Tiba tiba masa nak cari idea nak tulis ape lagi untuk blog aku nih…rasa rindu yang amat sangat pulak kat ayah…
Ayah seorang yang amat simple orangnya…aku tak bolehlah nak cakap ayah terlalu cepat sangat pergi menghadap Illahi…55 tahun Allah SWT meminjamkan ayah kat keluarga dia…kat keluarga kami….22 tahun aku dapat bersama dia….…takkan aku tak bersyukur kan…aku bersyukur sangat sangat…
sebagai seorang manusia yang hina…aku masih ada rasa sikit terkilan…terkilan sebab tidak dapat membalas budi ayah…aku tau…budi seorang ayah…kau nak bayar balik macam mana kan…takkan terbayar balik…tak terhitung banyaknya….cuma…aku terkilan…aku tak dapat nak treat dia benda best best…
memanglah aku tak mampu nak beli sebijik lamborghini untuk ayah…cuma…dah bekerja ni…kalau aku dapat belikan sehelai jeans biru Lee untuk ayah sempena birthday dia ke…jam tangan yang best best sempena father’s day ke…bila keluar minum kat mana mana mamak ke…aku yang bayarkan ke…you know…small small things like that…nak belikan baju untuk ayah pon senang…ape je yang ayah pakai…balik balik pagoda pagoda pagoda…saje saje belikan dia pagoda buat stok ke…
ayah ada simpan perfume dalam kereta dia…bukan perfume sangatlah…cologne la aku rasa…cologne Brut. ayah sangat tak vain…cologne tu pon dia pakai bila dia teringat…dia tuang kat tangan dia…dia tepuk tepuk je kat tengkuk dia…dah…setel…sangatlah jarang pakai cologne tu…tanda harga kat cologne tu pon ada lagi…kedai yang dia beli pon sampai dh bankrap tutup kedai, cologne tu tak sampai setengah ayah pakai.
Dah bergaji ni…aku nak dia merasa sembur perfume dunhill ke…
“dik…tolong belikan ni.”
“ok”
“…nah duit…”
“takpe takpe yah…pakai duit aye…aye belanja…ayah simpan duit ayah…”
No comments:
Post a Comment