Friday, 24 June 2011

jomput makan...

^_^

...inilah

lempeng black

sodap nak mampuih

seorang ayah

Tiba tiba masa nak cari idea nak tulis ape lagi untuk blog aku nih…rasa rindu yang amat sangat pulak kat ayah…

Ayah seorang yang amat simple orangnya…aku tak bolehlah nak cakap ayah terlalu cepat sangat pergi menghadap Illahi…55 tahun Allah SWT meminjamkan ayah kat keluarga dia…kat keluarga kami….22 tahun aku dapat bersama dia….…takkan aku tak bersyukur kan…aku bersyukur sangat sangat…

sebagai seorang manusia yang hina…aku masih ada rasa sikit terkilan…terkilan sebab tidak dapat membalas budi ayah…aku tau…budi seorang ayah…kau nak bayar balik macam mana kan…takkan terbayar balik…tak terhitung banyaknya….cuma…aku terkilan…aku tak dapat nak treat dia benda best best…

memanglah aku tak mampu nak beli sebijik lamborghini untuk ayah…cuma…dah bekerja ni…kalau aku dapat belikan sehelai jeans biru Lee untuk ayah sempena birthday dia ke…jam tangan yang best best sempena father’s day ke…bila keluar minum kat mana mana mamak ke…aku yang bayarkan ke…you know…small small things like that…nak belikan baju untuk ayah pon senang…ape je yang ayah pakai…balik balik pagoda pagoda pagoda…saje saje belikan dia pagoda buat stok ke…

ayah ada simpan perfume dalam kereta dia…bukan perfume sangatlah…cologne la aku rasa…cologne Brut. ayah sangat tak vain…cologne tu pon dia pakai bila dia teringat…dia tuang kat tangan dia…dia tepuk tepuk je kat tengkuk dia…dah…setel…sangatlah jarang pakai cologne tu…tanda harga kat cologne tu pon ada lagi…kedai yang dia beli pon sampai dh bankrap tutup kedai, cologne tu tak sampai setengah ayah pakai.

Dah bergaji ni…aku nak dia merasa sembur perfume dunhill ke…

Ayah pon suka pakai cermin mata hitam…aku teringin nak belanja ayah rayban ke…his favourite brand…




“dik…tolong belikan ni.”
“ok”
“…nah duit…”
“takpe takpe yah…pakai duit aye…aye belanja…ayah simpan duit ayah…”

ketidakpunctualan

ayah memang bukan seorang yang punctual…

dulu…ayah aku jadi driver untuk pegawai kat felcra kepis.
Kesian pegawai tu…manjang lambat jer gi meeting.
Pastu…ayah aku…kerek lak tu…kot pegawai tu lambat keluar ofis…fuh, marah…takde dia nak tunggu ok…dia terus tinggalkan pegawai tu, gi minum teh ngan kengkawan dia…sungguh amaze macam mana ayah bleh maintain tak kena pecat.

masa aku tadika…tadika aku habis pukul 11am lebih camtulah…aku memang selalu…selalu jadi yang last sekali balik…cikgu tadika tu memang dengan muka toya dia…kenalah tunggu sampai ayah aku datang amek…serious…selalu…

sekolah rendah pon…aku bukanlah antara yang first kena jemput…

sekolah menengah…sama jer…cuma kadang kadang…bila aku minta nak balik sendiri naik prebet sapu, ayah kasi…sebab anak dia dah berakal sikit…

masa nak gi tuisyen pon camtu gak…aku gak yang last balik…kecuali bila tuisyen tu malam la…cepat sikit la ayah datang…





hence…

aku rasa…ketidakpunctualan aku ni…aku inherit dari ayah la…




sampai hati ayah lambat jemput budak nih... T_T