…kunci keta lagi keting keting keting keting…bayangkan…dengan semua semua ini…pastu jalan laju, langkah besar…semua benda dengan beg beg tu berlanggar2 antara satu sama lain…woosh showsh flip flip flap flap rustle rustle…dengan aku pon tak kurus mana…polp plop plop plop…

what a sight!

Sebelum keluar ke parking lot, buat mental note dah…where exactly you park your car. Ini bukan masanya untuk ko bertukar watak menjadi seorang damsel in distress.

Bayar parking,
kuarkan kunci keta siap siap.
Walk to your car,
ti-tot,
campak, masuk, kunci atau
masuk, campak, kunci atau
masuk, campak+kunci atau
masuk+campak, kunci atau
masuk+campak+kunci

Paling bagus kalau ko bleh masuk keta+campak barang kat seat belakang+kunci balik keta sekaligus. Yang paling penting…kunci balik pintu keta.

Aku rasa aku selalu: masuk+campak, kunci.

dilanggar dan melanggar


11 tahun aku bawa keta, ada tak kurang lima enam incident keta aku kena langgar dari belakang, side mirror kena gesel, keta depan gostan langgar keta aku.

Dalam semua occasion di mana keta aku yang dilanggar, aku tak turun keta, aku tak behenti.

Sape langgar aku beruntung ar…



Ada dua occasion agaknya, di mana aku yang melanggar.

Masa dua dua incident ni berlaku pon…dah lama gila dah…crime rate pon tak sehebat skrang.



First time tu…aku baru dapat lesen. Koyok siot dapat bawa keta ayah…tak payah berteman.

“yah pinjam keta nak gi pilah.”
“nak ayah teman tak?”
“tak pa yah” koyok.

Aku time tu nak kuar parking. Aku terawal pusing stereng…habih lampu belakang keta apek tu. Aku baru dapat lesen…takut gila lah kan…kat tengah tengah pekan lak tu…orang dah bekumpul…

“amoi lu apa macam reverse?”

“tak tau wor.”

“haiyyaaaa…”

aku pandang apek tu; apek tu pon pandang aku. Time tu mana aku tau nak deal macam mana.
 Tiba tiba…dari crowd ramai ramai tu…

“eh…ni keta jenal ni…ekau anak jenal ko?”

aku angguk.

“ko ni kot tau dek ayah ko ni…abih la…ha pek..ini anak zainal la pek…itu zainal petronas itu…jalan melang punya.”

“ooo itu jaina ka? Itu macam lu mali ikut saya.”

Aku pon ikut lah apek tu…kesannya apek tu pemilik kedai sparepart kereta.

“haaa…ini lampu wa kasi masuk lu ayah punya akaun…nanti balik lu kasi tau lu punya ayah.”

ceh…pandai ko apek kan…aku langgar keta ko…spare part amek kat kedai ko balik kan…ceh…


balik tu…aku takot gila kot nak bagitau ayah yang keta dia dah kemek kemek…

“yah. Keta ayah dah kemek. Aye langgar keta apek cina kedai sparepart tu masa nak gostan kuar parking…”

ayah sengih…expresi wajah seperti excited.

“la…ye ke? Adik accident la ni? Apek tu marah ke?”

“tak…dia suruh ayah gi bayar kat dia nanti…dia suruh ganti lampu je dia cakap.”

“ok ok. Nanti ayah bayar.”

^_^ tak kena marah and ayah tak kisah pon keta dia kemek…sehinggalah bini dia, mak piah, dapat tahu.


second time tu mama and kak long ada sekali. And aku yang langgar keta depan aku…uncle ni…bawa family ada anak kecik bagai…so…that sort of…I dunno…convinced me?

Jangan berhenti. Jangan kuar kereta. Jangan buat eye contact. Jangan biasakan bukak tingkap


So shocked with what have happened to Lina Teoh and Chin Xin-Ci.

Thank god both ladies escaped unharmed.

Gila menakutkan ok!!!!!!! No joke!!!!!

Aku selalu bertanya pada lelaki lelaki di sekeliling aku…ceh…lelaki lelaki…feeling diri hot dikelilingi lelaki lelaki hot…NOT! Haha…ok…serious. Aku selalu bertanya pada abang aku, abang ipar aku, kengkawan lain…

  **************

“ok.kalau aku tengah drive malam…aku masa tu kat lane tengah la katakan…motor ni semua keliling aku…ape aku nak buat?”

“jangan kuar kereta. Ko drive je. Jangan berhenti. Jangan kuar kereta.”

“ok. Jangan berhenti. Jangan kuar kereta.”

“pandang je depan. Jangan berhenti. Jangan kuar kereta. Jangan buat eye contact. Jangan biasakan bukak tingkap.”

“ok ok.”

  **************

“logiknya lah kan…kalau aye tengah drive…pastu orang yang naik moto tu dia sepak sepak kereta aye…tendang tendang keta aye camner?”

“adik jangan panik. Pegang stereng kuat kuat. Drive aja. Jangan berhenti. Takde ape boleh terjadi pon sebab adik dalam kereta. Selagi tak berhenti, dah selamat dah kat situ. Kalau berani…swirve kan sikit je stereng tu…gerenti diaorg tegolek.”

“aaaa…habis tu nanti kalau aye tegelek dia macam mana?”

“aaa padan muka dia!!!” -__-

“ooook…misal katalah…kalau betul dia tegolek pastu keta aye langgar moto dia…you know…my car run over the moto…boleh ke keta aye tesangkut atas moto dia takleh jalan?”

“tak lah…logiknya terpelanting moto tu bila kena langgar. Org tu pon kot adik gelek…keta adik lepas tak tesekat.” -__-

 **************

“weehhh…dah ada taktik baru la…orang jahat kan dia nanti baling telur kat windscreen keta…pastu kalau ko on wiper ko…habis aaa tak nampak ape…”

“memang la…tu sebabnya ko kalau ada orang baling telur ke ape ape ke…jangan on wiper…jangan berhenti…jalan je.”

“ok. Ok.”

“Dik, kot ada orang langgar ko dari belakang pon lah kan…ko tak payah lah nak berhenti pegi deal ngan orang tu…jalan je…keta leh repair. Ko tu kot kena kidnap…haaa…menangis tak berlaguuu sok.”


  **************

“masuk je keta terus kunci pintu tu.”

“ok.”

  **************

“senang ke orang nak pecahkan tingkap cermin keta?”

“ish…susah...ketuk sekali belum tentu bleh pecah punya…kalaulah ada orang nak pecahkan tingkap..sekali ketuk tak dapat tu…janganlah tunggu dia ketuk kali kedua…ciao lah dah by that time.”

 **************