Tuesday 14 June 2011

tu sebab aku bagi jer ayah minum coke lepas operation...

"the operation will take a very long time. saya nak tengok sejauh mana kanser tu dah merebak dalam perut encik zainal." saya rasa tak perlulah semua ahli keluarga tunggu. mungkin seorang sahaja tunggu dah cukup."
"biar saya tunggu la ma. mama semua dah ada kat hospital dari siang tadi dah."
"di, kang ada ape ape...call kitaorg tau. aku bawa mama balik dulu."
"bye"
"bye"
..........................

"di, ayah tak boleh minum coke la. dia kan baru lepas operation. kenapa kau bagi?"
"ayah minta. bagi jerlah."
"ayah tengah mamai dari oepration. kau jangan lah kasi."
*taking away the can of coke.

.........................

"dik. sini jap. ikot aku."
*ikut. keluar. dari wad ke lobi.
"duduk sini. aku ada benda nak cakap."
*berdiri. fuck. something is fucking wrong here.
"kau nak bagitau ape ni?"
"duduk lah dulu."
*duduk.
"ayah...semalam...oepration tu kejap jer...aku rasa korang tak kuar lagi dari parking lot kot. doktor dah jahit balik."
"ha? kenapa? kan doktor kata nak kuarkan kanser tu dari perut ayah. nak masukkan ayah dalam program chemo semua. kenapa cepat sangat jahit balik? kenapa tak kuarkan kanser tu? ape ni?"
"kanser ayah dah merebak teruk. dah habis makan semua usus besar and usus kecik ayah. dinding dalam, dinding luar. semuanya. kanser tu seberat 8 kg dik. doktor dh tak boleh nak buat ape."
"ha? takkan lah tak leh buat ape? bullshit!!!! kita minta second opinion, kita minta second opinion."
"dik. ko dengar sini. ayah dah tak boleh nak diselamatkan lagi dah..."
*menangis
"tu sebab aku bagi jer ayah minum coke lepas operation..."
*menangis
"lepas ni. ape yang ayah nak. kita bagi jer."
"di...takkan takde benda yang boleh kita buat di? takkan takde satu benda pon kita leh buat???"
"dik. kanser ayah dah masuk stage four."
"di...selamatkanlah ayah di...aku tak nak dia pergi...tak nak sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

No comments:

Post a Comment