Wednesday, 30 May 2012

Gila mahal untuk satu blow job


aku tak pernah…urm…blow job sebelum nih. So bila aku diberitahu oleh mamat singh ketinggian sederhana berperut bulat yang aku kena blow job …

“You just need to blow…like this *buat aksi blowing*.”

…aku pon nonchalantly menjawab: “hokaaayyy…since you insist.”

Pada hal dalam hati…perghk…nervous siot!!! Saja je bersetuju dengan nada casual…agar mereka tak kata aku…conservative (?)

so, setelah bersetuju untuk melakukan aksi itu, ada seorang minachi ni bawa aku ke satu bilik yang lain, di tingkat lain…tingkat bawah sekali

Minachi ni suruh aku duduk.

“adek duduk sini.”

Aku pon duduk. Handbag aku letak atas riba kemas kemas.

“adek tunggu sikijap aaaa.”

Aku angguk cemas.

“sikit jam nanti ada satu orang datang…nanti adek ikut itu owrang.”

aku angguk perlahan.

Itu owrang pon datang tak lama lepas tu. Pantas servis di sini aku fikir. Owrang itu kesannya adalah seorang amoi yang tak pelat cina sangat.

Aku syak dia Sabahan.

So, this sumandak bawa aku ke satu bilik lain.

Dia tunjuk katil.

Aku tengok muka dia. “baring?” aku tanya.

Dia tengok muka aku. “tak. Duduk. Nak buat ni kena duduk. Lagi senang.”

Aku pon mengengsot atas katil tu dan duduk.

Aku ikut je perintah dia. Cara sumandak tu pandang muka aku yang innocent ni…aku pasti dia dah dapat baca yang aku tak pernah ber-blow job sebelum nih.

Ish.
Demmit.
*slams fist*

“ok. Duduk sini. Nanti saya terangkan cara-caranya ya.”

Aku angguk.

“ada sebiji pil, harus ditelan. 3 minit selepas itu, minum one cup of water ni. kita tunggu lagi 7 minit…selepas itu baru kita tiup.”

“nak tiup macam mana kak?”

“tiup. Tiup? Tiup aja. Tiup aja macam ini *buat aksi blowing*.”

“macam tu je?”

“iya…macam tu aja. Ada cara lain ke?”

“eh…takde takde…tapi manalah tau kan…”

sumandak tu senyum.

Aku pon…sengih.

Telan pil. Tunggu 3 minit. Teguk air. Tunggu for another 7 minit.

Sambil tunggu 7 minit tu…aku pon borak2 lah dengan sumandak ni. ok lah dia…chatty kesannya…menghilangkan nervous aku ni. dia pon borak borak lah pasal customer yang lain…yang pernah datang buat blow job kat situ. Macam maam cerita lucu keluar. Tak kira usia dan jantina kesannya yang pernah datang. Pakcik makcik yang tua tua pon ada. Baru aku tahu. Sia sia je rasa malu tadi. Ceh.

Minit ke 7 tamat.

Sumandak tu terus bersemangat. “okaaayyy jom…saya ajar sekali lagi ya. Pegang ni…dia bulat…senang pegang. Letak pada mulut…dan blow.”

“sekali blow je?”

“sekali je.”

“tak boleh blow banyak banyak kali?”

sumandak tu ketawa. “tak boleh blow banyak kali…nanti bolanya meletop nanti!”

“oohhh ok.”

Aku pon blow.

Sumandak tu gelak. “okaaayyy…kan? Senang je kan blow nya. Cepat aja. Nanti boleh bayar di kaunter depan ya.”

Aku lap mulut. “berapa ya?”

“seratus lapan puluh ringgit.”

“aaa seratus lapan puluh ringgit?”

“tulah…memang mahal…tapi ini cara paling mudah…kamu pon tak sakit.”

aku tak sangka plak aksi mem-blow job tu berbayar…mahal plak tu…sampai aku kena gi mesin atm…duit tak cukup.

Gila mahal untuk satu blow job. 

No comments:

Post a Comment