kampung kitaorang kat mawai, kota tinggi, johor.
Tipikal rumah kampung, halaman kampung la…rumah pon terpencil ke dalam…jauh dari rumah yang lain…syiok…nak berak kena gali lubang…atau opsyen lain…berak kat parit…yes…manyak syiok…
Tugas ayah aku bila balik adalah menebas atau memesin rumput, lalang etc…
Kitaorang anak anak ni…apa laga…menyibuklah…hehe…
Dulu dulu, kalau balik…selalu berempat je…ayah, mama, abang aku yang tak jaga badan sangat tu and aku. Yang lagi dua orang…tah…selalu tak ikot…
Ada sekali tu…aku ikot ayah ngan abang aku gi tebas rumput…aku tak buat ape lah…aku kecik lagi masa tu…buat buat sibuk je…
Aku mengcangkung tak jauh dari ada satu pokok kepala ni…tak tinggi…rendah je…tengok abang aku gatal tangan main tarik tarik pelepah kelapa tu…tarik tarik tarik…tercabut lah pelepah kelapa tu…dan dan tu…dia menjerit…
“AAHHHHH LIPANNNN BESAAAAARRRRR”
aku yang ada dekat dekat situ pon bangun blur blur…
“haaaa apa? Apa?”
dan dan tu aku nampak lipan tu terhoyong hayang datang menggelupur ke arah aku…
dan…terus…menyelinap masuk ke dalam seluar aku…
PERGHKKKK…
Tidak ada perkataan yang sesuai dalam tata bahasa melayu untuk menggambar perasaan aku ketika itu…
Dan juga… Tidak ada perkataan yang sesuai dalam tata bahasa melayu untuk menggambar rasa gerak geri lipan tersebut tika dia menyelinap ke dalam seluar aku ketika itu…
Ohh Tuhan…
Aku terus terbaring menggelupur…sebab aku baru teringat…aku tak pakai spenda.
sila bukukan notes kamu ini. kelakau nak mampuih.
ReplyDeletebukukan??? uihhh....insyaAllah...hehehe...tq for the ompliment tho...
ReplyDelete