aku rasa, tak pernah...tak pernah sekalipon satu family, decide tahun tu nak baju raya tema kaler ape or corak kaler ape. hahahahaha. akak aku lah dapat buat benda benda decide tema baju raya ni lepas dia kawin dapat anak semua.
family aku...rembat ape yang ada. mak aku selalunya akan pakai baju yang dia jarang-jarang pakai. so bagi dia...kalau jarang pakai, jarang kuar kat kamera, orang pon jarang nampak, , hence...masih barulah! simple kan konsep yang mak aku amalkan. ada lah dua tiga kali raya dia pakai baju kurung yang betui betui baru. either kitaorg curi curi buat kat tukang jahit yang forever slow...atau tu baju dia buat bukannya untuk raya pon tapi sebab dah tersiap time time nak dekat raya. hurm...
aku pon lebih kurang kes mak aku gak. aku rasa...amat jarang aku purposely beli kain and purposely pergi jumpa tukang jahit yang forever slow semata-mata nak buat baju kurung untuk hari raya tahun sekian sekian. (yer, tukang jahit yang sama. walaupon forever slow, mak aku tetap nak hantar baju kat tukang jahit ni sebab dah kamcing...anak anak dia nak buat abju kat tempat lain dia pon tak kasi.) either tiba tiba mak aku dh temapahkan or baju tu sememangnya dah ter-siap time time nak dekat raya. aku selalu gak buat baju kurung. sebab pekerjaan aku menuntut aku memakai baju kurung tiap tiap hari. ok tipu, pekerjaan aku tak menuntut aku memakainya tiap tiap hari...cuma aku ni yang malas nak berthree piece three piece nih.
abang abang aku lagilah. memang serupa tak raya. tahun ni lah rare sikit. abang aku...yang terkenal dengan kedegilan serta tidakmahuan dia memakai baju melayu sebab panas dan rimas...telah memakai baju melayu hampir satu suit lengkap. hampir lengkap sebab takdak samping ngan songkok.
abang aku lagi sorang...sangat minimalist ya tahun ni...pakai pagoda sahaja. ha amekkaww...
ya i know gambar senget...malas nak betulkan...
pernah sekali sahaja aku tengok arwah ayah aku leng-kap berpakaian baju melayu. masa akak aku kawin. tu pon towards the end, samping tah kemana, songkok tah kemana...butang baju melayu tah kemana...
tapi good thing is...in the end...tengok balik gambar gambar raya...
wow...so colorful! semua kaler ada.
haha
No comments:
Post a Comment