Tuesday, 2 August 2011

termakan babi

aku takleh imagine...what it would be like...kalau masa aku sekolah memengah...aku sekolah lain...

kat kuala pilah...sekolah sekolah menengah dia tertumpu di satu kawasan...kawasan yang sederhana besar, tapi ada TMS (all boys kalau tak silap, kecuali form 6), Zaaba (all boys ke? macam tak...dah lupa...), TKS menengah (all girls) and rendah. so, ko bleh imgaine la...the burst of activites, esp flirting could take place there.

abang abang aku and kakak aku pon...kalau ikutkan cerita cerita mereka...mereka ni agak fofular kat sekolah sekolah mereka...

aku tak merasalah nak jadi adik kepada pelajar senior yang fofular...

sebab...sebab......aku tak sekolah kat mana mana sekolah yang disebut di atas.

sekolah aku ---> SM(J)CH...yer...sekolah aku ada perkataan "jenis"... which is slightly terkeluar dari kawasan tumpuan sekolah tu...sekolah aku ni ke depan sikit...masa bebudak sekolah sekolah melayu lain nak balik sekolah...diaorang akan lalu kat sekolah aku...

sebab aku sekolah cina...calon calon nak dijadikan skandal amat terhad...hahaha...pulak tu...aku amat aktif dalam debat.

yer! de-bat. jika itu tidak cukup nerdy lagi...aku juga aktif choral speaking dan lain lain bentuk pertandingan atau ekspo yang mencerminkan ilmiah dan akademik.

yer! aku pakai spek dan sekolah cina.

so, zaman aku sekolah...ayah and mak aku tak risau sangatlah dengan aktiviti sosial aku...confirm aku takde nak berboifren boifren sgt...sobab eh TAKDO! haha...

tapi...ayah and mak aku risau aku termakan babi!

hahahahahahahahahaha...

yelah weh...aku kot lepak kat rumah kawan kawan aku...manjang jer lepak ngan anak cina jual sayur...anak cina jual ikan...anak cina jual balak...anak cina jual keranda...mana diaorg tak risau...

tapi...fortunately...walaupon kawan kawan aku ni manjang lupa jer aku ni melayu...tapi diaorg sangat considerate...including their parents...

diaorg akan make sure aku cuma pakai cawan and pinggan yang tertentu...and bagitau aku awal awal ape yang diaorg masak hari tu...supaya aku tak gelojoh bukak tudung saji mereka dan ngap itu rendang.

aku pon tak lupa diri...

dalam bahasa cina:
"siti...ko nak makan ni tak?" sorong pinggan yang ada chinese dumpling.
"aku mana boleh makan..." sorong balik pinggan.
"eh lupa...sorry...ko melayu!"

aku tak excited sangat time raya...sebab i have no house to go to anyway...

tapi...

aku super excited sangat time tahun baru cina...sebab i have A LOT of houses to go to!!!!!

...the good ol days...

No comments:

Post a Comment