Saturday, 14 January 2012

aku dah mati

Kucing tu bukan kucing aku pon…dua tiga minggu dia hang around sekitar laman rumah aku…bila aku nak dekat ngan dia…dia koyok…lari…pastu menyinga...defensive…act all tough….…kecoh! Haha…so aku pon stop make the effort untuk dekat ngan kucing tu…bak kata orang…”aih…orang dah tak sudi…buat ape kita nak tunggu lagi…”
tapi, takdelah aku halau kucing tu atau jerkah jerkah kucing tu.
It went on for a week or so…till…kucing tu dah start tak lari bila aku lalu sebelah dia…kalau tak, pantang nampak kelibat aku…dia dah bedesup lari dah…
off late, dia dah mellow…mungkin percaya aku takkan overly gomol gomol dia kot…haha…aku offer ikan bilis…dia pon trus makan…takdelah macam dulu…aku letak kat tepi pagar tu…bila aku dah masuk rumah baru kucing tu gi makan…takde menyinga lagi dah…dah start mengiau…
then one fine evening…I came home from work…to this.



Kucing tu dah mati…
laaa…kau all these while sakit ke cing? Aku tak tau kau sakit…LUARAN KAU NAMPAK SIHAT GEMOK je…

and now dah terlambat…kau dah mati.

Jiran aku: “ooohhh…kucing tu ka? Uncle rasa uncle ada nampak kucing tu ada gaduh la kat depan sana…” aku tak tau kau ada gaduh…kau tak cakap…

and now dah terlambat…kau dah mati.

Abang aku: “kot kucing yang tu…aku ada nampak dia cam jalan terencot rencot sikit…” aku tak tau kaki kau sakit…kau tak cakap…

and now dah terlambat…kau dah mati.

Bila kau menyinga nyinga kat aku tu…kau nak bagitau apa ya? Maaf cing, kat sekolah dulu aku belajar bahasa cina bukan bahasa kucing… aku tak tau ape kau nak…kau tak cakap pon…I hear ya, but I don’t listen…

and now dah terlambat…kau dah mati.

Bila kau mengiau ngiau kat aku tu…are you crying out for help…are you telling me you are going away? That you are dying? That you are sinking? Drowning? Kenapa tak cakap?
Yalah…kau dah mengiau ngiau dah…aku je yang tak “mendengar”.
I fail to see that you needed help…

and now dah terlambat…


aku dah mati.

Tuesday, 10 January 2012

Yolah

Anak itu anugerah yang tak tenilai harganya daripada Allah SWT kepada sepasang suami isteri.

Penyeri rumah tangga kata mereka; penyemak ruang minda kadang-kala.

Manusia…kadang terlupa…amanah Allah SWT.

Kawan-kawan aku ramai yang dah ada anak…Alhamdullillah… 

Mana dulu yang suka tak tidur, lepak mamak sampai pukul tiga empat pagi, duduk order air, mamak tu yang bancuhkan…sekarang ni pon…tak tidur gak…pukul tiga empat pagi bangun, sendiri kena bancuh susu anak.

Life o life

Pasangan muda…nama yang diberi pada anak-anak pon…perghk…canggih manggih belaka…tersekat kat anak tekak nak menyebutnya…

Creative creative…

1984
A: Eh, ape nama nenek kau?
B: Nama nenek aku Aminah.

2076
A: Eh, ape nama nenek kau?
B: Nama nenek aku Xandraz Nur Lilly Batrisyaz.

Aku tak kawin lagi, takde anak lagi…aku tak sure camner korang daftar nama anak…daripada ape yang aku dgr…now…korang yang kena isi form tu sendiri kan…(?)

Which…according to mak piah, mak aku…adalah langkah yang paling bijak pejabat pendaftaran Malaysia ni telah ambil.

“nasib baik sekarang ni dik…bila nak daftarkan nama anak…mak bapak tu yang kena isi form tu sendiri…”
“kenapa pulak ma?”
“yelah…macam zaman dulu…kerani tu yang tuliskan untuk kita…kita cakapkan kat dia kita nak namakan anak kit ape…dia yang tuliskan…bahaya bila kerani tu silap dengar ke silap eja ke…kang kot jadi cam acik Tapa tu kang…”
“kenapa dengan acik Tapa?”
“laaa…dia kan dah terkena…masa ayah dia nak daftarkan nama dia…kerani tu tanyalah…’ha cik…dah ado nama anak lum?’…ayah si Tapa ni pon cakaplah…’dah ado dah...’ kerani tu pon tanylaah…’apo dio cik?’…ayah si Tapa ni….dia pon cakaplah…’lotak an namo anak se Mustapa Kamal yorlah…’…haa…ape kerani tu ambik bulat bulat ape yang ayah si Tapa ni cakap…jadilah nama acik Tapa ko tu Mustapa Kamal Yolah.”

-__-

of kucing mati and pulut kuning

“assalamualaikum ma…mama dah dinner dah malam ni?”
“waalaikumussalam…dah…dah dinner dah…anak si Jun ni tadi ha ada bagi mama pulut kuning dengan sambal ikan bilis.”
“ming ai…sodap eh…apa acara Cik Jun sampai masak pulut kuning ma?”
“kau nak tau cite tak???”*
“haa…ape dia?”
“kau ingat tak dik….kucing kesayangan jun tu? Sape tah nama dia…”
“ha…ingat yang sekor tu…kenapa?”
“tengah hari tadi ni…dia ingatkan kucing dia tu dah mati kena langgar…ada keta ni laju giler speed kat depan rumah dia…kucing dia ada kat tengah jalan masa tu…menjerit Jun kau…”
“laa…matilah?”
“dengar dulu…pastu jun dia tak pergi check pon bangkai kucing dia tu…tak sampai hati agaknya…dia memang konfiden kucing dia tu dh mati…dia terus balik…” (kejadian terjadi di rumah Jun yang lain)
“laa…sian cik jun…”
“menangis cik jun kau…sampai tak jadi masak…cik nin (suami cik jun) kena beli makan luar lah…”
“mak aii….frust betul tu…”
“iye…pastu petang tu…dia balik rumah dia tu kejap…tengok2 ada kucing tu tepacak kat car porch rumah dia…”
“eh…tak mati?”
“tak….kucing dia melompat masuk dalam belukar kat tepi tu…tekejut lah tu kena sergah dengan kereta laju…”
“laaa…”
“tu yang cik jun kau masak pulut kuning semua ni…”
“aaaaa…cik jun masak pulut kuning ni sempena kucing dia tak jadi mati kena langgar?”
“iyeeeeee…mama pon tanya lah dia…’eh jun…nin accident haritu…lepas dia kuar hospital…ada jugak ke jun masak pulut kuning?...jawab jun ape kau nak tau…’eh ntah lah kak…takde rasanya…haaa…ni kira sekali lah ni…”

dem…boleh?

Haha…



*tone gossip mak aku

Wednesday, 4 January 2012

teh


mak aku ada kencing manis. So bila kat rumah…kitaorang tak banyak minum air manis…selalunya air teh o kosong…or teh jenis lain….green tea ke…cinnamon tea ke…camomile ke…teh bunga campur kurma cina (beli kat seng seh…)

and aku suka mempelbagaikan pilihan teh di rumah kami…
on the road…aku selalu nampak lori kecik ni…tepampang Teh Cheeta.

Pantang nampak kelibat lori ni on the road…aku akan ingatkan diri aku…”gi kedai kang cari teh ni…cam best jer…mesti teh import dari India…”

Manjang aku gi kedai…tak jumpa pon teh brand ni…

And this repeated for many times…

“P@n+3k tul teh ni…ape ke payah benar nak beli…ada je aku nampak lori ni park kat belakang econsave tu…demmit…”

aku tak putus asa…demi kepuasan minum teh mak aku!!!

Then…adalah satu hari ni…aku rasa masa aku otw nak balik kampung masa hari raya haji…ada aje lori Teh Cheeta ni kat depan aku….sebab jalan jem…so kali ni…aku dapat have a good look with what exactly yang tertulis kat badan lori tu…



TEH CHEETA

COLD TRANS NETWORK SPECIALISED

Kosan eh…cilako ko…

negative


I was rummaging thru some of my old stuff…I stumbled upon this…



Ingat lagi?

Hehehehehehe…

Tangkap gambar
Hantar cuci
Tunggu
Bayar
Amek gambar
Balik rumah
Gembira
Susun dalam album kecik kertas tu





Thennnnnnnnn….





The exciting paaaaaarrrrrrrrrt…

Pilih gambar mana satu nak dibesarkan sebab cina kat kedai gambar tu selalunya akan kasi free sekeping dua untuk dibesarkan…

Mulalah sesi telek negative filem kat lampu bawah matahari dan sebagainya…

Hehehehehehe…

they'd take the house


Tiap tiap hari aku lalu depan rumah ni. rumah ni pon just a few rows depan rumah aku je.

Rumah ni tak berpenghuni, semak samun…berserabut…rumah tinggal lah senang cite…

Tapi…tiap kali aku lalu…aku suka tengok rumah ni…

Comel jer rumah dia….intermediate…dua tingkat…ada laman kecik sikit depan rumah…standard la…just nice…

Aku suka tengok rumah ni…everytime I look at the house, I’d imagine myself as the occupant of the house. Start my own family…make the house alive again.

Then a few weeks ago…aku nampak ada satu mamat cina ni berdiri kat depan rumah tu…”agent rumah…” dalam hati aku berkata….

pagar dia dh terbuka sikit…semak samun tu dah macam terusik sikit…evident that ada orang dah lalu lalng kat dalam tu…

…at the car porch…I saw a young couple…no older than I am…him with his hand wraped around her shoulder…her head tilted side ways…resting on his…facing the house…I can’t see their faces…but I know…they are smiling…they’d take the house.

True enough…

Sebab aku tiap tiap hari lalu kat depan rumah tu….tiap tiap hari aku akan nampak progress yang diaorg buat untuk menghidupkan rumah tu…

Aku syak tak lama lagi…akan ada baju baby lak kat ampaian rumah tu…because last night…kereta aku kena block ngan keta diaorg…sebab laki dia nak turunkan a huge box of what appeared to be a baby cot.