Wednesday, 22 June 2011

pe'el empat beradik part 4/4


Korang sok merasalah benda benda ni…mak aku dah merasa dah…

Aku tak pernah bercita cita nak jadi cikgu. Aku nak jadi doctor. Betul. Aku nak jadi doctor. 

betul...

Kecenderungan aku ke arah bidang perubatam dah terserlah sejak aku tadika lagi. Masa mak aku meniaga jaga kedai…aku aaada jerlah menempel kat kedai tu jugak…takde mane nak hantar ke taska ke ape ke…semua mak aku kendong bawa ofis…kiranya…formative years aku banyak kat stesen minyak tu lah…kat bawah meja mak aku tulah playground aku…situlah aku masak…situlah camping….bercakap sorang sorang dengan teddy bear teddy bear aku…

ada satu hari tu…aku main doktor doktor dengan patung patung aku…
“oohhh…saya sakitlah doktor…”
doktor bertelinga arnab berkata: “oh sakit…kamu kena makan ubat ini…misi bagi dia makan ubat…”
misi bermisai kucing pon kata: “baiklah…telan lah pil ini…”
aku pon buat buat amek “ubat” tu dari tangan misi bermisai kucing…aku pon telan lah “ubat” tu…

lima saat…30 saat…seminit…aku dah start menggelupur…menggagau lah mak aku…
“dik…ko kenapa ni dikkk???”
aku dah tak terkata ape dah…tunjuk tunjuk anak tekak…
aku rasa mak aku dah dapat agak dah ape aku buat…
“yang kau pegi telan syiling dua pusen tu buat ape diikkk…”
mak aku bawa aku keluar…jolok jolok anak tekak aku kat tepi longkang kat tepi ofis stesen tu…perghk…perit weh…


moral of the story: janganlah kedekut…belilah set mainan yang betul untuk anak anak.

pe'el empat beradik part 3/4


Korang sok merasalah benda benda ni…mak aku dah merasa dah…


 +

Gambar di atas…cuba anda combinekan…

Sukar? tak boleh? Macam mana?

Ternyata anda tak ada akal yang kreatif seperti budak di atas…



Abang aku yang lagi sorang ni…extra nakal weh…borderline ADD gitu…
Masa dia umur umur tadika jugak lah…tah ape dia buat kat belakang rumah tu…
Sayup sayup jer bunyi orang nangis minta tolong… “maaa maaa maaa….maaa maaa maaa….”

Bila mak aku jumpa abang aku tu…dia dah terhoyong hayang dah…dengan tin tu dah fully serkup kepala dia…abang aku…umpama…robokop tak jadi…manusia berkepala tin…hahahahahaha…

Puas la mak aku sapu minyak…sabun dan segala bagai nak tarik keluar tin tu…tak berjaya…sebab telinga abang aku tu dah terstuck…kan tin milo tu dia tak straight…macam ada sisi kat bahagian dalam tin tu…argh…korang tengoklah tin susu anak masing masing…abang aku dah kepanasan ketakutan ape semua bagai…melulong lulong…hahahahaha…kejadian berlaku kat rumah masa tu…mak aku terpaksalah berjalan kaki…jauh tak jauh la…sambil memimpin anak separa robokop dia tu ke stesen minyak kitaorg…minta tolong pomen kat situ…hahahahahaha…akhirnya berjaya gak lah cabut tin tu…pomen tu kena pial mulut tin tu dengan spana…ha…berasap kepala abang aku kat dalam tin tu…padan muka.

Moral of the story: beli milo peket.

pe'el empat beradik part 2/4


Korang sok merasalah benda benda ni…mak aku dah merasa dah…


abang aku yang suka jaga badan tu…dia sebenarnya anak pungut…pungut dari longkang lak tu…

masa dia umur tadika tadika la…dia ikut arwah pak lang aku gi pekan…abang aku duduk kat belakang…time time arwah pak lang aku nak cornering lah dia gi bukak pintu kereta…apa lagi…tergolek golek lah abang aku…terus masuk dalam longkang yang kat deret klinik murthi kat pekan kuala pilah tu…terpaksalah arwah pak lang aku berhenti keta and pungut dia dari dalam longkang…

moral of the story: gunakanlah system child-lock pada kereta masing masing.

pe'el empat beradik part 1/4


Korang sok merasalah benda benda ni…mak aku dah merasa dah…

Akak aku dari kecik memang suka melawa weh…Ayah aku pernah tengking dia masa dia kecik kecik nak gi tadika…sebab ape? Sebab akak aku tak leh nak decide nak pakai baju ape pergi tadika. PERGI TADIKA HOKEY…tadika…kekejap tukar baju…eh, tak betul…tukar lagi…tukar lagi dan lagi dan lagi…ayah aku dah tunggu kat luar…panggil…kejap kejap…panggil lagi…kejaaaaappp...tiga kali kejap…ayah aku naik hangin la…ha amek kau…

Pastu pernah gak sekali…akak aku ni kepingin bona nak pakai cincin agak eh…ha…dia amek nut screw tu buat cincin nokkk….hahahahahaha…arwah pak lang aku dulu kerja dengan LLN (Lembaga Letrik Negara laie weh time tuh…)…melaramlah dia depan cermin…oklah…dah puas melaram…keluarkanlah “cincin” nut tu…

“ma…” tunjuk jari yang dah membengkak. “tak leh bukak…”
“Haaaaaaahhh???…ape kau dah buat ni…..berangan sangat nak pakai cincin…tak payah bukak…pakailah sampai bila la…”

memang tak leh bukak…sebab akak aku dah simpan lama sangat cincin dia tu…jari dia dah membengkak…kat hospital pon…doctor kena bius jari tu dan…*untuk part ni…sila tahan perut* literally screw it out of her finger….pusing pusing pusing sampai nut tu terkeluar dari jari akak aku…melulong…

nasib baiklah…dah besar…dah kawin…dah ada business yang semakin berkembang…dapat akak aku beli cincin betul…alhamdullillah…

moral of the story: simpan lah bold an nut di tempat yang tidak boleh dicapai budak budak.