Tuesday, 10 January 2012

of kucing mati and pulut kuning

“assalamualaikum ma…mama dah dinner dah malam ni?”
“waalaikumussalam…dah…dah dinner dah…anak si Jun ni tadi ha ada bagi mama pulut kuning dengan sambal ikan bilis.”
“ming ai…sodap eh…apa acara Cik Jun sampai masak pulut kuning ma?”
“kau nak tau cite tak???”*
“haa…ape dia?”
“kau ingat tak dik….kucing kesayangan jun tu? Sape tah nama dia…”
“ha…ingat yang sekor tu…kenapa?”
“tengah hari tadi ni…dia ingatkan kucing dia tu dah mati kena langgar…ada keta ni laju giler speed kat depan rumah dia…kucing dia ada kat tengah jalan masa tu…menjerit Jun kau…”
“laa…matilah?”
“dengar dulu…pastu jun dia tak pergi check pon bangkai kucing dia tu…tak sampai hati agaknya…dia memang konfiden kucing dia tu dh mati…dia terus balik…” (kejadian terjadi di rumah Jun yang lain)
“laa…sian cik jun…”
“menangis cik jun kau…sampai tak jadi masak…cik nin (suami cik jun) kena beli makan luar lah…”
“mak aii….frust betul tu…”
“iye…pastu petang tu…dia balik rumah dia tu kejap…tengok2 ada kucing tu tepacak kat car porch rumah dia…”
“eh…tak mati?”
“tak….kucing dia melompat masuk dalam belukar kat tepi tu…tekejut lah tu kena sergah dengan kereta laju…”
“laaa…”
“tu yang cik jun kau masak pulut kuning semua ni…”
“aaaaa…cik jun masak pulut kuning ni sempena kucing dia tak jadi mati kena langgar?”
“iyeeeeee…mama pon tanya lah dia…’eh jun…nin accident haritu…lepas dia kuar hospital…ada jugak ke jun masak pulut kuning?...jawab jun ape kau nak tau…’eh ntah lah kak…takde rasanya…haaa…ni kira sekali lah ni…”

dem…boleh?

Haha…



*tone gossip mak aku

No comments:

Post a Comment